'Takkanlah aku nak naik sama kereta ngan mamat ni?!'
Aku MENDONGAK memandang Hakimi yang berada di sebelahku.mukanya kelihatan merah seperti menahan marah.
Gulp.
Aku menelan liur.
"Kamu berdua baliklah dulu guna kereta bonda,nanti bonda suruh papa kamu jemput bonda."kata Puan Aminah lalu menghulurkan kunci kereta miliknya kepada Hakimi.
-----
Aku mengambil kunci kereta milik bondaku lalu berjalan keluar dari bilik itu.
Rimas.
'Haishhh!kenapalah bonda suruh aku bawa budak kecik ni sekali?!'bisik hatiku geram.
Aku berjalan menuju ke tempat parking kereta itu dengan langkah yang laju meninggalkan budak pendek tu.
-----
Aku berlari cuba mengejar Hakimi yang sudah berjalan jauh di hadapanku.
'Aduhhh,laju gila 'Zirafah gila'tu jalan.taulah...kaki tu panjang macam zirafah...bukan macam aku ni!'
Aku berjalan dengan laju agar dapat mengejar Hakimi namun langkahku serta-merta terhenti apabila Hakimi tiba-tiba sahaja berhenti.ya,kini tubuh Hakimi berdiri kaku dihadapanku.
-----
Langkahku terhenti apabila melihat Adriana sedang memandangku.tak.bukan aku.
Aku menoleh ke belakang dan Budak pendek tu ada kat belakang aku!
Aku menoleh semula untuk melihat Adriana namun hampa. gadis itu sudahpun hilang dari tempat itu.
'Adriana...'
Rasa marah mula muncul dalam hatiku.
Aku menggenggam penumbuk.cuba mengawal kemarahanku terhadap Najwa kerana dialah punca semua masalah ini berlaku.
Aku menekan butang kunci 'OPEN' kereta milik bondaku lalu masuk kedalam kereta itu.
'ADRIANA.'
Nama itulah yang berada di dalam kotak fikiranku sekarang ini.
Aku ingin menjelaskan perkara ini kepada NYA.
Aku memulakan pemanduanku dengan hati yang kusut sehinggakan terlupa akan Najwa yang telah aku tinggalkan di sekolah.
-----
Aku baru sahaja ingin membuka pintu kereta hitam milik Puan Aminah itu namun kereta itu sudahpun bergerak meninggalkan...
Aku.
Aku tergamam.
Otak ku masih lagi cuba mentafsir apa yang sedang berlaku.
Ya.Hakimi tinggalkan aku.
Aku memandang kereta itu bergerak meluncur pergi dari pagar sekolah.
'Sampai hati...'
Hampir saja air mataku menitis keluar namun sedaya-upaya ditahan dan automatik fikiranku terimbas kembali memori ketika abah sentiasa menunggu aku di luar pagar sekolah walaupun kini aku sudahpun menjejak ke alam sekolah menengah,abah masih lagi setia menunggu aku pulang dari sekolah.yelahhh,selalunya masa kita kat sekolah rendah je...ataupun masa kita kat sekolah tadika.
'Abah...Najwa rindu abah..kenapa abah tinggalkan Najwa?'
Aku mengimbas lagi memori ketika abah sedang menjemputku dari sekolah.aku tersenyum sendiri.ya.memori itu tidak pernah terpadam.kekal di dalam kotak ingatanku dan akhirnya...air mata yang sudahpun aku tahan sejak tadi jatuh keluar membasahi pipi ku.
Rindu.
Ya.rindu seorang anak akan
ayahnya.Aku mengelap pipi ku yang telahpun dibasahi oleh air mata tadi dengan menggunakan hujung lengan baju sekolahku.
Dan tiba-tiba satu suara menegurku dari belakang.
"Najwa..."
Aku menoleh.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...