Bab 33

23K 1K 92
                                    

Aku memandu keluar kereta milikku dari kawasan rumahku. Aku menilik jam tanganku seketika. Jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Masih awal untuk aku ke sekolah. Tapi, aku terpaksa datang ke sekolah awal sebab aku perlu jalankan tugas jaga pintu pagar sekolah. Haihhh... Apalah, sekolah kepunyaan bonda sendiripun anak dia yang perlu jaga pintu pagar tu. Aku mengeluh.

Sekarang ni aku perlu ambil Adriana kat rumah dia. Aku memandu menuju ke rumah Adriana. Dekat je. Lebih kurang 5 minit dari kawasam rumah aku dan sebenarnya bonda tak tau pun yang aku pergi sekolah dengan Adriana setiap hari. Cakap pasal bonda, aku tiba-tiba sahaja teringatkan budak kecik tu.

Bonda ada tanya aku semalam kenapa aku tak pergi sekolah dan kenapa Najwa tak balik dengan aku. Aku sakit hati sangat bila bonda tanya pasal budak tu dan aku just bagi alasan yang dia pergi tidur rumah kawan dia untuk ulang kaji. Yelahhh, kan dia nak exam PT3...dan nasib baiklah bonda percaya cakap aku.

Aku malas dah nak kesah pasal dia. Kalau si Aiden tu nak ambik budak tu pun aku tak kesah... Asalkan jangan dia nak ambik Adriana sudah...Tapi,hanya satu je perkara yang masih lagi berlegar-legar di dalam fikiranku. Pasal aku tolak dia sampai jatuh dan aku tampar muka dia guna plastik yang ada berisi buku. Aku nampak muka dia macam dia rasa sakit sangat masa tu. Dialah merupakan gadis pertama yang telah aku kasari. Isteri aku.Tapi bila aku terfikirkan semula yang dia kena dukung oleh Aiden, terus lesap semua rasa bersalahku kepada dia dan yang hadir adalah rasa benci yang amat. Sebenarnya, aku ada pergi berpatah balik lagi dan tujuan aku ialah untuk bawa Najwa balik dengan aku tapi tak sangka boleh tengok drama free yang tak berbayar di depan mata aku. Dukung? Dukung isteri orang dekat public? Atau

Tiba di depan rumah Adriana, aku segera mencapai iphoneku untuk mencall dia. Setelah beberapa saat, panggilanku dijawab olehnya.

"Hello baby... "Ujarnya.

"Sayang, I dah ada kat luar rumah you ni. "Kataku setelah mendengar suaranya di corong telefon.

"Owh, ok.kejap.I nak pakai kasut dulu."Balasnya lalu meletakkan panggilan.

Dalam beberapa minit, kelihatan Adriana sedang berjalan keluar dari rumahnya menuju ke keretaku. Dia membuka pintu kereta di sebelah duduk pemandu lalu segea duduk di sebelahku. Aku memberikan senyuman yang manis kearahnya. Adriana menoleh kearah tempat duduk di belakang. Kosong.

"You, mana budak perem-" Belum sempat Adriana menghabiskan kata-katanya aku terus memotong.

"Sayang, please... Jangan rosakkan mood I pagi ni dengan soalan you tentang budak tu. "Kataku seakan merayu agar persoalan mengenai Najwa tidak dibangkitkan.

"Sorry... I tak berniat pun nak buat you marah. "Kata Adriana dan wajahnya kini kelihatan rasa bersalah.

"Tak... I tak bermaksud pun nak marah you. Please jangan salah faham. I just rasa tak suka bila you cakap pasal budak tu. I nak cakap pasal kita berdua je dan pasal Najwa,I dah malas nak ambik tau pasal dia...so you janganlah bangkitkan hal tu lagi sebab I rasa buang masa kita cakap pasal dia. Lagipun you sendiri cakap masa hari tu yang you tak suka I cakap tentang diakan. "Kataku panjang lebar sambil meletakkan tangan kiriku di atas kepalanya yang berlapik dengan tudung sekolah lalu mengusapnya dengan lembut. Tangan kananku pula masih memegang stereng.

Setelah beberapa minit, kami tiba di sekolah. Aku meletakkan kereta di tempat letak kereta pelajar lalu keluar dari kereta. Adriana juga turut keluar.

"Adriana, you pergilah masuk kelas dulu. I ada tugas pagi ni. Jaga pintu pagar. Bonda yang suruh I jaga harini untuk tengok-tengok pelajar. "Kataku sambil menutup pintu kereta lalu menguncinya.

Adriana mengerutkan keningnya.

"Bonda suruh you jaga pintu pagar? Kenapa pula? Kan you tu ketua pengawas. Buat apa nak buat tugas tu? "Soal Adriana pelik.

"Entahlah... I pun sebenarnya tak tau kenapa tiba-tiba bonda suruh I jaga. Tapi I terpaksa ikut. Dah bonda yang suruh, I perlu akur. "Balasku. Lalu berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Meninggalkan Adriana yang masih lagi berdiri statik di situ.

Terdapat beberapa orang pengawas di sana. Mungkin tugas mereka yang jaga pintu pagar pada setiap pagi. Aku berjalan mendekati mereka.

"Eh, hai Hakimi. Apa awak buat kat sini? "Tegur seorang pengawas perempuan  apabila perasan akan kehadiranku dan terus sahaja beberapa pengawas yang lain menoleh kearahku.

"Ermm, sebenarnya bonda tiba-tiba je suruh saya jaga pintu pagar ni... Mungkin untuk tengok disiplin pelajar yang datang sekolah macam mana." balasku. Semua pengawas yang berada di situ mengangguk. Pakaian pengawas lelaki hampir sama denganku. Cuma warna tali leher yang membezakannya. Tali leher milikku berwarna hitam. Mereka pula berwarna merah gelap. Seluar pula,kami gunakan seluar berwarna hitam. Manakala, bagi pengawas perempuan pula menggunakan tudung dan kain sekolah berwarna hitam sama seperti  yang digunakan oleh Adriana. Ya, Adriana juga seorang pengawas sekolah dan kami berdua selalu jalankan tugas bersama-sama.

Aku berdiri di hadapan pagar bagi memerhati setiap pelajar yang sedang memasuki kawasan sekolah. Kebanyakkannya pelajar menggunakan kereta untuk ke sekolah. Tapi cuma pelajar form 5 yang gunakan kereta. Manakala pelajar yang masih bawah umur, ada pemandu sendiri yang menghantar mereka untuk ke sekolah. Bawah umur? Tiba-tiba aku teringatkan Najwa lagi. Kenapa aku asyik teringatkan dia? Tapi, dia dekat mana sekarang ni? Dia pergi sekolah tak hari ni?

Aku cuba memerhati setiap pelajar untuk mencari kelibat Najwa sehinggalah aku ternampak sebuah kereta berjenama Honda CR-V yang cuba memasuki kawasan sekolah. Aku hairan. Tak pernah lagi aku tengok pelajar bawa kereta ni pergi ke sekolah.

Aku cuba melihat orang yang berada di dalam kereta tu. Aku terkejut. Shit! Aiden?! Dia buat apa kat sini?!

Aku dapat melihat dia dengan jelas yang dia sedang memandu memasuki kawasan sekolahku dan tiba-tiba mataku tertarik untuk melihat figura yang sedang duduk di sebelahnya. Kelihatan mereka berbual dengan sungguh mesra sekali.

Aku terpaku. Jadi inilah sebab kenapa bonda suruh aku jaga pintu pagar pagi ni. Untuk melihat sepupu dan isteri aku bermesra di dalam kereta?! Ya, orang yang berada di sebelah tempat duduk Aiden itu adalah Najwa!

Aku mendengus kasar.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now