"Irfan."
"Irfan?" Soal Najwa untuk mendapat kepastian.
Doktor Luthfi mengangguk.
"Dia kata dekat saya yang dia nampak dengan jelas yang awak sebenarnya tak tolak Adriana. Adriana sendiri yang pegang tangan awak supaya nampak macam awak yang tolak dia.
Najwa berasa terharu. Ya, sungguh terharu. Rupanya Irfan percayakan dirinya. Tapi kenapa Irfan tidak membela dirinya tadi?
Bila memikirkan peristiwa yang berlaku tadi, Irfan yang hanya duduk diam tanpa berkata apa-apa telah menyebabkan terluka lagi sekali. Adakah Irfan juga membencinya sama seperti Adriana membencinya? Tetapi disebabkan apa lelaki itu membencinya?
Selepas itu, keadaan sunyi sebentar kerana Najwa langsung tidak bersuara selepas mengetahui gerangan yang membelanya.
"Najwa, sekarang ni awak mesti rehat dengan cukup. Jangan banyak bergerak sebab nanti takut jahitan tu terbuka sendiri. Lagipun badan awak masih letih lagi. Kalau awak nak pergi tandas, tekan butang ni... Nanti akan ada jururawat bantu awak." Kata Doktor Luthfi sambil menunujukkan butang merah yang terdapat di sebelah katil Najwa.
Najwa hanya mengangguk faham.
Doktor Luthfi pula tersenyum.
"Rehat dengan secukupnya." Pesan Doktor Luthfi sambil tangannya menutup separuh badan Najwa dengan selimut.
"Baiklah Doktor." Balas Najwa pendek.
Selepas itu, Doktor Luthfi pun beredar dari bilik itu. Hanya Najwa berseorangan.
Fikiran Najwa masih terbayang lagi tentang peristiwa tadi di mana wajahnya diludahi oleh suaminya sendiri. Malu memang malu kerana wajahnya diludah oleh Hakimi di depan semua ahli kumpulannya. Malah abang kandungnya sendiri tidak mahu membelanya.
Anis dan Amni hanya berdiri statik. Dia agak kecewa sebenarnya apabila sahabat karibnya itu tidak membantunya ketika dia dalam kesusahan. Tidak sangka mereka berdua juga turut percaya akan apa yang dikatakan oleh Adriana terhadap dirinya.
Tetapi, Najwa masih lagi berfikiran positif. Mungkin dua orang sahabatnya itu tidak berani membantunya memandangkan mereka takut akan Hakimi yang agak garang.
Kini dia setia menunggu kehadiran dua orang sahabatnya itu untuk menjenguknya di sini.
Beberapa detik kemudian, mata Najwa semakin kuyu. Dia rasa mahu tidur. Ini mungkin disebabkan Doktor Luthfi yang memasukkan ubat tidur di dalam air yang tergantung di sisinya supaya dia rehat dengan secukupnya.
Setelah beberapa saat Najwa akhirnya tertidur tanpa ada orang yang berada di sisinya.
Di dalam wad Adriana, Hakimi dan ahli kumpulan yang lain setia berada di dalam wad VIP untuk menemani Adriana. Termasuklah Asyraf yang langsung tidak berganjak dari tempat itu. Amni dan Anis juga berada di dalam wad itu.
"Semua dah ada dalam ni?" Soal Qayyum yang baru sahaja memasuki ruang wad Adriana tersebut.
Kelihatan sungguh mewah wad itu di mana ianya mempunyai semua kelengkapan untuk pesakit dan pelawat. Hampir sahaja wad itu lengkap dengan adanya sofa, televisyen dan tandas. Malah hiasan bilik itu nampak sungguh mewah dengan warna dinding yang berwarna biru pastel.
Qayyum memerhati semua wajah yang berada di dalam bilik itu. Dia ingin memastikan bahawa semua orang yang dalam kumpulannnya ketika mendaki Gunung Raya berada di situ kecuali Najwa yang berada di wad biasa.
"Kau nak cakap apa ni? Nak bela budak sial tu pula?" Soal Hakimi denagn wajahnya yang bengis.
"Sudahlah tu, saya maafkan dia dah. Janganlah marah dia. Najwa pun cedera juga. Mungkin balasan dia sebab tolak saya tadi. Padanlah muka dia dapat terima balasan daripada Tuhan lepas apa yang dia buat dekat saya."Kata Adriana sambil menunjukkan wajah yang puas hati.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...