Bab 72

16.8K 918 301
                                    

Tamparan yang diberikan oleh Umi di wajahku terasa sangat menyakitkan.

Nabil terpana.

"Apa semua Nabil?! Kenapa Najwa boleh cedera macam tu?!" Soal Datin Zahidah kepada anaknya dengan nada yang marah. Tangannya menggeletar teruk. Sakit jiwanya apabila mengetahui yang anak perempuannya cedera dan perlu dibedah.

Nabil diam. Dia menundukkan wajahnya.

"Nabil, apa yang dah jadi dengan Najwa sebenarnya?" Soal Dato' Umar Mustakim pula. Dia merupakan ayah kepada Nabil.

Wajah kedua orang tuanya nampak sungguh kecewa saat ini. Nabil mula rasa bersalah. Dia tidak dapat membela dirinya kerana memang salahnya yang menuduh Najwa dengan melulu tanpa memeriksa dahulu.

"JAWAB,MUHAMMAD NABIL AQIL! UMI TANYA NI? APA YANG KAMU DAH BUAT DEKAT NAJWA?!" Soal Datin Zahidah. Dia berasa sungguh terkejut apabila anak lelakinya itu mengatakan yang Najwa telah cedera. Hampir sahaja dia pengsan setelah mendengar tentang berita yang baru sahaja disampaikan oleh anak lelakinya melalui panggilan telefon. Oleh itu, Datin Zahidah dan suaminya segera menggunakan perkhidmatan pesawat peribadi mereka untuk pergi ke Pulau Langkawi.

"Kaki Najwa cedera tercucuk dahan. Dia terjatuh masa di Gunung Raya. Tapi Najwa dah kena bedah. Dia selamat sekarang ni." Terang Nabil dengan takut. Dia tahu yang uminya sangat sensitif apabila menerima berita tentang anak perempuannya yang satu itu.

Datin Zahidah tekun mendengar penjelasan dari Nabil.

"Then?"

"A-Angah dah t-tampar dia tadi." kata Nabil pendek. Dia mesti jujur kepada Uminya kerana begitulah cara umi dan abahnya mendidik dirinya supaya jadi manusia yang berakal dan berguna.

"WHAT?!"Datin Zahidah terkejut.

"Kenapa kamu tampar dia?!" Marah Datin Zahidah lagi. Dia segera masuk ke dalam wad anak perempuannya itu untuk melihat keadaan anak kesayangannya itu.

Apabila dia masuk, kelihatan anak perempuannya itu dalam ketakutan dan ada seorang lelaki yang berada di sebelahnya.

"N-Najwa?" Panggil Datin Zahidah dengan lembut.

Najwa yang perasan akan kehadiran Datin Zahidah mula merasa takut. Dia tidak mahu ada sesiapa yang datang mendekatinya. Dia takut. Ya, dia takut dirinya akan disakiti lagi.

Badan Najwa menggeletar teruk.

Aiden yang perasan akan keadaan Najwa, dia segera memujuk kembali.

"Najwa, janganlah takut. Ibu awak dah datang tu. Dia nak jumpa awak." Pujuk Aiden dengan lembut sambil matanya melirik kepada Doktor Luthfi yang berada di belakangnya untuk membantunya.

Doktor Luthfi seakan faham.

"Najwa, bawa bertenang ya. Kalau awak banyak bergerak sangat nanti kecederaan awak makin teruk. Jangan risau ibu bapa kandung awak ada kat sini sekarang ni. Mereka nak jenguk awak." Pujuk Doktor Luthfi pula.

Dengan perlahan-lahan Najwa mula menenangkan diri. Dia nampak semua ahli kumpulannya berada di depan pintu bilik wadnya. Dia tersenyum apabila ternampak wajah dua orang sahabatnya yang juga berada di situ.

Air mata yang keluar tadi dia lap dengan hujung bajunya. Dia cuba untuk duduk seperti biasa dan dibantu oleh Doktor Luthfi fan beberapa orang jururawat. Setelah itu, dia nampak seorang wajah perempuan tua yang menggunakan pakaian dan beberapa perhiasan yang agak mewah. Dia boleh mengagak orang itu. Inilah kali dia melihat wajah perempuan itu. Mata dan hidung perempuan tua itu sama seperti dirinya. Ya, perempuan inilah merupakan ibu kandungnya.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now