Aku...
Hanya bertemankan suasana yang gelap,
Pada pandanganku.Hanya kedengaran bunyi mesin yang jelas lagi dekat,
Pada pendengaranku.Tetapi,buat diriku?
Tiada siapa.
Ya.
Tiada siapa.
Sebab tu...
Aku taknak sedar.
Ya.
Aku taknak sedarkan diri.
Aku taknak bangun.
Aku taknak bangun dari pembaringan ini.
Biarlah hanya 'itu' yang menemani aku disini.
Pelikkan?
Kalau orang lain yang tengah koma tu,mereka nak sangat sedar dari koma...
Sebab...
Adanya orang yang tersayang...
Setiap masa,
Setiap jam,
Setiap minit,
Setiap saat...Disamping mereka...
Yang...
Tidak pernah lelah,
Tidak pernah jemu,
Tidak pernah berputus asa...Agar memberi galakan bagi 'orang' itu untuk kembali sedar dan kembali ke pangkuan mereka.
Tapi...
Bagi aku,tak.
Sebab...
Kalau aku sedarpun,mana ada orang yang sambut 'kesedaran' aku.Hahaha...lucu pula.yelahhh...selalunya orang guna ayat tu untuk sambut 'kedatangan' bukannya sambut 'kesedaran'...
dan tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu dibuka.
Siapa tu?
'Jururawat kot...'bisik hatiku.
dan bagai renjatan elektrik apabila tangan kananku dipegang oleh seseorang.
"Najwa..."
-----
"Tadi...bila aku sampai je depan pintu wad Najwa...aku nampak yang Najwa terbaring kat lantai lepastu aku nampak dahi dia berdarah..."ujar Asyraf.
Aku terdiam.
"Kau pergi mana masa tu?"soal Asyraf lagi.
Dan lagi sekali...badanku kaku.
"Aku taulah Hakimi..."
"A-apa maksud kau?"soalku pula.
"Kau pergi jumpa dengan Adriana tadikan?"
"So?kenapa kalau aku jumpa Adriana?tu bukan urusan kau.lagipun Adriana girlfriend aku."balasku kasar.ya.aku tak suka kalau orang lain libatkan nama orang yang aku sayang dalam masalah aku.lagi-lagi Adriana,teman wanita aku.
"Of course lah tu urusan aku sebab ni melibatkan Najwa!"
Aku terkejut.
"A-aku..."
"Dah la Hakimi...kalau kau tak nak jaga Najwa...
biar aku...
yang...
jaga dia."kata Asyraf lalu cuba untuk masuk ke bilik di mana Najwa ditempatkan.
Aku terkedu.
Tak.
Tak boleh.
Aku segera menahan lengannya daripada terus masuk dan kelihatan beberapa jururawat tengah pandang kitaorang sambil bercakap antara satu sama lain.
Aku mengeluh.
Perlahan-lahan aku melepaskan lengannya dan tanpa sebarang bicara dia terus masuk...
Ke bilik itu.
Aku tertanya-tanya...
Kenapa tiba-tiba hati aku sakit?
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...