Bab 60

13.1K 670 35
                                    

"Semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 diminta berkumpul di tapak bergumpul sekarang!" Laung beberapa pengawas.

Mendengar arahan tersebut, Najwa dan lain-lain segera berjalan ke persisiran pantai Chenang yang terletak berhampiran dengan tapak perkhemahan mereka kerana di sanalah tempat mereka berkumpul untuk diberi taklimat sebelum memulakan aktiviti yang akan dilakukan seterusnya.

Najwa yang berada di antara Amni dan Anis hanya mendiamkan diri. Dia kini telah menerima hakikat bahawa Nabil merupakan abang kandunya. Selepas habis aktiviti jungle trekking ini dia akan segera meminta bukti kepada Nabil. Itu rancangannya ketika ini. Lagi pula dia juga tidak menyangka bahawa apa yang diimpikan ketika mula-mula menyertai lawatan sambil belajar ini menjadi kenyataan bahawa dia sememangnya adik yang telah diperkatan oleh Nabil kemarin.

Qayyum dan Haziq yang berjalan di belakang mereka bertiga turut mendiamkan diri. Namun perjalanan mereka berlima dihentikan Aiden, sepupu Hakimi.

"Najwa!" Panggil Aiden dari arah belakang. Dia segera mendekati gadis kecil itu dan berdiri dekat dihadapannya.

Najwa mendongak.

"Ya?"

"Awak okey?" Soal Aiden risau. Keningnya bertaut, nampak benar riak kerisauan di wajah Aiden. Aiden membongkokkan badannya supaya ketinggian mereka berdua di paras yang sama. Dia ingin menatap wajah Najwa.

"Ermmm, hehehe saya okeylah, Aiden. Jangan risau. Saya dah boleh terima semua ni. Awak tak perlulah risau tentang saya." Najwa senyum. Bertuah  dirinya memiliki kawan-kawan yang begitu mengambil berat tentangnya.

"Hmmm, baguslah awak tak apa-apa."
Aiden menegakkan badannya semula. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar tracksuit hitamnya. Walaupun dia baru sahaja berjumpa dengan Najwa sekitar seminggu yang lepas, namun dia sangat mengambil berat tentang diri Najwa. Hal ini kerana dia dan Najwa telah menjadi kawan sejak kecil, tapi mungkin Najwa telah lupa akan dirinya yang sering datang ke rumah Najwa untuk bermain bersama suatu ketika dulu.

"Terima kasih, Aiden." Ucap Najwa.

Aiden pelik.

"Kenapa ucap terima kasih dekat saya?" Soal Aiden. Pandangan Amni dan Anis dihiraukannya. Kedua belah matanya hanya fokus memandang ke arah gadis kecil dihadapannya. Manakala pandangan maut yang diberikan Haziq dan Qayyum dari arah belakang juga diabaikan.

Najwa memintal hujung lengan baju dengan jari kecilnya.

Belum sempat Najwa mahu membalas, Asyraf datang dan menegur mereka.

"Korang buat apa tercegat kat sini? Jom berkumpul. Cikgu-cikgu nak buat taklimat untuk aktiviti jungle trekking ni. Tinggal kumpulan kita je lagi yang belum ada kat sana." Tegur Asyraf tegas. Sesungguhnya Asyraf begitu berdisiplin dalam menjalankan tugasnya sebagai penolong ketua pengawas sama seperti Hakimi yang merupakan ketua pengawas.

Mata Asyraf kini tertumpu kepada dua gadis yang berada di sebelah Najwa.

"Kamu berdua ahli kumpulan Hakimi kan?" Soal Asyraf.

Amni dan Anis segera menganggukkan kepala mereka. Tidak terkeluar kata-kata kerana mereka kini dikelilingi senior-senior yang sungguh kacak. Siapa je tak cair.
Wajah Aiden yang mempunyai kacukan berbangsa cina melayu sama seperti Hakimi membuatkan dia nampak sungguh kacak manakala wajah Asyraf juga mempunyai kacukan iaitu kacukan dari arab telah melahirkan satu wajah yang hampir sempurna.

Kedua-dua mereka berhidung mancung, mempunyai bentuk badan yang sangat ideal dan ketinggian yang melebihi 180cm namun mempunyai perbezaan dari segi warna kulit iaitu Aiden mempunyai kulit yang putih melepak manakala Asyraf berkulit sedikit gelap berbanding Aiden.

"Hakimi dan Adriana sedang mencari korang berdua. Jadi, saya nak kamu berdua pergi berjumpa mereka sekarang juga." Arah Asyraf kepada Amni dan Anis. Pesanan yng diberikan oleh Adriana kepadanya segera disampaikan kepada gadis berdua itu.

"Baiklah." Anis segera beredar dari situ sambil menarik lengan Amni.

Kini hanya kumpulan 7 yang terdiri daripada Najwa, Aiden, Qayyum, Haziq dan Asyraf berada di situ. Tidak
termasuk dengan Nabil.

"Jom! Nabil dan tunggu di tapak berhimpun. Tentang apa yang berlaku sebentar tadi memang telah mengejutkan ramai pelajar dan guru-guru, tapi saya nak kamu semua tumpukan perhatian terhadap aktiviti seterusnya. Terutama sekali awak, Najwa." Mata Asyraf dan Najwa saling bertentangan.

"Saya tahu perkara ni telah mengganggu awak, tapi saya harap awak lupakan dulu perkara ni sebentar. Lepas sahaja habis perkhemahan ini, awak dan Nabil pergilah berbincang baik-baik." Asyraf memberi nasihat kepada Najwa. Dia tahu Najwa akan terkesan akan hal ini, namun dia tidak mahu kerjasama kumpulannya hancur gara-gara kenyataan yang baru sahaja diberikan oleh Nabil sebentar tadi.

"Ya, Asyraf. Saya memang dah rancang nak selesaikan masalah ni dengan Nabil sendiri lepas habis perkhemahan ni. "Ujar Najwa. Dia menunjukkan wajahnya yang tenang.

"Hmmm, baguslah." Asyraf mula tersenyum dan menepuk kepala Najwa yang berlapik dengan tudung beberapa kali. Dia bangga akan Najwa yang berfikiran profesional.

"Tapi, Nabil baru je bagitahu saya tadi yang Najwa tak boleh ikut aktiviti jungle trekking." Kini aiden pula bersuara.

"Kenapa pula?" Haziq yang berada dibelakang Najwa mula terkejut.

"Nabil cakap yang dia risau akan kesihatan Najwa sebab badan Najwa tak boleh letih sangat. Kalau Najwa letih, dia boleh pengsan terus. Lagipun korang tahulah, jungle trekking ni aktiviti lasak, tak sesuai dengan Najwa." Jelas Aiden. Dia menyampaikan segala apa yang telah diberitahu oleh Nabil sewaktu berjumpa dengannya tadi.

Najwa terdiam.

Macam mana Nabil tahu akan keadaan kesihatan aku?

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now