Bab 50

25.2K 1.1K 208
                                    

"Apa yang awak cuba buat ni?!"

Kedua belah pipinya ditekup dengan tapak tangannya. Masih lagi segar panas rasanya bekas ciuman suamiya itu.

"Apa? Bukan kau nak bukti ke?" Soal Hakimi selamba.

"T-tapi s-saya..." Tergagap-gagap Najwa dibuatnya dan terus sahaja Najwa gelabah mencari di mana keberadaan tudung yang telah dicampak oleh Hakimi tadi dan segera disarungkan dikepalanya semula.

Hakimi yang memerhati setiap tingkah laku isterinya itu berasa sangat bersalah. Dia tidak sepatutnya mengatakan hal itu tadi bahawa dia cintakan Adriana dan isterinya itu. Tapi apakan daya, sudah terpahat dihatinya nama kedua-dua gadis itu. Namun, nama Najwa itu baru sahaja terukir di hatinya.

Nampak sahaja keadaan Najwa yang mahu keluar dari khemah itu, segara Hakimi memanggil isterinya itu.

"Najwa." Panggil Hakimi. Tangan besar Hakimi menggenggam erat lengan kecil isterinya itu.

"Apa yang awak nak?" Tanpa menoleh, Najwa menyoal.

"Kalau awak nak minta keizinan saya untuk awak bersama dengan Adriana,   
saya dah lama bagi keizinan malah saya rela dan terima seadanya tentang apa yang awak cakap tadi. Lagipun saya ni hanyalah orang yang cuba menumpang kasih dari seorang ibu, Hakimi."

Najwa berhenti seketika dia cuba menahan tangisannya dari pecah. Apa  yang ada di fikirannya kini adalah dia hanyalah dahagakan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah sekalipun dia rasa.

"Sejujurnya Hakimi, saya berasa sangat gembira dan bersyukur bila Puan Aminah ambik saya jadi anak angkat iaitu sebahagian dari keluarg awak, dan oleh sebab itu saya akhirnya dapat juga merasa kasih seorang ibu itu walaupun ianya tidaklah sama dengan apa yang orang lain rasa dan pasal perkahwinan ini, saya tak pernah terfikir pun untuk jadi isteri awak sebab saya tahu yang saya ni tak sesuai langsung dengan awak. Oleh sebab itu,saya rela kalau awak nak lepaskan saya dan pergilah bersama Adriana." Kata Najwa. Segala isi hati yang terpahat dihatinya selama ini dikeluarkan tanpa ragu-ragu.

Hakimi terkedu seketika. Tidak menyangka apa yang didengari dari mulut isterinya itu. Dia mendekati telinga isterinya itu yang masih lagi membelakanginya sambil senyuman sinis terukir di bibir Hakimi.

"Dengar sini Najwa, aku tak akan pernah lepaskan kau atau ceraikan kau, dan aku tak akan bagi sesiapa pun dapat kan kau." Bisik Hakimi perlahan.

Najwa diam.

"Saya yakin suatu hari nanti awak akan lepaskan saya, malah mungkin masa tu awak buang saya macam anjing kurap." Dengan itu, segera Najwa membuka zip pintu khemah itu lalu meloloskan diri dari khemah itu.

Kini giliran Hakimi pula yang terdiam.

-----

Setelah beberapa minit Hakimi di dalam khemah, barulah dia keluar. Sejujurnya dia masih lagi memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Najwa sebelum dia keluar dari khemah itu.

"Cinta dua orang gadis dalam satu masa. Wow! Interesting! " Tegur seseorang dari sebelah Hakimi.

Hakimi kenal suara itu, segera dia menoleh dan memang betul tekaannya, Aiden!

"Apa maksud kau hah?"

"Apa maksud aku? Takkan tak faham lagi? okey aku terangkan, sekarang kau suka Najwa tapi pada masa yang sama kau suka Adriana. Hey, apa tu? and dulu kau rampas Adriana dari aku, dan sekarang kau rampas Najwa pula?" Kata Aiden. Anak matanya tepat menikam anak mata Hakimi, sepupunya itu.

"So what? Adriana sendiri yang nak aku dan bukannya kau! Jadi tak payah nak kata aku rampas Adriana dari kau dan pasal Najwa, kau jangan nak buat hal sebab dia isteri aku! Hak aku! dan untuk pengetahuan kau, aku yang dulu kenal Najwa sebelum kau!" Jari telunjuk Hakimi diajukan kepada Aiden sambil memaparkan muka bengisnya.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now