“Semua pelajar diminta memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang ingin dikatakan oleh saya sekarang ini. Hal ini kerana taklimat ini amat penting untuk anda semua memandangkan kita akan melakukan aktiviti yang lasak iaitu jungle trekking sebentar nanti.” Puan Aminah bersuara lantang dihadapan semua pelajar sambal matanya memerhati untuk memastikan semua pelajar memberi perhatian yang sepenuhnya dan mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya.“Baiklah, perkara pertama sekali yang saya ingin katakan ialah anda semua akan melakukan aktiviti jungle trekking di Gunung Raya. Semua pelajar akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing namun bagi memudahkan perjalanan dan menjaga keselamatan anda, kamu semua akan bergerak 2 kumpulan secara bersama. Oleh itu, setiap ketua kumpulan diminta berjumpa dengan saya sekarang untuk menentukan kumpulan yang akan menjadi pasangan anda.”
Mendengar arahan Puan Aminah, Asyraf yang merupakan ketua kumpulan 7 bergerak kehadapan. Dia berjalan melintasi Hakimi namun apabila melihat Hakimi langsung tidak berganjak dari tempat duduknya, Asyraf segera menepuk bahu Hakimi beberapa kali untuk menyedarkannya.
“Hoi, kau dengar tak apa yang Puan Aminah kata tu?” Walupun hubungannya dengan Hakimi agak kurang baik selepas insiden di mana dia mengambil Najwa daripda Hakimi hari itu tetapi mereka berdua tetap bertindak profesional memandang mereka berdua dibesarkan agar menjadi manusia yang bertauladan.
“Dengarlah.” Balas Hakimi. Dia menjeling Asyraf sambil cuba berdiri.
Asyraf turut menjeling. Sakit hatinya terhadap Hakimi.
“Aku dah cakap yang kita sama kumpulan. Tak payah pergi jumpa Bonda. Bonda dah tahu dah.” Kata Hakimi ringkas. Dia sendiri yang jumpa Bonda tadi supaya kumpulannya bergerak bersama dengan kumpulan isterinya.
Asyraf yang mendengar kata-kata Hakimi mendengus marah.
“Kau tak payahlah sibuk! Aku sendiri dapat jaga Najwalah! Aku tak perlukan kau langsung! Kau jagalah jelah Adriana kesayangan kau tu!” Asyraf berbisik di telinga Hakimi supaya tidak didengari Adriana yang berada dihadapan mereka.
Hakimi tersenyum sinis. Matanya mencerlung tajam mata Asyraf.
“Suka hati akulah. Najwa tu isteri aku.” Balas Hakimi pendek. Selepas itu dia bergerak ke tempat barisan pelajar yang paling belakang. Tidak lupa juga dia menarik lengan Adriana dengan lembut supaya mengikutinya.Najwa pula sedang duduk bersila bersebelahan dengan Nabil manakala Aiden berada di sebelah kirinya.
“Awak pasti nak ikut aktiviti jungle trekking ni?” Soal Nabil risau.
“Ya, takpe saya rasa saya boleh je, lagipun saya jarang pengsan kebelakangan ni dan saya tak pernah lagi ikut jungle trekking ni sebab Abah tak bagi.”
“Hmmm, yelah.” Akhirnya Nabil memberi kebenaran setelah sekian beberapa kali Nabil cuba melarang Najwa daripada mengikutinya. Manakan tidak, dia risau akan kesihatan adiknya itu yang selalu sahaja pengsan bila keletihan.
Najwa yang sedang duduk di antara Nabil dan Aiden itu, kadang-kadang matanya melirik kearah suaminya, Hakimi. Sejujurnya dia masih lagi terasa akan kelakuan Hakimi yang sanggup membela Adriana daripada dirinya yang bergelar isteri ini. Dia nampak yang Hakimi sangat menyayangi Adriana. Adakah dirinya yang bersalah dalam hal ini? Adakah salah dirinya yang telah merampas Hakimi daripada Adriana dengan menjadi isteri kepada Hakimi sebulan yang lalu? Tetapi semua itu bukan kerelaannya! Itu semua kehendak Bonda kerana aku telah hidup menumpang di rumah keluarga Hakimi. Tidak manis di mata orang lain apabila aku dan Hakimi tanpa ikatan yang sah tinggal sebumbung.
Najwa mengeluh perlahan. Dia sedar perlahan-lahan nanti Hakimi akan melepaskan dia juga dan dia akan kembali ke pangkuan keluarga kandungnya. Mungkin.
Setelah selesai menentukan pasangan kumpulan, akhirnya mereka semua menaiki bas untuk pergi ke Gunung Raya. Kelihatan semua pelajar rasa teruja untuk melakukan aktiviti ini memandangkan ianya jarang dilakukan oleh pihak sekolah. Kumpulan Asyraf dan kumpulan Hakimi menaiki bas yang sama. Najwa yang mengetahui dirinya akan pergi mendaki gunung bersama Anis dan Amni berasa sangat gembira.
“Yeahhh, akhirnya kita dalam kumpulan yang sama!” Ujar Amni dengan riang.
“Haah, aku happy giler bila dapat tahu yang kita tiga dalam kumpulan yang sama. Serius, kalau kau takda, hidup aku dan Amni bosan sangat! Susah kitaorang nak ajak gurau.”
“Alaaa korang ni. Macamlah tak pernah berpisah dengan aku. Masa hari sukan kita berpisah kot sebab warna rumah lain-lain.” Najwa akhirnya dapat bersembang sakan dengan dua orang sahabat karibnya yang telah selalu menceriakan hidupnya sejak dari tingkatan 1 lagi. Najwa akan menggunakan perkataan ‘Aku’ dan ‘Kau’ sekiranya bercakap dengan orang yang sangat dikenalinya manakala dia akan menggunakan ‘saya’ dan ‘awak’ apabila berbicara dengan orang yang lebih tua darinya ataupun orang yang kurang dikenalinya.
“Najwa, lepas ni mesti kau akan berubah kan?”
Najwa berasa pelik? Berubah?
“Kenapa pula aku akan berubah? Takdenyalah aku masih lagi dengan diri akulah, Amni…”
“Hmmm, yelah kau kan dah ada abang, mesti aku dan Anis susah nak kacau kau lagi. Kita orang takut kena marah dengan Nabil.” Kata Amni dengan nada yang sedih sambil matanya sekilas memandang kearah Nabil yang duduk di sebelah Najwa. Mereka nampak yang kini Najwa telah menjadi rapat dengan Nabil, bukan lagi seperti dulu.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Amni telah membuatkan Nabil tergelak dan menunjukkan senyuman manisnya terhadap Amni.
“Amni, saya tak akan marah awak dan Anis sebab korang dua dah jaga Najwa dengan baik selama ni dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab dah ceriakan Najwa dan buat Najwa bahagia.” Ujar Nabil sambil tangannya mengusap kepala Najwa dengan perlahan.
“Hehehe, sama-sama dan memang tugas kami berdua buat Najwa bahagia pon.” Anis berseloroh. Wajah Anis dan Amni perlahan-lahan bertukar kemerah-merahan. Mereka berdua cair apabila melihat senyuman Nabil.
Apabila bas yang mereka naiki mula bergerak, mereka kembali senyap. Perjalanan mereka itu hanay mengambil beberapa minit untuk sampai ke destinasi iaitu di kaki Gunung Raya. Semua peralatan keselamatan dan barang keperluan seperti makanan dan air telah mereka semua sediakan maka mereka hanya perlu lakukan aktiviti ini dengan berhati-hati tanpa sebarang kelakuan yang menyebabkan kecederaan pada pelajar boleh berlaku.
Tiba di tapak destinasi, semua pelajar telah turun dari bas yang mereka naiki. Nasiblah semua pelajar setuju mengikuti aktiviti jungle trekking ini, maka semua guru pengiring juga akan mengikuti untuk memantau kelakuan pelajar-pelajar.Najwa, Amni dan Anis bersama-sama menuruni bas manakala Hakimi, Asyraf, Aiden, Nabil, Haziq dan pelajar lelaki yang lain sibuk mengira bilangan pelajar dan ada juga yang mengatur mereka semua dalam kumpulan masing-masing dan beberapa orang pelajar lelaki lagi menyusun barang-barang yang akan dibawa oleh setiap pelajar ketika mendaki gunung.
Adriana dan Fashila yang merupakan teman rapatnya hanya sibuk memerhati Najwa dan rakan-rakannya dari arah belakang.
“Budak perempuan tu kan yang cuba rampas Hakimi dari kau?” Soal Fashila kepada Adriana.
Adriana mengangguk. Dia membuat muka menyampah.
“Ada hati nak suka Hakimi, muka budak tu tak lah cantik sangat!” Eira yang juga merupakan teman rapat Adriana mula bersuara.
“Takpe, lepas ni aku tahulah nak buat apa dengan budak mentah tu!” Adriana menyilangkan tangannya. Rasa benci terhadap Najwa semakin membara dalam dirinya. Dia pasti akan membuat sesuatu terhadap gadis yang bernama Najwa itu agar Hakimi benci akan gadis itu.
“Hmmm, baguslah.” Fashila mengangguk setuju akan kata-kata Adriana.
“Aku sokong kau Adriana. Jangan biarkan budak miskin tu rampas orang yang kau sayang!” Eira pula cuba membakar api kemarahan yang terdapat dalam diri Adriana.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...