Bab 76

29.9K 1K 582
                                    

Author tengok banyak yang sedih sebab Author buat watak Doktor Luthfi jadi abang kandung Najwa. Oleh itu, Author dah buat plot twist dalam bab ni supaya korang tak sedih lagi. Maaf Author tak update semalam sebab Author sedih tengok ada orang komen negatif pasal novel Author.

-----

Tiga hari Najwa dirawat, kini Najwa dibenarkan keluar dari hospital itu. Selama 2 hari dia di sana ditemani oleh Humairah dan Nabil manakala Umi dan Abahnya terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan perniagaan mereka. Jadi mereka terpaksa meninggalkan Najwa dengan berat hati.

Tetapi mujurlah ada Nabil dan Luthfi yang dapat menjaga Najwa ketika ketiadaan mereka.

Luka pada betis Najwa kini mula beransur pulih namun Najwa masih lagi tidak mampu berjalan. Tetapi Doktor Luthfi telah membenarkan dia pulang. Lagipun ini semua atas permintaan Uminya. Dia hanya terpaksa menurut.

"Angah, kau bawalah Najwa tu balik. Umi yang suruh. Dia rindu denagn Najwa tu." Kata Doktor Luthfi kepada Nabil. Mereka berdua kini sedang berada di taman yang terletak di dalam kawasan hospital.

"Najwa tu belum sembuhlah. Lagipun jahitan kat kaki dia pun kau belum bukakan?" Balas Nabil.

Doktor Luthfi memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Dia mengambil cermin matanya dan memakainya.

"Jangan risau. Aku ikut korang sekali."

Nabil mengerutkan keningnya sambil memandang Doktor Luthfi.

"Haritu bukan kau cakap yang kau tak nak Najwa tahu ke yang kau abang dia juga?" Soal Nabil hairan.

Doktor Luthfi mengeluh. Dia menyandarkan badannya di tiang buaian. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di taman ini. Humairah pula sedang menjaga Najwa.

"Hmmm, aku dah buat keputusan. Aku akan pindah dari sini."

"Serius? So, kau ikut cakap Umilah ni?"

Doktor Luthfi mengangguk.

"Umi dan Abah cakap dorang akan buka sebuah klinik untuk aku." Jelas Doktor Luthfi. Cermin matanya yang terlondeh dia betulkan.

"Hmmm, nampaknya Umi dan Abah memang kau nak balik semulalah ni sampai dorang sanggup buat macam tu. Baguslah." Nabil tersenyum.

"Aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat macam ni, Angah."

"Apa maksud kau, Along." Soal Nabil.

Doktor Luthfi berdiri tegak di hadapan Nabil.

"Aku menghilangkan diri selama ni bukan unutk cari Najwa je, aku cari kebenaran." Kata Doktor Luthfi.

Pandangan matanya mula menjadi tajam dan ianya semakin tajam apabila dia menggunakan cermin matanya.

"Kau cari kebenaran apanya ni Along?" Degupan jantung Nabil menjadi semakin laju. Badannya menjadi sejuk apabila melihat wajah Alongnya yang dingin.

Jarang dia melihat Alongnya berkelakuan sebegini. Alongnya selama ini sering tersenyum namun kini orang yang berada di hadapannya ini seakan bukan diri Alongnya yang sebenar.

"Angah, aku tahu yang kau tahu hal ni kan?" Soal Doktor Luthfi dingin. Tiada sebarang senyuman dipaparkan.

Nabil membuat muka hairan.

"Apa yang aku tahu? Serius, sekarang ni aku langsung tak faham." Nabil membuat muka keliru namun di dalam hatinya dia sungguh tertekan saat ini.

Doktor Luthfi mengeluh kasar.

"Nabil tolonglah jadi jujur. Aku dah lama tahu yang aku ni bukan abang kandung kau." Kata Doktor Luthfi.

Nabil terpana.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now