Bab 61

12.1K 600 39
                                    

"Najwa, kau tak perlulah rasa pelik macam mana Nabil boleh tahu keadaan kesihatan kau. Dia memang dah tahu sejak dulu lagi." Terang Qayyum setelah melihat Najwa dalam kebingungan.

Najwa terdiam. Dia bingung ketika ini. Tidak menyangka yang Nabil tahu akan keadaan kesihatan yang tidak begitu stabil.

"Najwa, susah sangat ke untuk kau terima semua ni?" Soal Qayyum.

Najwa masih lagi mendiamkan diri. Matanya tidak lari dari memandang dua susuk tubuh yang berada dihadapannya.

Aiden.

Asyraf.

Kedua-dua lelaki itu juga memaparkan wajah yang dalam kerisauan.

"Qayyum, aku rasa kita patut bincang hal ini kemudian." Aiden mencelah.

"No!" Qayyum membantah tegas.

Dia memusingkan tubuh badan Najwa agar menghadap dirinya yang berada di belakang Najwa.

"Najwa, please... Percayalah apa yang aku nak cakap ni. Seriously, Nabil tahu semua tentang kau. Nabil dan ibu bapa kandung kau memang tahu yang kau ada Astma dan badan kau tak boleh letih sangat. Mereka sendiri yang siasat latar belakang kau masa mula-mula kau masuk sekolah ni." Tangan Qayyum masih lagi berada di sisi badan Najwa.

Menyedari kelakuan Qayyum itu, segera Najwa menepis kasar kedua belah tangan Qayyum itu supaya melepaskannya. Dia takut yang Hakimi akan salah faham akan dirinya dengan Qayyum.

"Jangan risau, saya cuma terkejut."

"Keluarga kandung kau pun dah buat ujian DNA kau dulu." Sambung Qayyum.

Kening Najwa mula bertaut.

"Ujian DNA?"

"Yup." Qayyum mengangguk.

"Kau ingat tak dulu yang botol air kau pernah hilang?" Soal Qayyum.

Najwa berfikir sejenak.

"Hmmm, ya ingat dulu masa saya form 1,botol air warna merah jambu saya hilang masa lepas rehat. Puas sya cari kat semua kelas, tapi tak jumpa. Lepas seminggu botol tu hilang, tiba-tiba ada orang letak botol jenama Tupperware  dekat atas meja saya dan ada sticky note jugak!" Najwa mendongakkan kepalanya memandang mata Qayyum.

"Awak ke yang bagi botol tu? Serius, saya guna botol tu sampai sekarang!" Ujar Najwa dengan teruja. Dia sangat gembira sebenarnya kerana akhirnya dia dapat guna botol jenama Tupperware tu sama seperti pelajar lain yang menggunakan pelbagai jenama botol  air berjenama dan berkualiti tinggi.

Melihat Najwa yang kelihatan teruja itu, Qayyum menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak. Bukan aku yang bagi kau. Nabil sendiri yang belikan dan letak atas meja kau sebab botol air kau yang dulu dia dah ambil untuk buat ujian DNA guna air liur kau yang ada dekat botol air tu." Jelas Qayyum perlahan.

"Ouhhh..." Najwa akhirnya faham apa yang diperkatakan oleh Qayyum.

"Keputusannya 99% yang kau dan Nabil adalah adik-beradik."

Najwa mengeluh.

"Tak sangka pula saya." Najwa membuat muka tidak percaya.

"Kisah kenapa korang boleh terpisah biarlah Nabil sendiri yang ceritakan dekat kau. Malas aku nak cerita. Panjang siot ceritanya." Qayyum tersengih.

Najwa membuat muka masam.

"Yelah, suka hati awaklah." Najwa memusingkan tubuhnya dan mula berjalan ke tapak berhimpun.

"Kenapa kau tak bagitahu aku tentang  ni dari dulu?" Soal Asyraf tegas. Hanya mereka berempat di situ ketika ini.

"Perlu ke aku bagitahu kau?" Soal Qayyum kehairanan. Dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluar tracksuit nya. Dia ingin melangkah pergi namun ditahan oleh Asyraf.

"Qayyum, aku suka Najwa."

Langkah Qayyum terhenti.

Haziq yang mendengar kata-kata Asyraf tadi terkejut beruk.

What?!

"Kau gila eyhhh... Kau jangan buat masalah Asyraf. Kau tahukan yang Najwa tu sekarang ni isteri Hakimi. Dia dah ada suamilah."

Lagi sekali Haziq terkejut dengan kenyataan yang baru diberikan oleh Qayyum.

"Weh! Najwa tu dah kawin ke?!" Tanya Haziq dengan matanya yang terbeliak.

Namun soalan tadi diabaikan oleh mereka berdua.

"Ya, aku tahu. Tapi aku pasti yang Hakimi tak akan buat Najwa bahagia. Aku tak nak Najwa rasa tersiksa dengan perangai Hakimi tu. Lagi-lagi Hakimi suka Adrianlah!" Asyraf menentang.

"Asyraf! Kau mesti faham benda ni, sedangkan Nabil yang abang kandung Najwa sendiri pun susah nak ambil Najwa balik sebab Najwa tu dah jadi hak milik Hakimi yang sah! Ini yang kita orang fikir selama ni! Pleaselah jangan tambah masalah! Kau tahulah Hakimi tu macam mana orangnya, dia tak akan lepaskan Najwa pergi!"

"Tapi aku tak akan biarkan Najwa hidup dengan Hakimi!" Asyraf masih lagi berdegil.

"Asyraf! Tolonglah lupakan perasaan suka kau ni dekat Najwa. " Qayyum merayu. Bahu Asyraf disentuhnya.

Aiden yang melihat kedegilan Asyraf hanya menyepikan diri. Nampaknya banyak saingannya untuk mendapatkan Najwa ketika ini.

"Asyraf, Qayyum... Janganlah jadi macam ni, aku tak nak hubungan kita rosak gara-gara hal ini." Haziq memujuk dengan suaranya yang lembut.

"Hal ini kita lupakan dulu. Macam yang kau cakap tadi kita mesti lupakan hal ini supaya kerjasama kumpulan kita tak terjejas. Banyak lagi aktiviti yang kita nak buat lepas ni." Haziq memberi nasihat.

Asyraf mula menjadi tenang.

"Lepas semua ni dah selesai kita bincang." Qayyum menepuk bahu Asyraf beberapa kali.

"Jom,berkumpul." Aiden bersuara.

-----

Tiba di tapak berhimpun, ramai pelajar yang sudah berada di situ memandang kearah Najwa.

Najwa hanya tersengih malu.

Aduihhh! Malunya! Apa aku nak buat ni?!

Kebanyakkan pelajar berbisik antara satu sama lain. Mungkin mereka berbisik akan hal Najwa yang merupakan adik perempuan kepada salah seorang lelaki kacak yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan di sekolah itu. Isu semakin hangat diperkatakan setelah Puan Aminah iaitu pengerusi sekolah mereka menyatakan perkara itu adalah benar.

Najwa yang tidak menjumpai ahli kumpulannya itu terpaksa berdiri tegak. Kalihatan Anis dan Amni duduk sebaris dengan suaminya, Hakimi kerana mereka dalam satu kumpulan.

Apa aku nak buat ni?! Kenapalah aku boleh lupa yang ahli kumpulan aku masih belum berkumpul?! Sekarang ni aku nak duduk mana?!

Najwa mula resah. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tambahan lagi mata-mata pelajar lain yang tidak henti memandangnya.

Tapak tangannya berpeluh namun tiba-tiba sahaja tangannya dipegang erat oleh satu tangan yang hangat dan besar dari tangan kecil miliknya.

Najwa menunduk untuk melihat tangan yang memegang erat jari-jemarinya. Jari orang itu sungguh panjang dan runcing. Berkulit putih bersih sama seperti dirinya.

Najwa tersenyum.

Terima kasih.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now