Bab 52

20.7K 1.2K 197
                                    

Pada keesokan harinya, tiba-tiba terasa bahuku ditepuk oleh seseorang, menyebabkan aku terbangun dari tidur lenaku. Terasa tangan lembut itu menepuk bahu kananku beberapa kali sambil suara orang itu memanggil namaku untuk bangun.

" Najwa, bangun sayang. Dah pagi ni. Pergi mandi cepat."

Aku membuka kedua-dua mataku perlahan. Terlihat susuk tubuh suamiku sedang melutut di sisi tubuhku.

Aku lihat di sekeliling khemah lagi, semuanya terzip rapat. Nasib baik khemah ni bertutup, kalau tak, tak tahu apa akan terjadi kalau pelajar lain tahu aku tidur dalam khemah Hakimi.

" Cepat bangun. Pelajar perempuan yang lain dah mula bersiap tu. Aktiviti kita pagi ni mula pukul 9:30."

Aku dengan perlahan bangun dari pembaringanku. Rambutku yang kelihatan kusut itu mula dirapikan oleh Hakimi sendiri. Aku lihat dirinya yang juga turut masih berbaju tidur. Mungkin dia juga baru bangun hendak bersiap.

"Dah pukul berapa?" Soalku.

"7:15 pagi." Tangan kanannya masih membelai rambut panjangku.

Kami bertentangan mata dan ini membuatkan aku teringatkan kisah semalam di mana Hakimi memeluk aku ketika aku termenung di tepi pantai.

" Aku keluar dulu. Nak mandi. Lagipun banyak aku kena uruskan aktiviti kita nanti." Hakimi perlahan-lahan menurunkan tangannya dari kepalaku.

Kemudian jari-jarinya mencapai tangan kananku yang terluka akibat terhiris pisau semalam. Dia membelek.

" Lain kali buat kerja tu tolong berhati-hati. Aku tak nak kau sakit atau luka dekat mana-mana." Hakimi bersuara. Keadaan kami kini sedang duduk bersila. Maklumlah kami berada di dalam khemah.

" Kenapa awak tak nak saya terluka? Awak risaukan saya ke? Tapi, bukan selalunya awak lebih risaukan Adriana daripa-.." Kata-kataku terus dipotong oleh Hakimi.

"Ya, aku tak nak kau terluka atau sakit sebab bonda arahkan aku supaya jaga kau dan memang Adriana lebih penting dari kau sebab aku cintakan dia." Padat. Ringkas. Menyakitkan sungguh kata-kata itu buat diriku.

Aku terdiam sebentar kemudian aku mengeluh perlahan.

Haihhh. Pagi-pagi dah sakit hati. Malang sungguh nasib kau, Najwa.

"Ouh,, maafkan saya. Saya lupa pula yang awak ada Adriana." Aku berpaling dari melihat wajah suamiku lalu menarik tangan kananku yang luka itu dari genggamannya.

Baru sahaja aku hendak bangun untuk mencapai tudungku, tiba-tiba kedua belah tangan Hakimi ditekup di  kedua belah sisi kepalaku. Dia menarik kepalaku agar menghadap wajahnya. Sekali lagi mata kami bertentangan.

Nampaknya peristiwa semalam dimana ketika aku bersama dengan Hakimi di dalam khemah akan berulang kembali.

" Kenapa kau buat diri aku macam ni Najwa?"

Hidung kami hampir berlaga. Kami menjadi semakin rapat disebabkan Hakimi menarik diriku agar berada dekat dengannya.

"A-Apa maksud awak?" Terasa gugup diriku.

" Apa maksud aku? Kau nak tahu? Ni." Hakimi mencapai tangan kananku lalu diletakkan di bahagian jantungnya. Jantungnya berdegup kencang.

"See?"

"Kau buat jantung aku berdegup kencang. Kau buat aku rasa semakin nakkan kau jadi perempuan yang aku sayang. cintai. miliki. "

Aku hanya diam. Tidak tahu reaksi apa yang hendak aku berikan dan tiba-tiba satu ciuman hangat mendarat di dahiku. Lagi sekali dia melakukan hal yang sama seperti yang berlaku antara aku dengan dia. Lama ciuman itu berada di dahiku lalu Hakimi melepaskannya dan terus keluar dari khemah ini. Meninggalkan diriku keseorangan di dalam khemah ini yang terkejut akan tindakannya sebentar tadi.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now