Bab 63

13.2K 693 59
                                    

"Semua pelajar diminta duduk dalam kumpulan sekarang!" Arah Puan Aminah dengan tegas. Matanya meliar ke kiri dan kanan melihat keadaan pelajar yang berada di hadapannya agar duduk dalam kumpulan sendiri.

Hakimi yang merupakan ketua kumpulan bagi kumpulan 5 sedang duduk di barisan hadapan sekali namun dirinya tidak dapat fokus. Otaknya masih bercelaru. Walaupun telah ditenangkan oleh Adriana sebentar tadi, tapi Hakimi masih lagi merasa bagaikan ada sesuatu yang akan menimpa dirinya. Lagi-lagi dia telah bertemu dengan Nabil sendiri tadi.

Mereka berdua berjumpa secara senyap tanpa pengetahuan Najwa dan Adriana.

"Kimi, you okey?" Soal Adriana dari arah belakang. Dia menyentuh bahu kanan Hakimi dengan lembut.

Hakimi tersentak. Terkejut akan teguran Adriana.

"Y-Ya? K-Kenapa?" Hakimi gagap.

Adriana pelik.

"You ni dah kenapa? Apa yang you sedang fikirkan sekarang ni? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran you ke?" Soal Adriana prihatin. Dia memegang kemas lengan Hakimi.

Hakimi senyum.

"Takdalah. I okey. Cuma I rasa tak sihat tiba-tiba." Hakimi memberi alasan. Dahinya diurut perlahan tanda dia berasa pening sekarang ini. Namun, hakikatnya itu cuma alasan yang diberikan kepada Adriana. Dia tidak mahu Adriana tahu yang dia sedang memikirkan tentang masalah isterinya, Najwa ketika ini.

Adriana segera panik. Dia meletakkan tapak tangan kanannya di atas dahi Hakimi untuk memeriksa suhu badan Hakimi. Namun, ianya sejuk. Tidak panas. Dia tidak demam.

"Kepala you pening tak? Kalau you rasa tak sihat jomlah I bawa you pergi hospital. Keluarga I ada sediakan kereta untuk I dekat sini. So, biar I bawa you pergi hospital sekarang juga. Aktiviti jungle trekking tu kita tak payahlah ikut." Ujar Adriana sambil kedua belah tangannya memaut lengan Hakimi untuk membawanya pergi.

"No." Hakimi menghalang. Dia menggelengkan kepalanya. Kedua belah kelopak matanya ditutup sebentar. Air liur diteguk perlahan. Resah yang dirasakannya ketika ini. Sesekali dia akan memandang isterinya,Najwa dari jauh tanpa pengetahuan Adriana sendiri.

"Kimi, nanti kalau apa-apa jadi dengan you masa  junggle trekking tu
siapa yang susah? Please, jangan susahkan Bonda you and I tak nak apa-apa kemalangan atau sesuatu jadi dekat you nanti." Adriana mendesak.

"Biar I drive okey! You just duduk tepi I. Lagipun hospital tak lah jauh sangat dari sini." Adriana bersuara dan mendesak lagi.

"No, Adriana. I okey. Jangan risau. Lagipun siapa yang akan jaga budak-budak tu kalau kita berdua takda?" Mata Hakimi melirik kearah Anis dan Amni. Dua orang kawan rapat kepada isterinya.

Mendengar apa yang dikatakan Hakimi, Adriana berasa sedikit terkilan. Pada pendapatnya, Hakimi telah berubah sedikit demi sedikit setelah munculnya gadis yang bernama Nur Najwa. Dia tidaklah cemburu pada mulanya kerana Najwa hanyalah anak miskin yang hidup menumpang dengan keluarga Hakimi setelah kematian ayahnya. Dia tahu Hakimi langsung tidak menyukai gadis kecil itu. Namun, hatinya mulai kecewa akan sikap Hakimi iaitu cara Hakimi melayan dirinya ketika ini, ianya tidak sama seperti mana Hakimi melayannya dengan baik dan lemah-lembut sebelum mengenali Najwa.

Adriana perlahan-lahan menjauhkan dirinya dari Hakimi yang kelihatan begitu tertekan. Hakimi kelihatan sebegitu setelah Nabil memberitahu bahawa Nur Najwa itu merupakan adik perempuannya. Apa salahnya? Kenapa Hakimi begitu terasa akan apa yang diperkatan oleh Nabil tadi? Najwa bukan siapa-siapa pada dirinya. Najwa hanyalah orang luar.

Adriana duduk bersila dibelakang Hakimi. Dia membuat muka sedih dengan harapan Hakimi akan memujuknya semula, namun hampa Hakimi langsung tidak memandang kearahnya malah Hakimi duduk semula seperti keadaan asal iaitu membelakangi dirinya. Irfan yang duduk dibelakang Adriana dikerling sekilas. Dia sedang berbual-bual dengan Amni dan Anis. Budak form 3 tu.

Adriana memainkan jarinya pada permukaan pasir yang putih itu. Wajahnya yang cantik putih melepak itu kelihatan lebih menyerlah di bawah sinaran matahari yang tidaklah terlalu memancar. Dia bukanlah perempuan jahat yang mahu membuli sesiapa sesuka hatinya. Dia tidak berniat langsung mahu menyakiti Najwa, tapi kehadiran gadis kecil itu telah menggugat status dirinya yang bergelar teman wanita Hakimi.

Sesungguhnya dia sangat sayangkan Hakimi. Dia telah lama menyukai Hakimi sehingga dia sanggup membuat apa sahaja asalkan dirinya nampak hebat dihadapan Hakimi. Tetapi, kehebat dirinya telah dipandang rendah oleh pelajar lain. Dia terkilan sebenarnya apabila pelajar lain mengatakan dirinya membuat sesuatu yang tidak adil untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Dia kecewa apabila ada sesetengah pelajar memfitnahnya sebegitu padahal hakikatnya dia telah bertungkus-lumus belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sama seperti Hakimi sendiri yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Elite itu.

Mereka berdua kini di taraf yang sama. Sejujurnya Adriana merupakan gadis yang hampir sempurna kerana dirinya yang mempunyai banyak bakat seperti dalam akademik,sukan, kulinari dan banyak lagi. Malah Adriana merupakan satu-satunya anak usahawan terkenal di Asia Tenggara.

Adriana tidak akan bertindak jahat pada sesiapa kecuali jika ada orang yang ingin merampas buah hatinya. Adriana sebenarnya seorang gadis yang baik dan lemah-lembut sama seperti Najwa, namun sikapnya yang itu jarang ditunjukkan kepada orang lain kecuali Hakimi dan sahabat rapatnya malah dia mempunyai pendirian yang teguh di mana dia akan bersikap profesional apabila melakukan tugas sebagai seorang pelajar sekolah dan pengawas disiplin.

Itulah yang menyebabkan Hakimi jatuh hati padanya. Adriana baik sebenarnya. Walaupun dia kelihatan gedik di luar namun hatinya lembut selembut kain sutera tetapi kelembutannya itu telah membuatkan Hakimi kian berubah.

Adriana masih lagi menguis pasir putih yang bersih itu. Dia kecewa. Ya, sangat kecewa. Apa yang aku patut buat sekiranya Hakimi dah berubah hati?

Adriana yang tidak dapat menahan tangisannya itu, mula menangis perlahan. Dia sedaya-upaya menyorokkan tangisannya itu daripada Hakimi. Sungguh perlahan sehingga langsung tidak didengari oleh pelajar lain di sekelilingnya. Dia tidak dapat membayangkan jika dirinya berpisah dengan Hakimi kerana sudah sekian lama dia menaruh hati terhadap Hakimi iaitu sejak dia mula bersekolah di situ lagi.

Adriana membenamkan wajahnya yang bertukar kemerah-merahan itu di atas pangkuannya. Dia merapatkan kedua belah lututnya menghampiri dada.

Dalam fikirannya mungkin Hakimi marah akan dirinya yang selalu sahaja cuba menyakiti Najwa. Sejujurnya dia tidak berniat mahu menyakiti gadis kecil itu. Dia juga rasa kasihan akan kehidupan gadis yang begitu malang itu sebenarnya. Kalau boleh Adriana mahu Najwa berpindah ke rumahnya. Biarlah Najwa dijaga oleh orang-orang gaji yang terdapat dirumahnya asalkan gadis itu tidak tinggal sebumbung bersama Hakimi kerana hal itu boleh membuatkan pelbagai perkara yang dia tidak mahu berlaku.

Tetapi, mulutnya yang begitu lancang itu telah banyak menghina gadis itu. Apakan daya, dia sangat marah dan cemburu terhadap Najwa yang memperoleh perhatian daripada Hakimi.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now