Aku segera berlari dan tiba di depan pintu kelasku,hampir luruh jantungku apabila melihat....
Seseorang yang terbaring di lantai kelasku.
Aku berlari mendapatkan dia.
"Najwa!"
-----
Aku tersedar apabila namaku dipanggil oleh seseorang.
Aku cuba membuka mataku untuk melihat ORANG itu dan hampir saja air mataku menitis lagi apabila orang yang berada dihadapanku ialah....
Hakimi.
Aku cuba mengerakkan tanganku namun apakan daya, kedinginan menguasai seluruh badanku menyebabkan aku menggigil.
"H-hakimi... "aku memanggil namanya lemah dan aku terkejut apabila Hakimi membuka jaketnya lalu menyarungkan di badanku.
"A-apa awak buat kat sini?"tanyaku sambil menggenggam jaketnya dengan erat.
Aku cuba berdiri dan sekali lagi aku terkejut.
Aku dicempung.
Tapi aku hanya membiarkan,tiada tenaga untuk menghalang.
-----
Aku mencempung tubuh badannya yang tersarung dengan jaketku lalu membawanya keluar dari kelasku.
Setelah meletakkan dia di sebelah tempat duduk pemandu,aku berlari ke tempat duduk pemandu.
Aku menghidupkan enjin kereta lalu bergegas pulang kerumah.
Aku memandang Najwa,dan seluruh badannya menggeletar.
Rasa bersalah mula hadir dalam hatiku.
"Kau okey,tak?"soalku lembut.
Namun,soalanku tidak dibalas.
"Orang tanya,JAWAB lah!"tengkingku.
"Kau tau tak,aku risau?!kalau kau hilang macam mana?sapa yang kena salah?aku juga kan?!kau ni pembawa malang betul lah!oleh kerana kau lah aku kena marah dengan bonda tadi!"kataku tanpa memandang wajahnya.
Aku membawa kereta dengan lebih laju agar lebih cepat sampai ke rumah.malas nak lama-lama dengan budak ni!
-----
Air mataku mengalir dengan lebih deras akibat tengkingan Hakimi tadi.
'Ingat nak minta maaf!tapi apa?!kena maki adalah!risau?kalau kau risau,takdanya kau nak tengking aku macam ni,'Zirafah gila'!'bisik hatiku.
-----
Tiba di perkarangan rumah.
Aku mendapati bonda tengah berdiri di depan pintu rumah dengan wajahnya yang agak kerisauan.
Mungkin dia risau pasal aku kot.
Aku tersenyum lemah.
Rasa terharu sebab ada juga yang risau tentang diri aku.
Baru sahaja aku ingin membuka daun pintu kereta,bonda terlebih dahulu berlari dan membuka pintu lalu terus memelukku erat.
Aku terpempan.
Namun,tiba-tiba kepalaku terasa pening seakan bumi ini berputar dan aku rebah di dalam pelukan bonda.
Kini,aku hanya dapat melihat kegelapan yang menyaluti pandanganku.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...