Bab 28

21.8K 999 157
                                    

"Jangan kutip."

Aku mendongak.

Dan rupanya orang itu ialah Asyraf.

Dia menahan tanganku. Aku cuba melepaskan genggaman tangannya dari tanganku namun gagal. Ya, dia menggenggam tangan kecilku dengan erat sekali seperti tidak mahu melepaskannya.

Aku menoleh kearah Hakimi... Jelas riak wajahnya juga seakan terkejut dan tiba-tiba aku terasa tanganku ditarik.

Kini mataku beralih pula kepada Asyraf. Dia sedang menarik aku dan menyebabkan posisi aku yang mencangkung tadi kini berdiri dan aku mengikut langkahnya menuju ke sebuah motor berkuasa tinggi yang terletak beberapa meter dari kereta milik Hakimi.

Asyraf melepaskan genggamannya dari tanganku sebentar dan tiba-tiba dia memasangkan helmet di kepalaku menyebabkan tudungku yang telah dikemaskan oleh Hakimi tadi kembali senget.

Aku terkejut.

"A-Asyraf... A-awak n-nak... "

"Naik. "

Aku masih lagi kaku di situ.

"Naik. Cepat. "Suara Asyraf yang kelihatan semakin dingin itu membuatkan aku semakin gerun. Ya, aku takut kena tengking lagi... Macam Hakimi tengking aku tadi...

Motor berkuasa tinggi itu dihidupkan oleh Asyraf. Bunyinya amat nyaring. Aku cuba menaiki motor itu namun apakan daya... Tinggi tidak mencukupi dan aku cuba sekali lagi... Dan yes! Dapat pun... Dan baru aku sedar yang Asyraf mengangkat pinggangku tadi agar aku dapat 'memanjat' tempat duduk di belakang penunggang itu dan sebenarnya tempat duduk di belakang tu lebih tinggi dari tempat duduk penunggang... Tulah yang menyebabkan aku susah nak naik bukannya sebab KAKI AKU PENDEK! Dan kelihatan Asyraf sedikit tersenyum.

Aku menoleh kebelakang... Dan...

Kereta tu...





Dah takda.

-----

Aku memandu dengan laju.

Dah 2 lampu isyarat aku langgar dan kereta yang aku potong pun aku dah tak dapat kira.Aku tak kesah. Nak saman? Huh! Aku boleh bayar!

"Hakimi! Kenapa dengan you ni, hah?! Tiba-tiba je nak marah... You marah pasal budak tu ke?! But why?! Biarkan jelah budak tu! Lagi bagus dia dengan si Asyraf tu! Takdanya dia menggedik dengan you! "Marah Adriana apabila melihat Hakimi kini berubah setelah melihat kejadian tadi.

Hakimi diam.

'Kau tak tau Adriana... Najwa tu ISTERI aku! Dan kau tak akan faham apa yang aku rasa sebagai seorang SUAMI apabila melihat isterinya dengan sesuka hati disentuh oleh lelaki lain! 'Rintih Hakimi di dalam hati.

"Sorry, Adriana... "

Adriana kini pula diam.

"Adriana.... "Panggil Hakimi lembut sambil tangan kirinya cuba menarik tangan Adriana ke dalam genggaman tangannya. Ya, dia tahu Adriana sedang merajuk sekarang ni. Jadi cara dia hendak memujuk Adrian ialah dengan kelembutan... Dia tahu sikap Adriana macam mana... Adriana suka kelembutan Hakimi yang sering kali mencair hatinya dan menguatkan lagi rasa cintanya terhadap Hakimi dan begitu juga Hakimi... Hakimi suka akan sikap Adriana yang agak comel itu ketika merajuk... Dan entahlah macam mana dia boleh jatuh cinta terhadap Adriana.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now