"K-kenapa awak kunci pintu? "Soalnya kepadaku.Aku diam.
Ya, memang aku sengaja kunci pintu sebab aku tak nak dia jumpa Hakimi tu dan aku nampak sekarang ni Hakimi sedang berjalan menuju kearah keretaku.
"Buka pintu ni sekarang."katanya dengan nada yang agak tegas.
Aku hanya berdiam diri.
Aku menoleh ke sebelah kiri. Aku nampak Najwa sekarang ni dalam ketakutan. Tapi, kenapa dia nampak takut? Kenapa dia takut dengan Hakimi? Dan... Kenapa Hakimi sanggup cari dia sampai sini? Banyak persoalan yang timbul di dalam benak fikiranku ketika ini.
"Buka pintu kereta ni sekaranglah,bodoh! Sebelum aku campak korang dalam gaung, bagus kau buka pintu ni, Asyraf! Dan kau,Najwa... Jangan nak cabar kesabaran aku. Ingat yang kau tu isteri aku sekarang ni! Jangan harap kau boleh ikut jantan lain! "Kedengaran cermin tingkap keretaku ditumbuk oleh Hakimi tapi aku tak kesah tentang tu cuma aku terkejut sangat yang Najwa ialah isteri Hakimi.
"A-Asyraf... Tolonglah...buka pintu ni sekarang... "Rayu Najwa dengan air mata yang sudah membasahi pipi dan aku pun membuka butang 'lock' yang terdapat di sisi pintu keretaku dan kelihatan Hakimi sedang menarik kasar tangan Najwa dan berjalan menuju kearah kereta hitam miliknya lalu memecut laju meninggalkan aku di situ.
Aku menyandarkan kepalaku ke belakang lalu meraup wajahku.
Kecewa?
Ya, semestinya.
Aku rasa kasihan tengok Najwa diperlakukan sebegitu.
Aku mengeluh.
-----
Hampir seluruh anggota badanku menggeletar ketika ini. Dengan tudung sekolah yang sudah tidak teratur membuatkan diriku kelihatan tidak kemas dan agak selekeh.
Hakimi yang kini memandu dengan laju langsung tidak menghiraukan aku yang berada di sebelahnya ini. Dia hanya fokus memandu dan aku hanya menundukkan kepalaku. Takut akan sikap dia yang dingin ketika ini.
"Aku taknak kau dekat dengan dia lagi."Kata Hakimi tiba-tiba sahaja.
Aku diam.
"Kau dengar tak?! "Tengking Hakimi.
Bahuku terhinjut.
"Y-Ya, saya d-dengar. "Kataku dengan tergagap-gagap.
"Good girl. "Ujarnya sambil tangan kirinya mengusap kepalaku dengan lembut.
Sebenarnya aku pun tak faham dengan sikap mamat zirafah ni! Kejap cam 'singa' nak baham orang, lepastu tetiba je jadi 'zirafah' BETINA yang jinak sangat! Alaa, lagak lembut gitu... Tapikan, kalau lah sikap dia macam tu setiap hari, kan bagus! Takda lah aku ni rasa menyampah ngan dia dari aku first day sekolah masa form 1 kat Elite Highschool dulu. Yelahhh, waktu aku form 1, Hakimi ni form 3 dan masatu dia just pengawas biasa je tapi dah pandai nak mengada-ngada jadi ketua pengawas! Huh! Dahla garang namatey! Habis aku setiap hari kena denda dengan budak ni! Tapi nasiblah ada juga orang yang selalu selamatkan aku dari kena denda dengan Hakimi...Dan orang tu ialah Muhammad Asyraf.
Selepas beberapa minit Hakimi memandu, barulah aku perasan yang kami sedang menuju ke satu bangunan iaitu mall yang amat besar yang terletak di tengah-tengah bandar.
Aku hairan.
Kenapa dia bawa aku kesini? Bukan sepatutnya pergi sekolah ke? Aku curi-curi melihat jam tangan milik Hakimi untuk melihat waktu pada ketika ini.Maklumlah, aku bukannya ada duit nak beli jam. Lagi-lagi ketika keadaan aku yang sudah bergelar anak yatim piatu sekarang ni yang hanya hidup menumpang orang lain.
Aku memandang wajah Hakimi dengan raut wajah yang berkerut menandakan aku tertanya-tanya kenapa dia bawa aku ke sini. Dia membalas pandanganku dengan wajah yang dingin."Aku bawa kau kesini nak bawa kau pegi POPULAR. "Katanya dingin.
Makin berkerut keningku ketika ini. Pegi POPULAR? Buat apa? Nak beli buku? Aku hanya diam sehinggalah kami mendapat tempat kosong untuk meletak kereta.
Aku berjalan mengikuti belakang Hakimi dan ada juga sesetengah orang memandang kami dengan pelik. Yelahhh, tengoklah pakaian kami,kami berdua memakai pakaian sekolah...mestilah orang pelik. Tapi nasib baik masa tu tak banyak pengunjung yang datang sebab masih awal pagi,kedai pun baru je buka.
Tiba di depan kedai yang berdindingkan warna merah dan putih serta terpampangnya perkataan yang bersaiz yang agak besar iaitu P O P U L A R, Hakimi terus manarik tanganku untuk masuk ke dalam kedai itu.
Baru sahaja aku ingin menepis,tanganku sudahpun digenggam erat oleh tangan sasa milik Hakimi yang kelihatan mempunyai banyak urat-urat.
"Tak payah risau,kita dah halal. Abaikan apa yang orang pandang dan fikir,sebab kau dah sah jadi isteri aku dan kau milik aku,so aku bebas BUAT apa je yang aku suka."katanya dengan nada yang tegas bersalut lembut.
Aku diam.
"Sekarang pergi cari semua buku-buku kau yang sama macam yang ada dalam beg kau tadi. Jangan risau. Aku bayar. So, now pergilah cari."katanya.
Jelas sekali mukaku pada waktu ini menunjukkan yang aku tak faham dengan kata-kata Hakimi sebentar tadi.
"Apa maksud awak? Kenapa tak ambik je beg saya yang awak CAMPAK macam sampah tadi? Jadi, tak perlulah awak nak habiskan duit semata-mata nak belikan saya buku baru. "Kataku sengaja menekankan perkataan CAMPAK di depannya.
"Aku malas nak ambik balik. Lagipun untuk pengetahuan kau, Adriana dah buang beg kesayangan kau tu dalam tong sampah dan termasuk sekali dengan buku-buku yang ada dalam beg tu. Jadi, kau sanggup ke nak ambik balik beg buruk kau tu dalam tong sampah? Euwww, tak sangka juga kau ni jenis yang pengotor. "Kata Hakimi dengan pedas sekali.
Hampir sahaja aku nak menangis bila dapat tahu yang beg aku dah kena buang oleh Adriana. Aku kecewa sangat sebab beg tu arwah abah yang belikan untuk aku. Seriously, aku sayang sangat dengan beg tu.
"Tak payah lah nak over sangat sampai nak nangis. Setakat beg je pon. Aku boleh beli banyak-banyak untuk kau. "Kedengaran Hakimi sedang memujuk aku. Pujuk ke? Hish! Jangan nak perasan lah Najwa!
"Okey now, pergilah cari mana-mana buku. Aku pergi bahagian lain. Kalau dah siap datang jumpa aku kat bahagian dekat sana tu." Kata Hakimi sambil tangannya menunjuk ke arah rak yang terletak di bahagian hujung kedai itu.
Aku mengangguk lalu berjalan mencari bahagian terletaknya buku untuk tingkatan 3.
Selepas sahaja selesai memilih beberapa buku, aku berjalan pula mencari rak yang telah ditunjuk oleh Hakimi sebentar tadi untuk mencari dia.
Aku berjalan sambil membaca papan yang telah terletak elok di setiap sudut di bahagian rak tersebut.
'FIZIK SPM, BIOLOGI SPM, KIMIA SPM, MAT--'
GEDEBUK!
Tiba-tiba sahaja aku tersadung sesuatu 'benda' yang agak keras dan menyebabkan aku jatuh tersembam di lantai. Adoi! Sakitnya!
Aku mengaduh kesakitan. Semua buku-buku yang aku pegang telah tercampak ke depan. Aku menggosok mulutku yang tadi telah tercium lantai jubin tadi dengan perlahan. Huhuhu, sakit woo! Tak sangka dapat free kiss lantai dengan siap pakej sekali dapat kain baju kurung sekolah terkoyak! Tapi nasiblah aku ada pakai seluar, kalau tak.... Hmmm... Dan tiba-tiba sahaja ada tangan dihulurkan tepat di wajahku.
Siapa?
Kepalaku masih lagi menunduk.
Kalau tengok dari kaki kepunyaan orang itu, dia memakai seluar slack hitam dan juga berkasut hitam sama dengan cara pemakaian seorang bagi pengawas lelaki di sekolahku.
Hakimi ke?
Atau...
Asyraf?
Aku mendongak.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...