Najwa diam sejenak. Dirinya jadi keliru sebentar. Bila difikirkan semula, ya keadaan dirinya sekarang dalam keletihan. Entah dia sendiri pun tidak pasti dia mampu atau tidak meneruskan pendakian ini.
"Najwa, aku tak nak jadi apa-apa dekat kau nanti. Aku bagitahu Asyraf kalau macam tu." Baru sahaja Anis mahu berjalan kearah ketua kumpulan Najwa iaitu Asyraf, Najwa segera menahan lengan Anis.
"Janganlah. A-Aku tak nak menyusahkan mereka. Dah jadi keputusan aku nak ikut aktiviti jungle trekking ni." Suara Najwa kedengaran sedikit lemah. Dahinya mula berpeluh lagi. Pandangan matanya menjadi sedikit kabur pada ketika itu dan badannya sangat terasa lemah seakan tiada sisa tenaga lagi untuk dia gunakan bagi meneruskan pendakian ini.
Namun apakan daya, dia mesti mengagahkan dirinya.
"Ish kau ni! Kenapa keras kepala sangat! Tak nampak ke diri kau yang macam mayat hidup sekarang ni?!" Marah Amni. Dia memegang lengan Najwa. Takut akan rakannya iyu tumbang secara tiba-tiba.
Najwa menggeleng lagi.
"Aku okey."
Amni dan Anis hanya diam. Mereka berdua kesal akan tindakan Najwa ketika ini. Hal ini kerana mereka berdua tahu yang Najwa memang tidak dapat meneruskan aktiviti ini. Masih banyak lagi anak tangga yang perlu mereka naiki. Ada beberapa jam lagi untuk mereka sampai ke puncak Gunung Raya dan mereka pasti Najwa tidak akan dapat melakukannnya.
Hakimi, Aysraf dan pelajar lelaki yang lain dalam kumpulan mereka berehat di atas beberapa anak tangga daripada Najwa dan rakan-rakannya.
Hakimi yang perasan Nabil memandang Najwa dengan begitu lama mula menegur.
"Kenapa?" Soalnya pendek sambil tangan kanannya mengelap peluh dilehernya menggunakan tuala kecil.
Nabil tersentak.
Dia terus menggeleng.
"Takde apa." Balas Nabil.
"Kau pasti? Aku nampak muka kau tengah risau." Aysraf pula menyampuk.
Mereka bertiga fokus memerhati kearah gadis kecil yang bernama Najwa yang berada dihadapan mereka. Kelihatan wajahnya bertukar pucat.
"Korang tengok siapa tu?" Tegur Haziq dari arah belakang. Dia meletakkan tangannya di bahu Hakimi dan Asyraf.
"Budak tu." Kata Hakimi sambil menunding jarinya kearah isterinya, Najwa.
Haziq menoleh.
"Eyhhh, kenapa dengan Najwa tu?"Soal Haziq.
"Dia dah mula penat tu." Kata Nabil.
Aiden yang diam dan melihat Najwa dari jauh itu juga risau akan diri Najwa. Sejujurnya hampir semua lelaki dalam kumpulan itu risau akan kesihatan diri Najwa. Entah kenapa mereka semua sangat risaukan gadis kecil itu.
"Hmmm, kalau macam tu aku rasa kita mesti turun balik ke bawah untuk hantar Najwa." Kata Aysraf setelah berfikir panjang. Dia juga antara orang yang sangat risau akan diri Najwa kerana dirinya yang telah mula mencintai gadis kecil itu.
Irfan yang berada di belakang mereka terkejut setelah mendengar arahan Asyraf.
"What? Kita mesti turun balik? Hanya untuk hantar budak kecik tu?" Soal Irfan seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Asyraf iaitu selaku ketua kumpulan mereka.
"Ya." Asyraf mengangguk.
Hakimi pula mengeluh.
"No. Kita tak boleh patah balik. Jangan menyusahkan ahli kumpulan kau, Asyraf." Kata Hakimi dengan tegas. Dia membantah apa yang dikatakan oleh Asyraf sebentar tadi.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
DragostePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...