Bab 56 #repost

13.1K 645 38
                                    

Minta maaf sekiranya bab ni tak best sangat sebab saya mengarang bab ni 2 kali. Hal ini kerana saya telah terdelete jadi terpaksa mengarang lagi  sekali.

-----

"Sejujurnya aku dah lama tahu yang kau ni adik kandung Nabil, Najwa. Dia dah lama cari kau. Dari sebelum kau masuk sekolah ni lagi dia dah cari kau dan bila pertama kali kau masuk sekolah ni dan jadi salah seorang pelajar kat sini, dialah orang yang paling gembira. Lagi satu, kau adalah Najwa Amira yang telah Nabil Aqil cari selama ni iaitu anak perempuan kepada usahawan terkenal." Qayyum menatap anak mata Najwa meminta kepercayaan daripadanya.

"Najwa, kalau kau nak tahu, selama ni dialah yang dah banyak tolong kau secara diam-diam. Dialah yang dah bayarkan segala yuran sekolah kau dan dia jugaklah yang-..."

"Diam." Najwa bersuara. Badan Najwa terketar-ketar. Air matanya sekali lagi tumpah mengalir keluar.

"T-Tak! Aku tak akan percaya akan semua ni." Najwa menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia tidak dapat menerima sebarang apa yang telah diberitahu oleh Qayyum sebentar tadi.

"Kalau betullah Nabil Aqil tu abang kandung aku, kenapa Abah tak pernah bagitahu aku selama ni?! A-Aku pasti dia silap orang. Aku bukan Najwa Amira!" Najwa kini semakin hilang akal. Sungguh sakit jiwa raganya.

Ya Allah apa patut aku buat sekarang ni?

Qayyum juga kini semakin hilang sabar, dia memegang sisi bahu Najwa dengan erat. Dia menundukkan kepalanya supaya separas dengan tinggi Najwa.

" Najwa,kau dengar sini! Aku, Aku dah lama kenal dengan Nabil dan aku nak kau tahu selama ni dia tak bagitahu hal yang sebenar sebab belum tiba masanya lagi. Najwa, tolonglah... Tak guna kau menidakkan hal ni sebab dah terang lagi bersuluh yang aku, Puan Aminah, Nabil dan keluarga kandung kau tahu yang kau ni adik kepada Nabil." Qayyum kembali berdiri tegak. Dia melepaskan kedua belah tapak tangan nya dari memegang erat sisi bahu kecil Najwa.

Dia melangkah selangkah kebelakang, cuba menjauhkan jarak dirinya dari Najwa.

Anis, Amni dan ahli kumpulan Najwa yang lain hanya mendiamkan diri. Mereka juga terkejut akan apayang diperkatakan oleh Qayyum. Mereka tidak sangka rupanya Qayyum sudah tahu akan hal ini sejak dulu lagi. Tapi tidak hairanlah sekiranya Qayyum telah tahu dan lebih tahu akan hal ini kerana Qayyum merupakan sahabat rapat kepada Nabil Aqil. Ya, mereka telah berkawan sejak kecil lagi memandangkan ayah Nabil menjalankan perniagaan secara besar-besaran dengan keluarga Qayyum.

Anis dan Amni cuba mendekati Najwa. Mereka berdiri di sebelah Najwa dan memegang tangan Najwa.
Mereka berdua hendak memberi semangat kepada Najwa sebab mereka pasti agak susah untuk Najwa menerima perkara ini.

Hidup dengan keluarga angkat tanpa pengetahuan diri, siapa yang tak sakit?

Setitik demi setitik air mata Najwa mengalir.

"Najwa, sabarlah. Aku faham apa yang kau rasa tapi kau mesti terima jugak hal ni." Ujar Anis. Wajahnya menunjukkan rasa sedih. Tidak sangka orang yang telah disukainya iaitu yang telah menjadi 'crush'nya selama ini merupakan abang kandung kepada kawan rapatnya sendiri. Ya, dia sukakan Nabil sejak dia dari tingkatan 1 lagi.

"Ya, sabarlah eyh. Aku tahu benda ni buat kau rasa terkejut jadi bawa bertenanglah." Amni mengusap belakang Najwa dengan lembut manakala sebelah tangannya mencapai tangan kanan Najwa untuk digenggam erat.

Setelah beberapa saat menyepi, Haziq bersuara.

"Jadi selama ni kau memang tahulah yang Nabil ada adik?" Soal Haziq kepada Qayyum.

Qayyum tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Aku dah lama tahu dan kau tak tahu pengorbanan Nabil selama ni. Serius, dia dah buat banyak benda untuk Najwa tanpa pengetahuan Najwa sendiri. Malah Nabil sayangkan Najwa
lebih dari diri dia sendiri. Tak pernah lagi aku jumpa seorang abang yang sangat sayang akan adiknya sampai macam tu sekali." Qayyum mula teringat akan kejadian yang menimpa diri Nabil suatu ketika dahulu.

"Apa maksud awak?" Soal Najwa pula. Berkerut keningnya selepas mendengar Nabil lebih sayang akan dirinya lebih dari diri Nabil sendiri.

"2 tahun lepas..."

(Flashback)

Nabil berjalan menuju ke kelas dengan membawa beg sekolah jenama Adidas hitamnya. Jelas sekali dia dalam mood yang gembira seperti hari-hari biasa yang dia lalui.

Setelah sampai di depan pintu kelasnya, dia mula melangkah masuk dan menuju ke tempat duduknya yang terletak disebelah Qayyum, sahabat karibnya.

"Wei, kau buat apa tu?" Soal Nabil sambil menepuk bahu Qayyum menyebabkan Qayyum menoleh.

"Hmmm, aku tengah check senarai nama pengawas baru ni, Hakimi yang suruh. Stress pula aku dibuatnya." Qayyum menggaru dahinya.

Nabil pula terus mencapai senarai nama pengawas itu dan mencari nama 'seseorang'. Kedua belah matanya fokus mencari nama orang yang paling disayanginya itu.

"Kau cari siapa?" Soal Qayyum. Dia cuba merampas kertas yang mengandungi senarai nama pengawas baru sekolah itu.

"Takdelah."

"Kau cari Najwa kan?" Teka Qayyum.

Nabil tersentak dan mendiamkan diri.

"Nak aku minta dekat Hakimi supaya jadikan adik kau pengawas macam kita jugak ke?" Soal Qayyum. Dia tahu apa yang difikirkan oleh Nabil pada ketika ini. Nabil akan sentiasa buat apa sahaja asalkan adiknya dapat hidup seperti dirinya yng hidup dalam kemewahan.

"Takpe, nanti aku sendiri yang pergi bincang dengan Hakimi." Jawab Nabil.

"By the way, kenapa kau pula yang check senarai nama pengawas baru ni? Bukan semua ni kerja Hakimi ke?" Soal Nabil pula kepada Qayyum.

Soalan yang ditujukan kepadanya menyebabkan Qayyum mengeluh.

"Kau tahulah dia dengan Adriana tu kalau tak jumpa sehari memang tak sah lah." Jawab Qayyum. Oleh kerana
Hakimi dan Adriana telah menjalinkan hubungan cinta, jadi kadang-kadang beberapa tugas yang sepatutnya dibuat oleh Hakimi, Qayyumlah yang terpaksa selesaikan.

Nabil hanya sekadar mengangguk. Faham akan apa yang diperkatakan oleh sahabat karibnya itu.

"Jom ikut aku." Ajak Nabil sambil meletakkan beg jenama Adidasnya di  atas meja yang terletak bersebelahan dengan meja Qayyum.

"Nak pergi mana?"

"Macam biasalah." Nabil tersengih.

Seakan faham akan kata-kata Nabil, Qayyum mengeluh lagi.

"Haihhh, masa kau datang sekolah tadi kau tak pergi lintas kelas dia ke ha?"Qayyum membuat muka menyampah.

Ya, dia tahu setiap hari Nabil mesti akan pergi lintas kelas Najwa untuk pastikan Najwa dalam keadaan yang baik.

"Alaaa, aku nak pergi dengan kau."Nabil pula yang cuba membuat muka comel. Dia memegang lengan Qayyum yang berotot dan menggoyangkannya sambil membuat muka comel.

"Haihhh yelah, aku pergi teman kau. Tapi, sebelum tu aku nak tanya. Kenapa kau sayang sangat dengan Najwa? Dia tu setakat adik perempuan kau je pon." Soal Qayyum serius.

Wajah Nabil kini juga berubah. Dia mendiamkan diri sebentar.

"Jawablah-..."

"Kalau boleh aku bukan setakat nak sayangkan dia malah aku nak cintakan dia, ya aku nak cintakan dia bukan hanya sebagai abang tapi lebih dari tu."

Qayyum tergamam.

Nabil cintakan Najwa.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now