Bab 46

19.7K 1.1K 231
                                    

Kini semua pelajar tersebut sedang duduk dalam tempat mengikut kumpulan masing-masing. Najwa yang berjauhan kedudukan dengan Amni dan Anis berasa sedikit tidak selesa. Tapi syukurlah adanya Nabil yang duduk dibelakangnya dan Aiden di depannya. Manakala, Asyraf pula sedang sibuk menguruskan semua aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan nanti.

"Najwa." Bahu Najwa dicuit oleh Nabil.

Najwa menoleh kebelakang.

"Owhhh, awak rupanya Nabil. Kenapa?" Soal Najwa sambil kepalanya menoleh ke belakang.

Nabil menatap wajah adiknya itu seketika. Matanya, hidungnya, mulutnya, hampir keseluruhan wajah najwa seiras dengannya. Tak sangka gadis kecil dihadapannya ini adiknya.

'Perasankah dia siapa sebenarnya aku ni?'

Sungguh Nabil ingin memberitahu perkara yang sebenar kepada Najwa, tapi keadaannya tak sesuai sekarang ni.
Dengan adanya Hakimi, sebagai seorang suami kepada Najwa menyebabkan Nabil dan ibu bapanya sukar untuk mengambil Najwa.

Najwa yang perasan akan tatapan Nabil terhadap wajahnya mula mengerutkan keningnya.

"Kenapa awak tengok muka saya macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka saya?" Najwa meraba-raba wajahnya untuk memastikan wajahnya tidak mempunyai apa-apa 'benda' yang merayap di mukanya.

Nabil tersenyum lalu tunduk. Dia memegang lengan Najwa yang berlapikkan kain bajunya.

"Tak adalah. Jangan risau, muka awak akan sentiasa nampak cantik dan comel walaupun ada sesuatu 'benda' yang merayap kat sini." Jari telunjuk Nabil diarahkan di hujung hidung Najwa.

"Ishhh, awak ni! Betul-betullah! Janganlah buat saya risau. Dan untuk pengetahuan awak,saya ni taklah cantik dan comel macam pelajar lain kat sekolah ni. Yelah, mereka semua ada duit untuk beli semua barang kecantikan kulit. Sebab tu muka mereka tu cantik putih berseri." Wajah Najwa ditundukkan. Sedih dan sebenarnya dengan orang lain yang berduit dan boleh beli apa-apa je apa yang mereka nak.

"Lainlah dengan saya ni, budak miskin ada hati nak belajar kat sekolah ni. Sebenarnyakan saya tak pernahpun bayar yuran sekolah ni." Tiba-tiba sahaja ayat itu keluar dari mulut Najwa. 'Adoi, Najwa... Kenapa kau cakap macam tu? Buat malu diri je.' Bisik hati Najwa selepas tercakap tentang dirinya yang tidak pernah membayar yuran sekolah yang malah itu.

Nabil hanya tersenyum mendengar kata-kata Najwa. Dia tahu yang Najwa tak pernah bayar yuran persekolahannya, sebab apa? Sebab semua yuran tu dibayar olehnya. Dan buku-buku sekolah Najwa juga turut diuruskan olehnya. Semua urusan itu yang tahu adalah dirinya dan Puan Aminah.

"Owhhh, habistu mesti ada orang tolong awakkan?" Sengaja Nabil menanyakan.

Najwa menganggukkan kepalanya.

"Ada."

"Siapa?"

"Puan Aminah."

Nampaknya Puan Aminah mengotakan janjinya agar tidak memberitahu bahawa dia yang membayar semua urusan persekolahan Najwa.

"Najwa, awak nak tahu sesuatu tak?" Soal Nabil tiba-tiba.

'Sesuatu?'

"Apa dia?" Kening Najwa bertaut.

"Kalau awak perasankan... Sebenarnya muka kita berdua seiras tau." Sengaja Nabil kata begitu untuk memulakan rancangannya dalam memberitahu perkara yang sebenar terhadap Najwa.

"Apa maksud awak muka kita seiras?" Najwa semakin berasa pelik dengan kata-kata Nabil. Seiras ke muka dia dengan Nabil? Tapi kalau diikutkan memanglah ada iras-iras sedikit. Eyh! Taklah banyak lah juga! Hampir keseluruhan wajahnya.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now