7 hari.seminggu.ya,sudah seminggu aku tidak ke sekolah.
Kini,aku hanyalah anak yang tidak mempunyai ayah.Ibu?ibu sudahpun meninggal selepas aku dilahirkan.selama ini abahlah yang jaga aku.memberi kasih sayang.memberi makan minum.
Aku menangis sambil memegang sekeping gambar yang dihiasi wajah kedua ibu bapaku.ya,abah sudah meninggal dunia minggu lepas. Bagai tidak percaya...aku ketika itu masih mempunyai kasih sayang seorang ayah tetapi kenapa dengan sekelip mata ia musnah?!
[Flashback]
Aku pulang ke rumah dengan menunpang kereta Amni.selalunya abahlah yang jemput aku.tapi,entahlah kenapa harini abah lambat nak jemput aku...mungkin lupa kot...nasib baik Amni belum balik lagi,jadi aku dapat tumpang dia lagipun rumah aku dengan dia dekat je.
Tiba di perkarangan rumah.aku hairan.
'Kenapa ada ramai orang ni?'bisik hatiku apabila melihat ramai orang berada di rumahku.
Lalu,tanpa membuang masa akupun melangkah memasuki rumah namun langkahku terhenti apabila....Abahku yang telah dibalut kain 'khafan'dan dibaca 'yaasin' oleh orang-orang disekelilingku berada di depan mataku.
"Abah."panggilku dengan air mataku yang telah jatuh keluar mengalir ke pipiku.
Aku berjalan ke hadapan.mendekati abahku.
"Abah...abah..."panggilku lagi.
"Janganlah buat Najwa macam ni...Abah..."kataku sambil teringat akan kata-kata abahku pada pagi tadi...'jaga diri Najwa'
ayat itu bermain dalam fikiranku...kini barulah aku faham akan 'maksud' ayat itu.[End flashback]
lamunanku terhenti apabila seseorang mengetuk pintu.
Bunyi ketukan kedengaran dari luar pintu bilikku.Bukan,ia bukan bilikku tetapi bilik tetamu rumah Puan Aminah iaitu merupakan ibu kepada Hakimi dan merupakan pengerusi sekolahku.
Macam mana aku boleh ada kat sini?sebenarnya aku telah dibawa ke sini sebab aku tidak mempunyai saudara-mara kerana semua mereka menetap jauh.lagipun takda seorangpun yang sudi menjagaku.tapi mujurlah ada orang yang sudi menjagaku dengan ikhlas.aku sangat bersyukur.
Akupun segera membuka pintu dan muncul lah wajah Puan Aminah.
"Najwa,jom makan..."pelawa Puan Aminah lalu manarik tanganku menuruni anak tangga untuk ke ruang makan.
Tiba di sana,aku ternampak Hakimi dan Encik Wang sudah pun duduk di kerusi.Jantungku berdegup kencang apabila melihat pandangan Hakimi yang agak tajam ke arahku.dingin.
Aku duduk bersebelahan dengan Puan Aminah manakala Hakimi duduk dihadapan ku.
"Najwa,mulai harini...Najwa panggil bonda boleh?"tanya Puan Aminah kepadaku sambil mencedok nasi ke dalam pingganku.
Aku menundukkan kepalaku.tak tau nak jawab apa.takut.sedih. gembira.semuanya ada.takut,sebab 'Zirafah gila' tu macam marah je sebab Puan Aminah tanya soalan tu.sedih,sebab aku tak pernah ada ibu yang tolong cedokkan nasi dalam pinggan aku.selalunya aku sendiri yang cedok nasi untuk aku dan untuk....abah.gembira,sebab ada juga orang yang sudi suruh aku panggil dia bonda.sebab dari dulu aku nak sangat cuba panggil ibu,mak,umi,mummy,mama ataupun bonda yang penting panggilan tu merujuk bagi seorang anak kepada ibu,tapi semua tu takkan terjadi.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...