Bab 10

26.1K 1.1K 10
                                    

KRINGGG!!

Aku berdiri lalu meregangkan otot-otot badanku yang amat KEBAS.

'Akhirnya...'dan tiba-tiba satu bunyi yang amat asing buatku kedengaran.

'Bburrr'

Aku memandang Amni yang berada di sebelahku dengan muka yang merah akibat menahan malu.

[Flashback]

Fikiranku masih lagi memikirkan HAL tadi sehinggakan tidak perasan akan waktu rehat. Fikiranku kusut.aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar malah aku dimarah oleh Cikgu Che Farah.siap kena FREE DENDA lagi.Sakit kaki aku kena berdiri kat luar kelas sampai habis masa selama 2 jam.

"Najwa..."panggil Amni.

"Jomlah rehat...aku dah lapar gila ni."rungut Amni.

"Kau pergilah dulu,aku takde selera nak makan."kataku lalu duduk di kerusiku.sakit.kebas. penat.Semuanya ada.selama 2 jam aku berdiri di luar kelas. Sape tak sakit?

Aku mengeluh.mengeluarkan semua rasa sakit yang berada di kakiku sekarang ini.

Kini,aku hanya ingin duduk di kelas untuk menenangkan fikiranku yang tengah kusut ni. 

[End Flashback]

"Tulah...orang ajak pergi rehat dia taknak....PADAN MUKA!"kata Amni.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas hendak membalas dengan perut yang KOSONG,langsung tiada tenaga untuk membalas kata-kata Amni tadi.

Aku mengeluh.

'Bburrr'

Bunyi itu keluar lagi.

'Laparnya...'bisik hatiku.

Aku mengemas buku lalu memasukkan ke dalam begku.

"Kau balik dengan Puan Aminah ke nanti?"tanya Amni.

Aku mengangguk.

Ketika itu hanya aku dan Amni sahaja di dalam kelas.

"So,'Zirafah gila'tu pun ada sekali?"tanya Amni lagi.

Aku hanya sekadar mengangguk.
LAPAR.Itu sahaja 'perkataan' yang berada di dalam otakku sekarang ini.

"Hmmm...hati-hati dengan 'mamat cina+pakcik galah'tu..."pesan Amni kepadaku lalu meninggalkan aku seorang di dalam kelas.Prihatin.Itulah sikap Amni.

Aku berjalan keluar kelas,tapi aku nak pergi mana?perasaan ITU mula menguasai diriku semula.

'Kalaulah abah tak meninggal... mesti Abah dah jemput Najwa balik rumah sekarang ni.'bisik hatiku.

Tapi,itu tidak lagi berlaku dalam hidupku.ia hanya tinggal kenangan.tersimpan rapi dalam kotak fikiranku.

Aku berjalan menuju ke pejabat.ya,pejabat bonda.tiba sahaja di depan pintu,aku mengetuk.

TOK! TOK! TOK!

tiada jawapan.

Aku mengetuk lagi.namun juga tiada balasan lalu akupun memberanikan diri untuk membuka pintu itu dengan perlahan.Aku berjalan masuk ke bilik itu dan...segera mataku terpandang seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi sedang memandang tajam tepat ke arah anak mataku.

Aku memandang lelaki itu dengan perasaan yang amat takut.menyesal?ya.menyesal. Kalau aku tak masuk dalam bilik ni...takdenya aku terjumpa 'Zirafah gila'ni.

"Apa kau buat kat sini?"tanya Hakimi kepadaku dingin.

"S-saya..."kata-kataku terhenti apabila pintu telah dibuka seseorang.aku menoleh.

Puan Aminah.

Lega.ya,itu yang aku rasa sekarang ini.

Puan Aminah masuk lalu berjalan menuju ke sofa yang terletak kemas di sudut bilik lalu duduk di sofa itu.

"Hakimi,harini bonda balik lewat sebab ada mesyuarat sekolah jadi kamu baliklah dulu dengan Najwa guna kereta bonda."Kata Puan Aminah kepada anak lelakinya.

Aku terkejut.

'Takkanlah aku nak naik sama kereta ngan mamat ni?!'

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now