Tiba sahaja di depan pagar di sebuah rumah banglo itu... Aku segera turun dari motorsikal berkuasa tinggi milik Asyraf.
"Kenapa kita kat sini? "Soalku kepada Asyraf.
Dia diam.
"A-awak... "
"Jom. "Asyraf menarik tanganku tiba-tiba...
Aku hanya mengikutinya.
Dia membuka pagar rumah banglo itu tanpa segan-silu. Aku hairan. Rumah dia ke ni?!
Aku terlopong apabila melihat hiasan dalaman rumah itu...ianya amat cantik.
"Awak masuk bilik tu dan tukar baju guna baju yang ada kat dalam almari dalam bilik tu. "Arah Asyraf tiba-tiba sambil menunjuk kearah pintu yang terletak di belakang ku.
Aku hairan.
Baju?Kenapa aku perlu tukar baju? Ada ke baju yang sama saiz dengan aku? Baju sape pulak tu? Takkanlah baju mak dia kan?
Aku menunduk memandang baju sekolahku. Baju sekolah? Dan baru aku teringat yang beg sekolah aku tertinggal dekat depan rumah... Adriana!
Semua barang-barang sekolah aku ada kat dalam beg tu termasuklah buku! Macam mana aku nak belajar nanti?!
Asyraf perasan akan perubahan wajahku yang kini kian berubah seperti hendak menangis.
"Sorry. "
"Awak cakap senanglah! Tapi saya yang susah! Saya mana ada duit nak beli buku! Kalau awak,petik jari pun terus dapat! "Aku menghembur segala amarahku kearahnya. Tanpa sedar, lenganku tiba-tiba sahaja dicengkam kuat oleh Asyraf dan aku ditarik keluar dari rumah itu ke garaj yang terdapat beberapa buah kereta yang agak berjenama dan sebuah kereta berwarna merah menjadi pilihan dan aku pun tak tau jenama apa kereta tu...biasalah,orang 'kuno'lah katakan...
Asyraf membuka pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu itu lalu menyuruhku masuk. Aku hanya akur. Aku melihat dia berlari menuju ke tempat duduk pemandu dengan necktie hitam yang sudah sedikit longgar di lehernya membuatkan dia terlihat agak comel di mataku.
Aku tergelak melihat telatahnya.
"Kenapa awak gelak? "Soalnya kearahku setelah masuk ke dalam perut kereta.
Aku terdiam.
Dia menghidupkan enjin kereta lalu tanpa membuang masa terus sahaja memecut keluar dari kawasan perumahan banglo itu.Namun, tiba-tiba sahaja sebuah kereta berwarna hitam menghalang laluan kami untuk keluar.
Kereta hitam? Macam kenal... Dan ya, tekaan ku tepat sekali. Itu kereta Hakimi! Aku tak dapat tengok orang yang berada di dalam kereta tu sebab cermin kereta tu gelap tapi aku pasti tu memang Hakimi dan tiba-tiba seseorang telah keluar dari kereta tersebut dan tanpa disedari tanganku pantas mencapai pembuka pintu kereta tersebut untuk dibuka dan tiba-tiba...
Klik!
Pintu dikunci!
Aku menoleh kearah Asyraf dan ya, dia yang kunci pintu tu.
Aku menoleh kearahnya.
"K-kenapa awak kunci pintu? "Soalku kepadanya.
Dia diam.
-----
Baru sahaja aku ingin memandu keluar dari kawasan rumahku, tiba-tiba sahaja sebuah kereta berwarna hitam menghalang laluan keretaku.
Aku mendengus kasar.
Aku tau kereta tu siapa punya. Dah semestinya tu kereta Hakimi dan aku menoleh ke arah Najwa yang kini sedikit terkejut dengan kehadiran kereta tu sekarang ni. Aku nampak yang dia nak keluar tapi aku lebih pantas terus menekan butang 'lock' pada sisi pintu keretaku.
Dia menoleh kearahku.
"K-kenapa awak kunci pintu? "Soalnya kepadaku.
Aku diam.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...