"Nabil kena langgar!"
Bagaikan terhenti seketika dunia pada ketika ini setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Iman.
Baru sahaja sebentar tadi dia bergurau-senda dengan Nabil, melihat senyuman Nabil yang telah menganggap dirinya seperti keluarga kandung. Kini, separuh jiwanya bagaikan hilang setelah mendengar Nabil terlibat dalam kemalangan.
"N-Nabil dekat mana sekarang?"
"Dia terlantar dekat depan pintu pagar sekolah."
Setelah mengetahui keberadaan Nabil, Qayyum berlari sepantas mungkin menuju ke pintu pagar sekolah. Hampir sahaja air mata jantannya jatuh mengalir ke pipi.
Sungguh sakit jiwanya menerima hal seperti ini.Necktie merahnya yang menandakan seorang pengawas sekolah dibuka sambil berlari pantas manakala beg sekolahnya telah ditinggalkan di depan pintu kelas bagi memudahkannya dia berlari dengan laju. Sesuai dengan dirinya yang bergelar atlet sekolah.
Tiba sahaja di kawasan pagar sekolah, banyak pelajar yang berkumpul dan beberapa buah kereta berjenama mewah seperti Peugeot, Volkswagen, BMW, Mercedez-Benz dan banyak lagi yang dimiliki pelajar sekolah dan guru-guru sekolah ini berhenti di sisi jalan. Mungkin pemiliknya mahu menyaksikan apa yang telah berlaku.
"Nabil! Nabil!" Qayyum menjerit.
Dia menolak beberapa orang pelajar supaya memberikan laluan kepadanya dan kini dia terlihat Nabil sedang bersandar di pondok pengawal.
Kelihatan rambut hitam pekatnya dibasahi darah sedikit manakala sikunya juga terluka dan seluar bahagian lututnya koyak dan berdarah.
"Wei, N-Nabil." Qayyum memanggil Nabil dan kini dia sedang melutut di depan Nabil.
"Nabil, kau dengar tak ni? Jangan buat aku takut." Qayyum memegang bahu Nabil dan menggoyangkan perlahan untuk menyedarkan Nabil.
Nabil membuka kedua belah matanya perlahan-lahan.
"Q-Qayyum." Nabil bersuara.
"Kau okey tak ni?" Tanya Qayyum risau.
"A-Aku okey. N-Ni tolong bagi dekat dia. A-Aku tak larat nak berdiri ni." Nabil menghulurkan dompet bewarna pink kepada Qayyum.
Nabil kelihatan sungguh lemah dan tidak berdaya. Mungkin rasa kesakitan itu telah membuatkan dia tidak mampu untuk berdiri.
Qayyum terpana seketika.
Perasaan marahnya mula hadir dalam dirinya. Dia geram. Dia marah akan Nabil yang lebih mementingkan adik perempuannya berbanding dengan dirinya yang sedang dalam kesakitan.
"Kau tahu tak yang kau baru je lepas kena langgar..."
"Aku tahulah."
"HABISTU KENAPA KAU MESTI FIKIR PASAL DIA SEKARANG NI SEDANGKAN KAU SEDANG DALAM KESAKITAN?!" Qayyum menjerit marah. Dia sungguh kecewa dengan Nabil yang masih peduli untuk memulangkan semula dompet adik perempuannya itu.
"PENTING SANGAT KE PEREMPUAN TU SAMPAI KAU CEDERA MACAM NI PON KAU SANGGUP NAK BAGI BALIK BARANG PEREMPUAN SIAL TU?!" Qayyum menjerit lagi. Nafasnya tercungap-cungap kerana baru sahaja lepas berlari tambahan lagi dia telah melantangkan suaranya.
Nabil tersenyum. Dia memegang belakang kepala Qayyum dan menariknya agar rapat dengan dirinya. Dia ingin berbisik.
"Ya, perempuan yang kau cakap sial tu sangat penting buat aku. Aku dah lama cari dia, Qayyum. Aku sayangkan dia sangat-sangat malah lebih dari nyawa aku. Aku sayang dia sebab dia satu-satunya adik perempuan aku yang aku ada sebab tu aku sanggup buat apa sahaja untuk dia. Satu lagi, kalau aku dengar kau kata Najwa tu SIAL, percayalah... Hubungan kita akan putus." Nabil berbisik kepada Qayyum. Hal ini kerana dia tidak mahu pelajar lain yang berada di sekelilingnya mendengar apa yang ingin dikatakan olehnya.
Belum tiba masanya dia mendedahkan hal sebenar di depan orang ramai. Biarlah hanya beberapa orang sahaja yang tahu akan pertalian darahny dengan Najwa Amira.
Qayyum memejamkan rapat matanya sebentar dan menelan air liurnya perlahan.
"Aku minta maaf, aku tak sengaja nak cakap macam tu." Qayyum memohon maaf.
"Hmmm, baguslah kalau kau dah faham." Nabil menepuk bahu kanan Qayyum perlahan.
"Siapa yang langgar kau ni?" Soal Qayyum kepada Nabil.
Nabil melirik matanya ke kanan dan dia menjuihkan bibirnya ke arah sebuah kereta mewah berjenama Peugeot 3008 berwarna merah jambu. Sudah semestinya pemiliknya ialah seorang pelajar perempuan.
Pandangan mata pelajar lain yang sibuk melihat keadaan Nabil diabaikan.
Qayyum berdiri dan mendekati kereta Peugeot 3008 yang berwarna merah jambu itu. Dia memandang nombor pendaftaran kereta itu.
"Siapa pemilik kereta ni?" Qayyum bersuara lantang.
"S-Saya..." Seorang gadis comel berkaca mata bulat mengangkat tangan dan mendekati Qayyum.
"Kau ke yang langgar Nabil tadi?" Soal Qayyum dengan wajah garangnya.
Gadis itu hanya mengangguk. Kelihatan dia sungguh ketakutan.
"S-Saya minta maaf, saya tak sengaja. Serius, saya tak nampak yang Nabil berlari lintas depan saya." Gadis itu menjelaskan dengan suara yang agak bergetar.
Qayyum menjeling tajam gadis itu.
"Apa nama kau?" Tanya Qayyum kepada gadis itu. Kini suaranya direndahkan sedikit.
"N-Nama saya Nur Aqilah."
"Hmmm." Qayyum berhenti dan berfikir sebentar.
"Nur Aqilah." Suara Nabil memanggil.
"Yaaa?" Gadis yang bernama Aqilah itu segera memusingkan badannya ke arah Nabil yang sedang bersandar di pondok pengawal itu.
Jelas sekali gadis itu mengalirkan air mata kerana salah dirinya telah melanggar orang.
"Takpe, saya tak salahkan awak dalam hal ni. Lagipun saya sendiri yang bersalah sebab berlari tanpa tengok kiri dan kanan." Nabil senyum menunjukkan barisan giginya putih dan tersusun kemas.
"Awak pergilah balik, lupakan perkara ni."
"T-Tapi..."
"Takpe, saya tak salahkan awak langsung. Lagipun kecederaan saya taklah teruk sangat. Jangan risau, luka saya boleh sembuh dalam beberapa hari."
Aqilah mengangguk.
"S-Sekali lagi saya nak minta maaf."
Nabil hanya mengedipkan matanya beberapa kali tanda dia dalam keadaan yang okey. Lagipun dia kenal gadis ni.
Gadis inilah yang selalu memerhati Haziq dari jauh. Jelas sekali gadis comel ini menyukai Haziq.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...