Aku dengan perlahan-lahan meninggalkan adik perempuanku, Najwa dan berlalu pergi dari kawasan itu. Hatiku gundah-gelana. Rasa puas setelah aku membongkarkan segala rahsia yang aku simpan selama ni dihadapan orang ramai. Namun, rasa takut juga menguasai diriku. Ya, aku takut Najwa tidak dapat menerima diriku merupakan abang kandungnya.
Aku berjalan meninggalkan tempat itu dan apabila sudah sampai ke kawasan khemah lelaki dan tiba-tiba Iphone 11 pro max yang telah aku letakkan di dalam kocek seluarku berbunyi lalu dengan segera aku mengeluarkan Iphone 11 pro maxku.
‘Umi.’ Bisik hatiku.
Perlahan-lahan aku menekan punat hijau yang tertera di kaca skrin Iphone 11 pro maxku.
'Assalamualaikum, anak kesayangan umi…'
Aku tersenyum selepas mendengar suara umi di corong telefonku.
“Waalaikumussalam umi.” Jawabku.
'Kamu apa khabar? Najwa sihat?' Tanya umi.
Seperti biasa umiku akan sentiasa menanya akan khabar adik perempuanku, Najwa. Risau betul dia akan anak perempuannya yang satu itu.
“Angah sihat umi. Najwa pun sihat macam biasa.”
'Ingat pesan umi, jangan suruh Najwa tu berlari sangat dan buat aktiviti lasak. Kamu tahulah, dia ada sakit astma, nanti dia sakit, umi dan abah yang akan risau dan kalau boleh umi dan abah dah rancang nak suruh angah bawa Najwa datang ke rumah kita sebab bagi umi dah tiba masanya Najwa tahu siapa keluarga kandungnya.' Kata umi.
“Hmmmmm…”Aku berfikir sebentar. Patutkah aku bagitahu umi bahawa Najwa dah tahu perkara sebenar?
'Umi… Umi sebenarnya dah tak sabar nak bagitahu Najwa dan bawa Najwa tinggal di rumah kita. Rasa rindu yang umi tanggung selama ni, umi dah tak dapat tahan dah. Umi rindu sangat dengan satu-satunya anak perempuan umi. Jadi lepas kamu balik dari sana nanti, umi dan abah nak kamu bawa balik sekali Najwa.'
“T-Tapi macam mana dengan suami Najwa? A-Angah tak rasa yang dia akan bagi angah bawa Najwa balik sekali.” Suara Nabil kedengaran seperti bimbang. Ya, Nabil memang sudah lama menjangka bahawa Hakimi tidak akan melepaskan Najwa. Dia tahu Hakimi jenis orang yang macam mana. Lagi-lagi bila dia sudah tahu bahawa Hakimi sudah atuh cinta terhadap adik kandungnya. Entah kenapa hatinya turut berasa sakit setelah mengetahui Hakimi telah menyukai Najwa... Mungkin kerana dirinya juga menyukai Najwa dari mula-mula dia menjumpai Najwa ketika Najwa berada di tingkatan 1 dahulu.
Sejujurnya dia cemburu dan susah untuk dirinya menerima hakikat bahawa dia merupakan abang kandung kepada Najwa.
'Nanti Umi dan Abah berunding dengan keluarga Puan Aminah tapi yang penting Umi nak Najwa ikut kamu balik nanti.'
"Baiklah Umi, Angah letak dulu."
'Yelah, jangan lupa pesanan Umi, jaga Najwa dekat sama elok-elok, jangan sesekali buat dia rasa sakit.'
Nabil Aqil hanya mengangguk menandakan dia akan lakukan segala apa yang Umi telah pesankan.
Lepas selesai sahaja semua perkhemahan ini, dia pasti akan menjelaskan segala rahsia yang telah lama disimpan ini kepada Najwa dan menunjukkan segala bukti bahawa Najwa merupakan darah dagingnya.
Itu janjinya.-----
Tiba di khemah Anis dan Amni, Najwa segera duduk si depan khemah itu namun dirinya tetap termenung memikirkan hal yang terjadi sebentar tadi.
Anis, Amni dan ahli kumpulan Najwa yang lain tidak mampu berkata apa-apa kerana mereka turut terkejut bahawa Najwa ialah adik kandung kepada Nabil Aqil. Jadi sebenarnya Najwa ini anak orang kaya! Ya, anak kepada orang yang selalu memberi sumbangan kepada sekolah untuk melakukan pelbagai aktiviti di peringkat yang besar walaupun sebenarnya sekolah itu juga mempunyai jumlah simpanan yang banyak untuk melakukan bermacam aktiviti kerana sekolah tersebut merupakan private school.
Sebelum mengetahui status diri Najwa, semua mereka memandang Najwa sebagai anak orang yang tidak berkemampuan yang dibantu oleh Puan Aminah dan tidak sangka rupanya Najwa lebih kaya dari mereka semua.
Beberapa minit menyepi, Qayyum bersuara cuba menghilangkan kesepian yang mereka hadapi.
"Weii Najwa, aku tak rasa yang Nabil tu menipu or tersalah orang. "
Najwa mengangkat kepalanya memandang Qayyum.
"Apa maksud kau?"
"Aku tahu yang kau mesti rasa yang Nabil tu menipu kan? Tapi berdasarkan apa yang aku fikir, Nabil macam tak menipu."
Kening Najwa bertaut.
"Kenapa kau rasa macam tu?"
"Najwa, sebenarnya dah lama aku nak cakap pasal hal ini, tapi aku akan cakap juga sekarang memandangkan Nabil dah bagitahu perkara yang sebenar." Qayyum kini sedang duduk bersila di depan Najwa manakala yang lain berada di sisi mereka sedang mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Qayyum.
Najwa hanya mendiamkan diri.
Ya Allah, apa lagi yang aku patut dengar ni?
Detak jantung Najwa yang perlahan menjadi semakin laju sedikit sambil menanti kata-kata Qayyum yang bakal diungkapi.
"Sejujurnya..."
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...