Bab 26

22.9K 998 59
                                    

Kringgg!!!

Bunyi jam loceng yang kuat telah menyedarkan aku dari tidur.aku sedaya-upaya cuba membuka kelopak mataku. Pedih. Itu yang aku rasa sekarang ni. Baru sahaja aku ingin bangun untuk menutup jam loceng tersebut, terasa sesuatu yang 'hangat' sedang menjalar di sekeliling pinggangku.

Aku menggosok mataku agar penglihatanku lebih jelas dan barulah aku sedar bahawa aku berada di atas katil. Wait. Apa?! Katil?!

Terus sahaja mataku menjadi SEGAR.

Aku hairan.

Bukan aku tidur kat lantai ke semalam?

Ada bantal. Tapi itu pun aku cuba 'curi' dari Hakimi secara senyap-senyap pukul 2 pagi. Selimut? Aku guna baju aku yang bonda dah pindahkan dalam almari di dalam bilik Hakimi untuk tutup badan aku dari kesejukkan. Tilam? Jangan haraplah. Aku tidur hanya beralaskan baju-baju aku.

[Flashback]

Selesai sahaja aku membersihkan diri, aku keluar dari bilik mandi itu dengan baju tidur yang bergambar 'hello kitty' sudah tersarung pada tubuhku dan tudung hitam yang tersarung rapi di kepalaku.ya, aku masih tak sedia nak tunjuk aurat aku kat dia. Walaupun aku tahu dia dah jadi seorang suami aku yang sah dan selama aku tinggal kat sini, aku tak pernahpun buka tudung aku kecuali waktu aku dalam bilik seorang diri.

Aku berjalan keluar dari bilik mandi itu dengan langkah yang perlahan. Aku memandang kearah Hakimi yang sedang sibuk melayan i-phonenyaa di atas katil. Sejujurnya aku masih lagi malu dengan perbuatannya tadi dan masih lagi terasa hangat kucupan itu di dahi aku.

Kini,aku berdiri di sebelah katil itu.

'Aduhhh... Mana aku nak tidur malam ni?'bisik hatiku sambil memandang Hakimi dan tiba-tiba sahaja Hakimi memandang kearahku.

Baru sahaja aku ingin bertanya dia pantas memotong.

"Aku tak nak kau tidur kat sini."katanya.

Lancar sahaja ayat itu keluar dari mulutnya.

"Jangan tidur atas katil aku. Aku tak suka. Kau carilah mana-mana tempat yang kau nak tidur asalkan jangan kat atas katil aku."Katanya lagi tanpa memandang kearahku kerana kini dia sedang ralit melayan i-phonenya. Mungkin tengah chat dengan Adriana kot.

Aku mengeluh.

Lalu melangkah berjalan menuju ke pintu bilik Hakimi.

"Kau nak ke mana?"Soalnya dingin.

Aku berhenti.

"Dah awak tak bagi saya tidur kat sini... Saya pergi tidur kat dalam bilik sayalah."jawabku.

"Jangan haraplah kau nak tidur kat dalam bilik tu dan untuk pengetahuan kau, aku dah kunci bilik tu dan kunci tu ada kat aku sekarang ni."katanya.

Aku menoleh.

Kelihatan dia sedang menunjukkan kunci yang berada di tangannya.

"Awak ni ke--"aku ingin membalas namun kata-kataku dipotong lagi.

"Tidur dalam bilik ni. Jangan nak suka hati nak keluar dan jangan lupa tutup lampu. Aku nak tidur."Katanya sambil menarik selimut ke badannya lalu pusing membelakangi aku. Dengan perlahan-lahan aku melangkah menuju ke tempat suis lampu untuk menutup lampu.

Klik!

Bilik yang tadi cerah dengan cahaya lampu kini gelap namun aku masih lagu dapat melihat susuk tubuh Hakimi di atas katil dengan bantuan cahaya yang masuk menerusi celahan tingkap di dalam bilik itu.

Perlahan-lahan air mataku menitis keluar. Sampai hati awak, Hakimi. Aku menyeka air mataku dengan baju lenganku. Hingusku yang sedari tadi mengalir keluar dari hidungku,aku lap dengan lengan kiriku.

-----

Setelah lampu di tutup, aku terdengar esakan halus di dalam bilik itu.

Mesti budak pendek tu. Dasar budak cengeng.

Itupun nak nangis ke? Tidur jelah kat mana-mana... Dalam bilik dia ke... Eyh? Aku lupa pula... Aku dah kunci bilik dia tadi.

Nak tau kenapa aku kunci bilik dia? Jujur aku cakap... Sebenarnya aku nak dia tidur dalam bilik ni sebab tu aku kunci bilik tu sebab aku tau dia akan pergi bilik tu kalau aku tak suruh dia tidur atas katil aku.

Sekarang, bunyi esakan tu dah takda. Dah berhenti ke?

Aku cuba memusingkan badanku menghadap tempatnya berdiri tadi dan kelihatan dia sedang membuka almari pakaian.

Aku hairan.

Aku memerhatikan semua gerak-gerinya walaupun agak kelihatan samar-samar.

Dia mengambil beberapa baju lalu berjalan menuju ke sebelah katil milikku. Kini dia sedang membentangkan beberapa helai baju di atas lantai dan ya, baru aku teringat yang lantai bilik aku ni sejuk sebab lantai bilik aku guna kepingan tile dan bilik aku ada aircond.

Dan sekarang ni mesti dia masih tak dapat tidur. Sejuk kot kat bawah tu. Aku tak dapat tidur sebab dalam otak aku masih lagi fikir tentang dia.

20 minit

45 minit

1 jam

Aku masih lagi belum tidur dan tiba-tiba aku nampak dia bangun lalu berdiri. Aku nampak...












Dia naik atas katil aku.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now