Bab 38

21.1K 1.3K 143
                                    

"Siapa ajar kau menipu ni?"

Najwa tersentap apabila mendengar saja ayat yang dituturkan oleh suaminya sebentar tadi. Perasaan Najwa yang tadinya sudah berasa takut semakin menjadi takut apabila Hakimi tahu dia telah menipu. Kepala Najwa masih lagi menunduk. Dia takut untuk bertentangan mata dengan Hakimi. Kedua belah tangannya dicantum lalu diramas antara satu sama lain. Dia cuba menenangkan dirinya yang dalam ketakutan dan menggigil itu.

Kata-kata Hakimi yang dilontarkan buat isterinya tadi, langsung Najwa tidak membalas. Kerana Najwa tahu apa yang keluar dari mulut Hakimi tadi adalah betul. Dia telah menipu suaminya.

Hakimi yang kini sedang berdiri betul-betul berdepanan dengan tubuh kecil isterinya. Dia tersenyun sedikit apabila melihat keadaan isterinya yang kelihatan takut akan dirinya itu. Padahal sekarang ini dirinya adalah merupakan suami kepada Najwa sendiri. Buat apa nak takut dengan suami sendirikan? Dan Hakimi juga berasa amat gembira setelah melihat penampilan isterinya yang menggunakan pakaian sekolah yang baru dan semua peralatan sekolah yang baru sahaja dia belikan dengan duitnya sendiri.

Dengan perlahan-lahan tangan kanannya dihulur lalu mengambil tangan isterinya yang dalam keadaan menggigil sedikit itu lalu digenggamnya kemas dengan tangannya yang besar serta menampakkan urat-urat hijau itu. Terasa tangan Najwa yang sejuk itu di tangan kanan Hakimi.

Najwa juga sedikit tersentap apabila tangan kecilnya itu tiba-tiba sahaja diraih oleh Hakimi dengan lembut. Dia hanya membiarkan sahaja apa yang suaminya lakuan itu kerana Najwa takut sekiranya dia menolak
perbuatan Hakimi itu membuatkan dia akan dimarah nanti.

"Janganlah takut dengan aku. Aku tak makan oranglah. Lagipun mana sedap makan kau ni. Dahla kurus,kecik lagi. Tak kenyanglah dan untuk pengetahuan kau...ZIRAFAH yang berada kat depan kau ni makan tumbuh-tumbuhan je tau. Mana ada makan daging manusia." Kata Hakimi. Dia cuba memulakan perbicaraan mereka dengan gurauannya yang tak seberapa itu. Sengaja dia tekankan perkataan 'ZIRAFAH' itu dihadapan isterinya kerana dia tahu Najwa sering mengatanya yang dia ni 'Zirafah Gila'.Ceh! Tahulah aku ni tinggi, dan kau tu pendek! Kalau pelajar perempuan yang lain,ketinggian mereka selalunya berada di bahagian antara bawah bahunya ataupun ada yang kat sampai di bahagian lehernya. Tapi kalau isterinya ini,mahu sahaja hampir di bahagian sikunya! Eyh takdalah...ketinggian Najwa hanya berada di tengah antara bahu dan sikunya.

Najwa yang terkejut dengan gurauan Hakimi sebentar tadi,terus sahaja perasaan takut yang menjalar di dalam dirinya tadi serta-merta hilang apabila mendengar gurauan Hakimi itu. Perlahan-lahan dia berasa selesa bersama dengan Hakimi. Kini hanya tinggal mereka berdua di kawan itu. Semua pelajar sekarang ini telah balik dan mungkin ada yang masih berada di kawasan tempat menunggu yang terletak di luar kawasan sekolah. Jadi sekarang ini tiada sesiapapun yang tahu apa yang mereka berdua sedang buat pada ketika ini.

Tapi kalau ada pelajar lain tengok pun takpa. Sebab apa? Mereka telah jadi suami isteri yang sah so, takkan adanya berlaku kes ditangkap basah keatas mereka berdua.

"Jom. Kita balik." Ajak Hakimi. Dia menarik tangan kecil milik isterinya agar mengikuti langkahnya.

Tangan Najwa yang kini kemas di dalam genggaman suaminya hanya mengikuti langkah Hakimi yang sedang menuju ke tempat letak kereta pelajar. Oleh kerana Hakimi mempunyai kaki yang panjang, maka langkahnya juga akan menjadi luas. Manakala Najwa pula yang mempunyai ketinggian yang rendah dan kakinya yang pendek itu membuatkan langkahnya kecil. Itu telah menyebabkan Najwa bersusah-payah mengejar Hakimi yang sedang memimpinnya ketika ini. Hampir terjatuh juga dia dalam beberapa kali. Tapi nasiblah tangannya masih dipegang oleh Hakimi, jadi kalau dia nak jatuh pun Najwa masih boleh pegang dengan kuat tangan Hakimi untuk mengelakkan daripada dia terjatuh.

Hakimi yang perasan akan isterinya yang bersusah-payah cuba menyamakan kedudukan mereka itu tersenyum kecil. Dalam hatinya sempat dia mengutuk isterinya kerana mempunyai ketinggian yang bagaikan kanak-kanak dari sekolah tadika dan bukannya seperti Adriana iaitu kekasih hatinya yang mempunyai ketinggian yang mencecah 175cm. Dia kini sengaja mempercepatkan lagi langkahnya kerana dia hendak lihat sejauh mana Najwa boleh bertahan.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now