Bab 77

35.7K 1.2K 883
                                    

Assalamualaikum dan hai, maaf lambat update sebab Author balik kampung, laptop pula tinggal, segala idea ada dalam laptop tapi Author gagahkan diri juga mengarang guna fon hehehe. Selamat membaca.

-----

Humairah membuka pintu rumah banglo milik Doktor Luthfi. Rumah banglo itu sungguh besar dan mempunyai tiga tingkat.

Mulut Humairah terlopong. Dia menjinjing begnya sambil masuk ke dalam rumah itu. Terdapat sebuah kereta mewah jenama Lamborghini.

Sebelum memasuki di dalam rumah itu, Humairah terlebih dahulu membuka kasutnya dan meletakkannya di ruang simpanan kasut. Kelihatan pelbagai jenama kasut kepunyaan Luthfi berada di ruang simpanan itu. Terdapat kasut kerja dan juga terdapat kasut sukan yang berjenama.

Humairah tahu yang Luthfi selalu pergi bersenam, maklumlah seorang doktor mestilah pandai jaga kesihatan diri. Humairah berjalan masuk ke ruang tamu. Luas sekali ruang tamu milik jejaka itu. Dindingnya yang berwarna putih dan hiasan dalaman yang tidaklah terlalu padat membuatkan ianya merupakan rumah seorang lelaki bujang.

Humairah menyentuh sofa berbentuk L yang terdapat di ruang tamu itu. Kelihatan sebuah potret besar terpampang di ruang tamu itu. Dia tersenyum. Potret itu menunjukkan wajah-wajah majikannya iaitu Dato' Umar dan Datin Zahidah sedang duduk manakala Luthfi dan Nabil pula sedang tersenyum manis sambil berdiri tegak dibelakang Umi dan Abahnya. Dia tahu dan sangat mengenali potret itu kerana ianya diambil ketika Hari Raya dilakukan di rumah keluarga itu.

Potret besar itu ditatap lama oleh oleh Humairah. Dia tersenyum apabila melihat keluarga majikannya itu bahagia namun tiba-tiba senyumannya itu pudar. Tiba-tiba dia rasa sebak.

Matanya mula berair. Ya, dia baru perasaan yang Cik Najwa tidak ada. Cik Najwa hanyalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga itu.

Dia faham perasaan Datin Zahidah yang sering merindui anak perempuannya itu. Namun, mujurlah yang Najwa telah kembali ke dalam pangkuan keluarga Dato' Umar.

Humairah meletakkan beg pakaiannya dan tas tangannya di atas sofa. Dia duduk sebentar. Menghembuskan nafas lelah. Sejujurnya dia juga letih dan berasa sungguh penat selepas 3 hari menjaga Najwa. Tetapi dia tidak kesah kerana sememangnya sudah menjadi tugasnya yang telah diamanahkan kepadanya oleh Datin Zahidah.

Dia meregangkan badannya beberapa kali bagi menghilangkan sakit sendi. Dia membuka blazer hitamnya dan meletakkan di atas meja.

Keadaan sunyi kerana hanya dirinya yang berada di dalam rumah itu.

Humairah berdiri lalu pergi sebuah meja yang terdapat di sudut ruang tamu itu.

Dia pelik kerana Luthfi yang tidak menggunakan bilik lain untuk dijadikan bilik kerja untuknya. Kenapa mesti diletakkan di ruang tamu?

Humairah mendekati meja yang besar itu.

Terdapat banyak fail dan kertas-kertas yang berselerak di atas meja tersebut.

Humairah sekali lagi pelik. Luthfi bukannya seseorang yang jenis suka membuat sepah. Setahunya lelaki itu suka akan kekemasan.

Apabila sampai di depan meja itu, Humairah terkedu.

Ya, dia terkedu kerana terdapat satu gambar bayi yang terpampang di meja itu. Gambar bayi itu diletakkan cantik di dalam sebuah frame. Inilah kali pertama dia melihat wajah bayi itu. Dia tahu bayi itu merupakan seorang bayi perempuan kerana bayi itu menggunakan pakaian yang berwarna pink.

Humairah mengambil gambar itu lalu menatapnya lama. Wajah bayi ini seiras Cik Najwa. Adakah ini Cik Najwa?

Humairah diam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now