Bab 27

23.4K 1K 148
                                    

Aku masih lagi belum tidur dan tiba-tiba aku nampak dia bangun lalu berdiri. Aku nampak...







Dia naik atas katil aku.

Aku tidak lepas memerhati tingkah lakunya dan aku ingatkan dia nak tidur atas katil ni... Tapi hampa... Dia cuma ambil bantal yang ada kat sebelah aku ni je.

Dan...

Kenapa aku rasa sedih? Bukan aku benci dia ke? Yelahhh,sebab dia lah aku hampir putus hubungan dengan Adriana haritu dan cakap pasal Adriana... Dia langsung tak tau yang aku...

'Kahwin' dengan budak pendek ni.

Aku sayang dia. Aku tak nak dia terluka. Ya. Aku tak nak Adriana terluka sebab dia lah satu-satunya orang yang aku cintai.

Aku terus pura-pura menutup mataku apabila Najwa tiba-tiba sahaja mendekati wajahnya ke wajahku. Terasa hembusan nafasnya yang lembut menyapa permukaan pipiku dan...

Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang agak 'lembut' singgah di permukaan dahiku dan aku agak terkejut memyebabkan kelopak mataku automatik terbuka dan mataku dapat melihat leher jinjang milik 'isteri'ku.

Aku menelan liur.

Setelah 'ciuman' itu dileraikan anak mataku terus sahaja bertembung dengan anak mata milik Najwa.

Dia juga kelihatan terkejut setelah melihat aku dan menyebabkan dia menjadi gelabah.

Dia nak turun dari katil ni... Namun, tiba-tiba sahaja tangan ku pantas menarik pinggangnya menyebabkan dia terbaring di sisiku.

Dia terkejut.

"H-Hakimi... "

"Diam."

"T-Tapi... "

"Diam. "

Dan dia diam.

Aku memejamkan mataku sambil...

Tanganku melingkari pinggang kecilnya itu dan menyebabkan mukanya tersembam elok di dada bidangku dan aku meletakkan daguku di atas kepalanya kini dia selamat berada di dalam pelukan 'hangat'ku.

-----

Pada pagi itu, aku bangun awal untuk ke sekolah. Dapat dilihat Hakimi sudahpun bersiap dengan baju kemeja putih lengan panjangnya yang telah tertampal teg namanya dan semestinya nama jawatan yang dia duduki kat sekolah sekarang ni iaitu KETUA PENGAWAS dan lagi segak bila dia mengenakan tali leher hitam yang berlogokan logo sekolahku.

Aku tidak berkelip memandang penampilannya yang agak segak itu. Dengan rambut yang disikat ke tepi membuatkan dia lagi nampak lebih kemas.Tak sangka indah betul ciptaan tuhan ni... Dan tiba-tiba sahaja aku teringatkan peristiwa hari tu... Yang aku tertumpah air milo aku kat atas baju dia.

Aku tergelak sendiri.

Dan pada masatu Hakimi sedang memandang kearahku.

"Kau dah kenapa? Gila? "Soalnya setelah nampak aku tergelak sendirian.

Aku terus diam dan tiba-tiba dia berjalan mendekati aku.

Aku mengundurkan diriku dengan melangkah ke belakang dan...

'Bukkk. '

Nak tau apa tu? Of course lah katil!

Aku melihat Hakimi maju ke arahku dengan muka yang sukar ditafsirkan. Seriously aku tak tau apa yang dia nak buat.

Aku memejamkan mataku dan terasa sesuatu yang bergerak-gerak di hujung tudung sekolah milikku.

"Open your eyes,dear."katanya dengan nada yang dingin namun terselit kelembutan di sana.

Aku membuka mataku dan terlihat Hakimi sedang membetulkan tudung sekolahku dan setelah siap diatur, dia menjauhkan tangannya dari aku.

"Jom, bonda dah tunggu kat bawah tu. "Katanya lalu menarik tanganku untuk bersama dengannya.

Aku tergamam.

"T-Tunggu... "

"Aku nak kau berlakon depan bonda nanti yang kita berdua ni sepasang suami isteri yang bahagia.

Kami berdua berjalan beriringan menuruni tangga lalu menuju ke dapur di mana menempatkan bonda di situ.

"Selamat pagi, bonda. "Sapa Hakimi apabila terlihat sahaja kelibat Bonda di situ dan buat seketika bonda memandang kearah kami berdua dan tersenyum. Ya,mungkin sebab bonda nampak kami berdua berpengangan tangan.

"Selamat pagi Hakimi, Najwa...dan Hakimi bonda sebenarnya tak dapat nak hantar kamu berdua sebab bonda ada jemputan ke sekolah lain hari ni... Jadi kamu gunalah kereta kamu sendiri untuk ke sekolah dengan Najwa harini.

"T-Tapi bonda..." Baru sahaja Hakimi ingin bercakap, bonda pantas memotong.

"Dah lewat ni,Hakimi dan jangan lupa harini kamu bertugas. "Kata bonda lalu kami berduapun bergerak untuk ke garaj kereta.

Muka Hakimi sekarang ni nampak macam tengah marah. Tegang. Ketat.

Aku masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk kerusi penumpang di sebelah kerusi pemandu.

Hakimi masuk lalu menghempas pintu kereta itu dengan kuat.

Aku terhenjut.

"Kenapa dengan awak ni? "Soalku.

Dia diam.

Aku mengeluh. Kereta itu perlahan-lahan bergerak keluar dari garaj dan keluar dari perkarangan rumah tapi aku hairan sebab jalan yang aku lalui ini bukan laluan untuk ke sekolah.

Aku hanya diam. Tak berani nak tegur 'singa' yang memandu di sebelahku ini.

Setelah 5 minit berlalu, kereta yang dipandu oleh Hakimi itu tiba-tiba sahaja berhenti di sebuah rumah yang besar dan agak mewah.

Aku terpegun melihat kebesaran rumah itu dan kalau dilihat hampir saja rumah itu sama besar dengan rumah milik Hakimi.

Hakimi membuka i-phonenya lalu cuba menelefon seseorang.

Aku hanya memerhatikannya dari sebelah.

Siapa orang yang dia telefon tu? Kenapa dia berhenti depan rumah besar ni? Banyak persoalan dan tanda tanya yang berada di mindaku sekarang ni sehinggalah aku mendengar Hakimi mula bercakap dengan seseorang melalui telefon.

"Sayang, I ada kat luar rumah you dah sekarang ni... "Kata Hakimi dengan nada yang amat 'lembut' dan setelah beberapa saat muncul lah bayangan seseorang yang menggunakan baju sekolah menengah dan tudung sekolah putih yang sama dengan aku keluar dari rumah yang aku katakan besar tadi dan seperti yang aku jangka susuk tubuh orang itu merupakan orang yang amat aku kenali.

Adriana.

"Keluar. "Kata Hakimi dingin tiba-tiba.

Aku terkejut.

Badanku masih lagi kaku di situ, duduk di sebelah pemandu.

"Aku cakap keluar. "

"T-Tapi... "

"Keluarlah minah sial! "Tempelak Hakimi.

Terus aku keluar dari kereta milik Hakimi itu dan kelihatan Adriana tersenyum sinis kearahku.

Tapi kenapa aku macam lupa sesuatu? Dan baru aku ingat yang beg aku tinggal dekat kerusi.

Aku memusingkan badanku dan...

BUKKK!!!

Begku dicampak keluar oleh Hakimi tapi bukan tu sahaja malah buku-buku yang berada di dalam beg itupun turut tercampak keluar sebab aku tak zip beg tu.
Aku beristighfar. Tak tahan tengok bila 'ilmu' itu dilayan seperti sampah.

"Duduk belakang. "Katanya dan aku memandang Adriana yang kini sudah duduk di sebelah Hakimi.

Perlahan-lahan aku mencangkung untuk mengutip semula buku itu dan air mataku setitis demi setitis mengalir keluar jatuh ke pipiku dan tiba-tiba seseorang telah menahan tanganku dari terus mengutip buku-buku itu.

"Jangan kutip."

Aku mendongak.

Dan...

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now