Nabil keluar dan berjalan menuju ke wad baru iaitu di mana adik perempuannya berada. Pada masa itu, kelihatan Humairah sedang berjalan menuju ke sesuatu tempat.
Nabil tersenyum sinis. Dia tahu apa yang Humairah akan lakukan lepas ini. Humairah akan membuat Adriana dan kawan-kawannya terima balasan balasan yang setimpal ke atas perbuatan jahat yang dilakukan oleh mereka kepada Najwa.
Tapi sayangnya, hukuman yang akan diterima oleh Adriana dan kawan-kawannya itu tidaklah seteruk mana kerana merka hanya akan digantung sekolah selama 2 minggu dan membuat permohonan secara terbuka di dewan perhimpunan memandangkan Adriana juga tercedera. Jadi, Nabil sudah berbincang dengan pembantu peribadinya, Humairah agar melakukan apa yang telah dia minta itu.
Nabil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Baju dan seluarnya masih sama ketika dia mendaki Gunung Raya tadi. Dia belum lagi sempat untuk menukar pakaiannya kerana tadi dia sangat risau akan pembedahan Najwa sehingga dia sanggup menunggu di depan operation room selama beberapa jam. Terdapat banyak kesan kotor yang terdapat di seluruh pakaiannya namun dia sedikit pun tidak kisah yang penting baginya ialah keselamatan Najwa dijaga.
Dahinya yang tidak gatal digaru. Kejadian di Gunung Raya tadi masih lagi segar dalam ingatannya iaitu apabila dirinya menampar Najwa dengan kuat. Sejujurnya dia berasa sungguh menyesal akan perbuatannya tadi sebab itu dia sanggup bercakap jujur di depan Uminya tadi. Dia rasa bersalah yang amat.
Ketika di Gunung Raya tadi, dia berasa kecewa selepas melihat kejadian di mana Najwa menolak Adriana jatuh di depan matanya sendir. Walaupun sukar untuk dia percaya, namun tidak dapat dinafikan oleh matanya sendiri akan perbuatan Najwa itu. Dia sangat marah ketika itu sehingga menyebakan dia tidak dapat berfikir dengan waras lagi.
Nabil kemudian mengeluh perlahan. Langkahnya diperlahankan.
Sakit telinganya apabila Umi dan Abahnya memarahinya sebentar tadi. Umi sangat marah akan dirinya kerana tidak menjaga Najwa dengan baik malah tamparan yang diberikan oleh Umi tadi juga menyakitkan. Hmmm, mungkin inilah apa yang telah Najwa rasai ketika di Gunung Raya di mana dirinya tergamak untuk menampar adik perempuannya.
Umi dan Abahnya telah pergi berjumpa dengan Puan Aminah. Mereka berdua sedang membincangkan hal tentang diri Najwa. Mungkin juga berkaitan dengan suami adiknya, Hakimi.
Perasaan lega mula menerpa di dalam diri Nabil apabila Najwa sudah berjumpa dengan Umi dan Abah. Terharu rasanya apabila melihat wajah Umi bertukar ceria setelah berjumpa dengan anak perempuannya yang satu itu. Tidak lama lagi keluarga mereka akan bersatu semula. Namun masih lagi terdapat suatu masalah yang mengganggu fikiran Nabil.
Walaupun Najwa sudah kembali ke dalam pangkuan keluarganya namun masih ada seorang lagi yang menyebabkan keluarga itu belum bersatu sepenuhnya.
Lelaki itu. Ya, lelaki itu telah pergi membawa diri dari bersatu menjadi keluarga. Sukar untuk dia memujuk lelaki itu kembali. Lelaki itu dia gelarkan dirinya sendiri sebagai 'Along' manakala Nabil pula sebagai Angah memandangkan dia adalah anak kedua di dalam keluarga itu. Najwa pula adalah anak bongsu.
Jauh sekali perbezaan umurnya dengan Alongnya. Tetapi, itu tidak menjadikan dirinya sebagai budak mentah di dalam keluarga itu kerana didikan yang telah diberikan oleh Umi dan Abahnya yang mengajar dirinya supaya menjadi manusia yang berakal.
Nabil berhenti di depan pintu wad VIP yang menempatkan adik perempuannya itu.
Pada masa itu juga seorang lelaki berkot putih dan berketinggian lebih tinggi darinya sedikit keluar dari wad VIP. Beberapa orang jururawat juga turut keluar dari wad itu. Mereka berlalu pergi.
Lelaki berkot putih itu pula terhenti langkahnya dan berdiri tegak memandang Nabil.
Nabil memandang ke dalam mata lelaki itu sedalam-dalamnya.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...