Bab 45

21.4K 1.2K 170
                                    

Haii!!😣😣 lama author tak update. Author minta maaf sangat2. Sebab author sibuk sangat lepas masuk form 4 ni. Tapi lepas ni, insyaallah author akan cuba update ya!😆
Jangan lupa vote dan komen tau!😊
Author sangat menghargai kepada semua yang sanggup tunggu novel author ni😭😭😘btw, TERIMA KASIH.

-----

Semua pelajar sekolah menengah elit tersebut berkumpul di persisiran pantai Chenang. Pengawas-pengawas yang sedang mengira jumlah pelajar dan ada yang sedang membantu guru-guru pengiring mengangkat barang sibuk menjalankan tugas.

"Baiklah, semua pelajar lelaki tolong cikgu ambilkan semua peralatan khemah di dalam van!" Kata cikgu Syazwani selaku guru pengiring bagi aktiviti ini. Mendengar arahan tersebut, terus sahaja mereka bergerak untuk melakukan apa yang disuruh.

Manakala pelajar perempuan sedang sibuk memerhati di sekeliling pasir pantai untuk memastikan agar tiada benda tajam atau haiwan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar nanti kerana tempat itu akan dijadikan sebagai tapak perkhemahan mereka.

Najwa yang masih lagi memerhati kawasan di sekeliling persisiran pantai itu tidak sedar akan beberapa pelajar perempuan lain yang sedang melihatnya sambil berbisik antara satu sama lain.

"Weyyh,bukan dia ke yang-..." Sambil jari gadis itu menunjuk ke arah Najwa.

"Apa?"

"Siapa? Najwa? Kenapa dengan dia?" Soal seorang gadis yang berdiri di sebelah gadis tadi.

"Aku nampak dia dengan Asyraf-..."Kata gadis tadi lagi.

"Haa?! Dengan Asyraf?!" Terbuntang terus matanya.

"Maksud kau yang aku tengok gambar Asyraf post kat instagram tadi tu..." Segera tangan gadis itu lincah menyeluk beg sandangnya untuk mengambil gajet miliknya.

"Aa-ahh, perempuan yang tidur kat sebelah Asyraf tu sebenarnya Najwa." Terangnya. Membuatkan kedua-dua gadis tadi menganggukkan kepala. Rasa cemburu mula terasa di dalam hati. Yelah, tidak pernah lagi Asyraf berselfie dengan mana-mana gadis kecuali dengan satu-satunya adik perempuanya iaitu Aisyah yang kini berada di tingkatan 4. Tambahan pula, Asyraf merupakan budak yang dikenali ramai memandangkan dia lahir dari keluarga yang berada selain mempunyai wajah yang dapat menawan hati para gadis muda. Jawatan yang disandang olehnya sebagai penolong ketua pengawas juga telah membuatkan banyak pelajar di sekolah tersebut kagum dengan dirinya.

Najwa yang hanya berdiri statik sambil mendengar apa yang dibualkan oleh ketiga-tiga gadis tentang dirinya bersama Asyraf itu hanya mendiamkan diri. Tidak selesa akan pandangan serta kata-kata yang diberikan oleh gadis-gadis tersebut kepada dirinya.

Sementara itu tiba-tiba sahaja muncul suara Puan Aminah merangkap ibu mertua Najwa bersuara. Mati terus lamunan Najwa tadi.

"Sekarang semua pelajar sila berkumpul di sini! Saya ada beberapa perkara ingin memberitahu kamu." Kata Puan Aminah sambil tangannya sedang memegang sebuah fail yang berisi dokumen-dokumen untuk semua aktiviti yang ingin dijalankan nanti.

"Sila duduk dengan barisan mengikut tingkatan dan kelas masing-masing dengan segera." Lalu semua pelajar pun segera melakukan apa yang disuruh oleh Puan Aminah iaitu untuk duduk mengikut kelas sendiri.

Najwa yang berada di kelas 3A terpaksa duduk di barisan paling hujung di sebelah kanan bersama Amni dan Anis. Mereka bertiga duduk dalam keadaan baris yang lurus memandangkan mereka kelas yang sama.

"Sekarang kamu semua pasti tahu yang kita akan berkhemah di sini pada malam ini dan juga kita akan membuat beberapa aktiviti. Oleh itu,untuk memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar, kamu akan dibahagikan kepada kumpulan di mana kumpulan tersebut akan terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5." Jelas Puan Aminah.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now