Qayyum memandu dengan perlahan.
Dia fokus memandu di jalan raya namun kadang-kadang dia melirik matanya ke sebelah kiri untuk melihat keadaan Nabil yang terluka itu."Kau tak nak pergi hospital?" Soal Qayyum risau.
Nabil menggeleng.
"Tak nak lah malas."
Qayyum mendengus selepas mendengar jawapan Nabil.
"Nak bagi balik barang perempuan tu rajin pula kau berlari." Qayyum menyindir Nabil.
Mendengar perlian Qayyum, Nabil memandang ke arah Qayyum dengan matanya yang tajam.
"Kau suka eyh menyakitkan hati aku?"
"Aku tak akan sakitkan hati kau bila kau tak buat kerja bodoh."
"Kerja bodoh apa yang aku buat?" Soal Nabil geram.
"Apa yang kau buat tadilah!" Jawab Qayyum.
"Yum, aku cuma nak pulangkan dompet adik aku! Salah ke aku buat macam tu? Lagipun sekarang ni mesti dia tengah risau sebab dia ingat yang dompet dia hilang. Aku tak nak buat dia rasa sedih."
"Ya, aku tahu yang kau sayangkan dia sangat sebab kau baru je jumpa dia setelah sekian lama kau cari dia. Tapi, yang membuatkan aku marah sekarang ni ialah kau dah bahayakan nyawa kau tadi. Kau buat aku risaulah gile!" Qayyum menghentak stereng kereta Audi R8 milik Nabil. Ya, sekarang ini dia sedang memandu kereta Nabil untuk pulang ke rumah keluarga Nabil. Dia terpaksa membawa Nabil pulang kerana Nabil tidak dapat memandu kerana kecederaan pada pergelangan kakinya.
"Aku tak sengaja tadi, serius aku memang tak nampak yang ada kereta keluar dari pagar tu dan semua ini salah aku jugak sebab tak tengok kiri kanan. "
"Hmmm, yelah tu."
"Aku nak kejar dia sebenarnya."
"Lain kali jangan buat aku risau lagi. Kalau ada apa-apa benda kau bak bagi dia, kau bagi je kat aku. Biar aku yang hantarkan dekat dia."
(End Flashback)
Najwa termenung selepas mendengar cerita yang diceritakan oleh Qayyum tentang apa yang telah Nabil buat untuknya.
"Duit perbelanjaan yang kau dapat tu sebenarnya bukan dari Puan Aminah, tapi duit tu datang dari keluarga kandung kau sendiri, Najwa. Mereka tahu yang kau hidup susah dengan ayah angkat kau. Kalau kau nak tahu lagi, rumah dan kereta yang kau ada sekarang ini semuanya dibayar oleh keluarga kandung kau. "
Najwa menganggukkan kepalanya.
Kini dia faham.
"Yelahhh, aku dah sedar sekarang ni. Nanti, Habis saja perkhemahan ni selesai, aku akan pergi bincang dengan Nabil." Najwa kini telah mula belajar menerima hakikat setelah Qayyum menceritakan segala pengorbanan Nabil dan ibu bapa kandung terhadapnya.
"Jadi, selama ni apa yang aku nampak Nabil selalu lintas kelas kitaorang tu sebab dia nak tengok Najwa lah?"Soal Amni kepada Qayyum.
"Ya, dah lebih 2 tahun aku dan Nabil lintas kelas korang untuk perhatikan Najwa." Jawab Qayyun selamba.
"Wow!" Amni dan Anis berkata serentak selepas mendengar penjelasan Qayyum. Hal ini kerana mereka berdua juga perasan akan kehadiran Nabil dan Qayyum yang sering berjalan di laluan depan kelas mereka.
"Hmmm, jadi memang betullah yang Nabil ni abang kau Najwa. Seriously, muka korang pun dah nak sama, kening, mata, hidung, mulut dan lesung pipit, semuanya nak sama! Lepas Nabil mengaku tadi, baru aku perasan yang muka korang seiras." Haziq bersuara.
"Kan aku dah cakap. Budak pendek ni je yang keras kepala tak nak percaya apa yang aku, Nabil dan Puan Aminah cakapkan tadi." Qayyum menyilangkan tangannya menunjukkan otot lengannya.
Najwa hanya menjeling.
Aku pendek suka hati akulah!
"Aku hairanlah dengan kau ni, abang kau bukan main tinggi nak mampus, kenapa kau pendek?" Sengaja Qayyum menyoal soalan ini supaya dapat menyakitkan hati Najwa. Tujuannya mahu menyakat Najwa sebenarnya dan dirinya juga rasa tenang selepas Najwa mula mempercayai bahawa Nabil adalah abang kandungnya.
Tapi, kalau keluarga Nabil ambil Najwa semula, macam mana dengan Hakimi?
Hakimi tu kan suami Najwa.
Qayyum mula bingung
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...