Bab 8

25.8K 1.2K 18
                                    

Belum sempat aku memujuk, tanganku ditarik seseorang menyebabkan aku menoleh ke belakang dan orang itu merupakan lelaki.lelaki?ya,lelaki...lelaki yang telah menyelamatkan aku dari tamparan Adriana.

'Muhammad Asyraf.'

PENOLONG KETUA PENGAWAS Sekolah ini dan merupakan 'boyfriend' Aisyah.

Aku berdiri memandang tepat kearah anak matanya dengan perasaan yang marah.yelahhh,sapa tak marah...orang tengah syok cerita tetiba ada orang kacau.

"Boleh saya bercakap dengan awak?"tanya Asyraf kepadaku.

Aku memandang Amni yang sedang duduk di sebelahku bagaikan meminta jawapan dari soalan Asyraf tadi.

Amni memandang ku dengan riak muka yang masih lagi terkejut.adoiii...ni mesti terkejut pasal Asyraf tarik tangan aku ni...dan bukan dia je!aku ni lagi terkejut tau!tetiba je 'mamat zirafah yg-2'ni tarik tangan aku.ohhh,lupa pulak...Asyraf ni tinggi tau...tinggi dia 185cm kot...sebab dia pendek sikit dari 'mamat cina+pakcik galah'tu.

Aku menganguk tanda setuju,lalu kami berdua pun berjalan menuju ke luar kelas dengan mata-mata pelajar yang memandang kami.habislah aku lepas ni...kena soal siasat dengan polis-polis,inspektor dalam kelas ni.

"Baiklah,apa tujuan awak datang jumpa saya ni?"tanyaku memulakan perbualan.

"Saya cuma nak tanya,kenapa awak naik sama kereta dengan Hakimi tadi?"tanya Asyraf.aku terkejut.kenapa pulak dia nak tau?aku rasa mesti Adriana yang suruh tanya.tapi dia kan boleh tanya Hakimi?

"Saya rasa tu takde kena mengena dengan awak kot... "jawabku sambil mendongak memandang wajahnya yang agak kacak ala-ala korea itu.

"Terima kasih sebab dah tolong saya masa haritu...kalau tak mungkin dah merah agaknya pipi saya ni..."kataku lagi.

"Sama-sama,lagipun tu memang tugas saya sebagai penolong ketua pengawas untuk mengawasi pelajar dan saya nak cakap pasal Aisyah tu...."belum sempat Asyraf menghabiskan ayat nya,aku memotong.

"Ya,saya tahu...dia tu girlfriend awak dan saya rasa mesti dia dah salah faham pasal awak dah tolong saya masa hari tu...takpe...nanti saya jelaskan kat dia apa yang dah terjadi dan satu lagi saya rasa tak perlu kot nak jumpa saya pasal hal ni...kalau awak nak tau sangat...awak boleh tanya Hakimi. "kataku dengan panjang lebar lalu segera berjalan meninggalkan dia di tempat itu.

-----

Aku menaiki tangga selepas mendengar perbualan di antara Asyraf dan budak pendek tu.

'Kenapa Asyraf tanya pasal perkara tu kat Najwa?Asyraf suka Najwa ke?'bisik hatiku.Perasaan cemburu mula timbul dalam diriku.cemburu?

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now