Bab 68

14.7K 843 354
                                    

Najwa terkedu. Terpeleng kepalanya ke kanan setelah menerima sebuah tamparan dari lelaki yang bernama Nabil itu. Baru sahaja lelaki itu mengaku dirinya merupakan abang kandung kepada dirinya sebentar tadi namun tidak sangka kini lelaki itu berani mengangkat tangan kepada dirinya.

Panas terasa pipinya. Mungkin sudah berbekas pipinya oleh tapak tangan Nabil pada ketika ini.

"CAKAP NAJWA! KENAPA KAU TOLAK ADRIANA?! KENAPA?!" Tengking Nabil lagi. Wajahnya kelihatan begitu menyeramkan. Malah kini Nabil seakan bukan dirinya ketika ini.

"Wehhh, Nabil... Kau dah melampau ni." Qayyum yang perasan akan Nabil yang tiba-tiba berubah itu menegur. Dia tidak sangka yang Nabil akan sanggup menampar adik kesayangannya itu.

Anis dan Amni hanya terkejut. Mereka berdua tidak terkata-kata selepas melihat kejadian Nabil menampar Najwa. Untuk mendekati Najwa juga mereka tidak berani kerana Nabil yang berada di hadapan Najwa.

Najwa hanya memandang sayu kepada Anis dan Amni.

Kemudian Najwa menoleh kebelakang di mana tempat Adriana jatuh tergolek beberapa buah anak tangga. Dia melihat Hakimi, Irfan dan Asyraf sedang membantu Adriana. Bersalahkah dirinya dalam hal ini?

Setitik demi setitik air mata Najwa sekian kalinya keluar dari mata Najwa.

"S-Saya langsung t-tak tolak dia... A-Adriana sendiri yang jatuhkan diri dia." Kata Najwa gagap. Dirinya sungguh takut akan Nabil yang berada dihadapannya ketika ini. Kedua belah tangannya menggigil teruk. Air matanya tidak berhenti dari turun menuruni pipi merahnya yang baru sahaja kena tampar.

"PENIPU! AKU SENDIRI TENGOK YANG KAU TOLAK ADRIANA TADI? APA MASALAH KAU, NAJWA?! APA YANG KAU TAK PUAS HATI DENGAN ADRIANA SEBENARNYA?!" Kini Fashila pula yang menengking Najwa.

"S-Sumpah! S-Saya tak tolak Adriana! Saya hanya nak tolong dia berdiri sahaja!" Najwa mengangkat tangannya dan menunjukkan tapak tangannya, menandakan dia sedang bersumpah.

"Diam Nur Najwa Binti Abdul 'Alim Yamin! Kau tak layak bersuara! kau tak layak bela diri kau sekarang ni! Kau langsung tak layak!" Hakimi pula bersuara sambil mendukung Adriana denagn kedua belah tangan sasanya. Wajahnya ganas sama seperti Nabil.

Najwa memusingkan badannya. Dia melihat Adrian yang berada di pangkuan suaminya, Hakimi. Kelihatan banyak darah yang berada di sekitar tubuh badan milik Adriana. Kulitnya yang putih mulus itu dicemari oleh darah-darah merah yang keluar kerana terdapat banyak luka yang berada di seluruh badan Adriana.

"Aaaaaaaauuuuu...." Adriana mengerang kesakitan. Melihat keadaan Adriana yang berada dalam kesakitan itu, Aiden segera mendekati bekas teman wanitanya itu.

"Bagi aku check dia." Aiden meminta kebenaran kepada Hakimi.

Hakimi terpaksa memberi kebenaran memandangkan Aiden pakar dalam hal ini kerana ayah Aiden yang merupakan doktor bedah berbeza dengan ayahnya yang merupakan ahli perniagaan.

Hakimi membaringkan Adriana di atas rumput. Dia juga telah membersihkan ranting-ranting kayu sebelum membaringkan Adriana.

Adriana masih lagi mengerang kesakitan. Segala tubuhnya kini terasa bagai disiat-siat dengan pisau namun dia puas hati kerana semua orang telah menyalahkan diri Najwa atas kesalahan menolak dirinya.

"Adriana, awak ada rasa sakit di bahagian badan awak?" Soal Aiden. Dia terpaksa memegang beberapa anggota badan Adriana untuk memeriksa sekiranya terdapat retak atau patah di tulang Adriana.

Adriana menggeleng. Dia hanya rasa sakit pada luka-luka yang terdapat di badannya. Namun wajah Adriana berubah menjadi pucat sama seperti Najwa. Mungkin ini kali pertama buat dirinya mendapat kecederaan.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now