Najwa tersenyum.
Tangan kanannya digenggam erat oleh tangan milik lelaki itu. Sungguh besar jari-jari yang menggenggam erat tangan kecil Najwa. Terasa kerdil diri ini. Huh! Memang kau kerdil oun Najwa!
Tanpa melihat wajah pemilik tangan ini pun Najwa sudah tahu siapa pemiliknya. Pemiliknya ini sangat menyayangi dirinya sehingga pernah merisikokan nyawanya sendiri. Tambahan lagi pemilik ini sudah banyak membantu dirinya yang hidup serba miskin ini. Jauh benar status dirinya berbanding lelaki yang berada di sebelahnya ini.
Najwa perlahan-lahan membalas genggaman lelaki itu. Kini Najwa telah membuka hatinya iaitu menerima kehadiran lelaki itu dalan hidupnya sama seperti dia juga telah membuka hatinya untuk menerima Hakimi, suaminya yang sah. Namun, perbezaannya adalah Najwa menerima Nabil sebangai abang kandungnya. Tidak sabar rasanya dia ingin melihat wajah sebenar ibu dan ayah kandungnya. Bagaimana rupa wajah mereka? Adakah wajahnya mepunyai ciri-ciri seperti wajah ibu bapa kandungnya?
Najwa tertanya-tanya namun dirinya sungguh gembira dan teruja. Tidak sabar untuk bertemu dengan orang tuanya yang sebenar dan apabila Najwa turut menggenggam tangan Nabil, Nabil tersentak. Tidak percaya bahawa Najwa akan membalasnya.
Segera Nabil memandang ke kanan. Wajahnya kelihatan terkejut.
"N-Najwa?"
"Saya terima awak sebagai abang kandung saya. Lepas sahaja habis perkhemahan ni, saya nak awak tunjukkan segala bukti yang telah awak simpan selama ni dekat saya." Ujar Najwa. Matanya memandang tepat ke dalam mata Nabil.
Nabil tergamam. Wajahnya menjadi kemerah-merahan. Tidak pasti yang dia berasa gembira ataupun rasa terkejut. Dia langsung tidak menyangka bahawa Najwa akan menerima dirinya secepat ini. Mungkin Qayyum telah berusaha memujuknya sebentar tadi.
Terima kasih Qayyum.
"Kenapa muka awak jadi merah?" Soal Najwa. Dia menghampiri wajahnya dengan wajah Nabil.
Jarak antara wajah Najwa dan Nabil adalah kurang dari setengah meter.Najwa memerhati seluruh wajah Nabil. Dari kening, turun ke mata, hidung dan bibir, semuanya kelihatan hampir sama dengan Najwa.
Najwa mengedipkan matanya beberapa kali. Comel, namun dia hanya ingin menyedarkan dirinya agar dia tidak bermimpi ketika ini.
"Kenapa? Awak baru sedar ke yang wajah kita seiras?" Soal Nabil pula tanpa menjawab soalan Najwa tadi.
Dia memberikan senyuman kepada adik perempuannya itu. Akhirnya... Saat yang telah dia tunggu-tunggu selama ini telahpun menjadi kenyataan. Siapa sangka, orang yang telah dicarinya dan diperhatikan dari jauh selama ini telah mengetahui dirinya merupakan abang kandungnya.Nur Najwa Amira Binti Dato' Umar Mustakim itulah seharusnya nama sebenar Najwa. Nama adik kandungnya itu hampir seiras akan namanya, Muhammad Nabil Aqil Bin Dato' Umar Mustakim. Namun, nama Najwa telah ditukar menjadi Nur Najwa Binti Abdul 'Alim Yamin. Itulah sebab yang telah menyukarkannya untuk mencari Najwa semula lepas status keluarganya kini berubah.
"Hmmm, ya... Saya baru sedar. Maaf." Najwa menganggukkan kepalanya perlahan.
Nabil mula tersengih. Dia gembira. Kini dia tidak lagi peduli akan pandangan pelajar lain terhadap dirinya dan Najwa yang sedang tegak berdiri dihadapan mereka asalkan Najwa kini hampir kembali semula kepadanya setelah sekian lama terpisah.
Namun, masalah yang menghalang dia untuk mendapatkan Najwa semula adalah suami Najwa sendiri iaitu, Hakimi. Dia terlambat! Kalaulah dia bagitahu Najwa perkara yang sebenar sejak awal lagi, sudah tentu Najwa tidak akan dikahwinkan dengan Hakimi oleh Puan Aminah.
Dia menyesal!
"Terima kasih." Bisik Najwa kepada Nabil.
"Untuk apa?"
"Sebab dah tolong saya selama ini dan sekarang." Mata Najwa tidak lari dari membalas pandangan pelajar lain terhadap dirinya. Ada pelajar yang membuat muka gembira dan ada juga
pelajar yang membuat muka menyampah. Mungkin pelajar tersebut tidak suka akan status dirinya yang kini bergelar satu-satunya adik perempuan Nabil.Namun, tiba-tiba pandangan mata Najwa menjadi gelap. Nabil telah menutup mata Najwa dengan tapak tangannya yang lebar. Dia tidak mahu Najwa rasa sedih bila melihat wajah beberapa orang pelajar lain yang kelihatan tidak suka akan dirinya.
"Najwa, abaikan mereka. " Nabil memberi nasihat.
"T-Tapi..."
"Abang ada dengan Najwa. Jangan risau. Abang akan sentiasa jaga Najwa dan buat Najwa rasa bahagia lepas ni." Nabil mula membahaskan dirinya sebagai abang.
Najwa terkedu sebentar. Setelah itu dia memegang lengan Nabil dan menurunkannya perlahan-lahan dari menutup kelopak matanya.
"Ermmm." Najwa kehabisan ayat.
"Pelik ke saya bahaskan diri saya sebagai 'abang'?" Soal Nabil. Dia ingin menyakat Najwa.
Najwa tersenyum dan kini seluruh wajahnya pula bertukar kemerah-merahan. Dia malu. Malu yang teramat.
Tangan mereka berdua masih lagi erat bersatu. Pelik rasanya apabila memegang tangan yang berlainan jantina. Selalunya Najwa akan memegang tangan ayahnya. Ya, ayahnya sahajalah yang merupakan lelaki yang boleh disentuhnya selama ini iaitu sebelum Hakimi yang menjadi suaminya yang sah.
"Lepas ni boleh tak awak panggil saya abang?" Soal Nabil terus. Dia tidak sabar sebenarnya untuk mendengar Najwa memanggilnya abang. Bertahun lamanya dia menunggu suara itu memanggil dirinya dengan menggunakan gelaran yang satu itu. Hak ini kerana ketika mereka masih kecil, Najwa masih lagi tidak pandai berkata-kata kerana usianya yang baru sahaja mencecah setahun.
Najwa berasa kekok.
"Hmmm, yelah. Saya akan panggil awak abang lepasni." Najwa setuju tanpa banyak bantahan. Apa salahnya, memang sepatutnya Najwa panggil Nabil sebagai abang.
Nabil tersenyum menunjukkan barisan giginya yang putih dan tersusun kemas itu.
Ya Allah, bahagianya... Terima kasih Ya Allah kerana telah makbulkan doaku selama ini.
"Woi, Nabil! Najwa! Jomlah berkumpul kat sini. Cikgu dah nak bagi taklimat ni." Panggil Qayyum dari jauh. Kelihatan Qayyum, Haziq, Asyraf dan Aiden sedang duduk bersila di atas pasir bersama pelajar lain mengikut kumpulan.
"Ya, kami orang datang ni." Jawab Nabil. Nabil menarik tangan Najwa supaya mengikutinya.
Dia tidak kisah langsung akan pandangan tajam yang diberikan oleh Hakimi terhadap dirinya. Sejujurnya,
memang sejak tadi dia perasan akan Hakimi yang memerhatikan dirinya.
Dia tidak peduli. Kini Najwa berada dalam tangannya. Dia boleh ambil Najwa dari Hakimi bila-bila sahaja asalkan mempunyai bukti yang sah.Najwa mengikuti langkah Nabil dari belakang.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...