Wajah Najwa yang tadi kelihatan tersenyum kini bertukar menjadi keruh setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hakimi tadi.Harapannya yang ingin mengikuti lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi itu serta-merta musnah.Perasaan kecewa yang amat telah dirasai oleh Najwa ketika ini.
Najwa menundukkan kepalanya.Dia sebenarnya takut untuk melihat wajah Hakimi yang seakan ingin membaham orang.Kedua-dua tangan Najwa yang tadi ditadah untuk memerima borang kini jatuh. Air matanya yang ingin keluar sedaya-upaya ditahan oleh Najwa.Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Hakimi oleh kerana dia tidak boleh mengikuti lawatan tersebut.
Sesetengah pelajar yang perasan akan tindakan Hakimi yang tidak memberikan borang kebenaran itu kepada Najwa mula memandang pelik kearah mereka berdua.Ada juga yang berbisik-bisik antara satu sama lain. Anis dan Amni yang berada berdekatan dengan Najwa dan tahu akan hubungan diantara Hakimi dan Najwa hanya berdiri statik dan mendiamkan diri.Tidak berani untuk masuk campur.Mereka berdua amat mengasihani Najwa yang hidup sebatang kara dan 'terikat' dengan Hakimi.
Najwa berasa amat sedih kerana inilah satu-satunya cara untuk dia pergi bercuti walaupun ini hanya sekadar lawatan sambil belajar.Namun baginya lawatan ini kali pertama dia boleh bercuti kerana selama ini dia tidak pernah pergi bercuti bersama keluarga kerana ibunya yang telah meninggal setelah melahirkannya kerana kehilangan banyak darah dan hanya tinggal ayahnya yang sedang bekerja keras untuk menyara hidup mereka berdua iaitu ayahnya terpaksa bekerja untuk menyediakan tempat tinggal,makan-minum dan keperluan Najwa.Najwa berasa amat bersyukur kerana mempunyai ayah yang sungguh mengambil berat tentangnya dengan berusaha memenuhi keperluannya. Namun kini dia terpaksa hidup berdikari untuk meneruskan hidup dan dia tidak mahu bergantung sepenuhnya terhadap keluarga Hakimi yang mengambilnya sebagai menantu mereka.
Hakimi yang perasan akan pandangan pelajar lain tidak dipedulikan.Sekarang ini,yang dia tahu dia tidak mahu Najwa mengikuti lawatan tersebut. Sejujurnya dia tidak mahu Najwa mengikuti lawatan ini kerana kehadiran sepupunya yang mula bersekolah di sini iaitu Aiden.Hakimi dapat merasakan yang Aiden akan kembali merampas Najwa daripadanya seperi yang berlaku ketika dulu,apabila Adriana telah meninggalkannya hanya kerana jatuh cinta dengan sepupunya Aiden. Dia tidak mahu perkara itu berlaku lagi dan dia juga tahu dari pandangan Aiden terhadap Najwa yang jelas menampakkan yang Aiden amat menyukai isterinya,Najwa. Itu amat menyakitkan hati Hakimi. Oleh kerana itu,Hakimi tidak membenarkan Najwa mengikuti lawatan ini kerana bimbang akan hubungan isterinya dan sepupunya semakin menjadi akrab.
"Ingat kata-kata aku. Kalau aku dapat tahu kau ikut lawatan tu. Kau siap."Tegas suara Hakimi menuturkan ayat itu. Kini Hakimi telahpun membuka langkah dan beredar daripada terus berdiri berhadapan dengan Najwa. Tanpa memberikan borang kebenaran kepada Najwa,dia terus meninggalkan Najwa yang kini hanya berdiri dengan tangan kosong. Berbeza dengan pelajar lain yang mempunyai sekeping kertas iaitu borang kebenaran di tangan mereka.
Asyraf yang sejak tadi menonton adegan itu,mula mendekati Najwa dengan tangan yang digenggam kuat.Dia cuba menahan amarahnya daripada meletus kerana geram akan perbuatan Hakimi yang tidak membenarkan Najwa mengikuti lawatan itu.Dia menepuk bahu Najwa agar Najwa perasan akan kehadirannya dari arah belakang.
Najwa mendongakkan kepalanya lalu memusingkan badannya kearah suara yang menegurnya itu. Apabila mengetahui orang yang menegurnya itu,serta-merta senyuman manis milik Najwa mula menghiasi wajah comelnya. Dia cuba mengusap matanya dengan lengan baju kurung putih sekolahnya agar Asyraf tidak perasan akan matanya yang tadinya berkaca kerana menahan tangisnya daripada pecah.Asyraf yang sedang melihat Najwa yang cuba menyapu matanya yang sedikit berair itu dengan lengan baju kurung sekolahnya hanya tersenyum. Amarahnya yang tadi hampir menguasai dirinya kini semakin reda apabila melihat kecomelan Najwa kerana tubuh badannya yang kecil dan ketinggiannya yang tidaklah setinggi pelajar biasa membuatkan dia seperti pelajar sekolah rendah yang sedang menangis akibat dimarahi oleh ibunya.
"Awak tak apa-apa?"soal Asyraf.Sengaja ditanya soalan itu kepada Najwa untuk memulakan perbicaraan.
"Ya.Saya okey."Najwa menganggukkan kepalanya.Dia masih lagi kekal dengan senyuman yang terukir cantik di wajahnya. Namun,hakikatnya hati Najwa masih lagi kecewa dan sedih akan perbuatan Hakimi tadi.
Asyraf memandang Najwa dengan pandangan yang agak sayu.Melihat sahaja wajah gadis yang dia cintai sedang berdiri di hadapan Asyraf ketika ini telah membuatkan dia berasa kasihan akan gadis itu. Dia juga turut terluka apabila melihat gadis yang dia suka dalam keadaan sedih. Sungguh dalam hatinya dia ingin membantu Najwa.
Tangan kanan Asyraf menggenggam kuat kertas-kertas yang sedang dia bawa ketika ini. Ya,itu merupakan borang kebenaran.Asyraf juga turut mengedarkan borang kebenaran tersebut kepada pelajar lain yang akan mengikuti lawatan tersebut.
"Awak belum dapat borang kebenaran ni kan?"Lagi sekali Asyraf sengaja menyoal soalan itu kepada Najwa.Walaupun dia tahu yang Hakimi tak bagi Najwa borang kebenaran tu langsung.
Najwa mengangguk lagi. Memang betul dia tak dapat. Perlahan-lahan Asyraf mengambil sehelai kertas iaitu borang kebenaran yang berada di tangan kanannya untuk diberikan kepada Najwa.
Setelah melihat kertas yang dihulurkan oleh Asyraf.Jelas wajah Najwa yang tadinya sudah tersenyum menjadi lebih ceria dengan senyuman yang semakin melebar.Najwa amat berasa bersyukur dan dia berasa gembira kerana dia dapat juga mengikuti lawatan sambil belajar tersebut.
"Terima kasih,Asyraf."ujar Najwa sambil tangannya mengambil kertas yang dihulur oleh Asyraf. Asyraf juga sungguh gembira kerana dapat melihat lagi wajah ceria Najwa.
"Sama-sama.By the way, awak perlu ikut tau. Rugilah nanti kalau tak ikut kan? Lagipun lawatan sambil belajar ni,semua ditanggung oleh pihak sekolah. "Kata Asyraf. Ya,dia nak Najwa ikut lawatan ni dan abaikan apa yang Hakimi dah cakap kat dia tadi. Asyraf amat kesiankan Najwa. Dia tahu yang Najwa dari golongan yang sederhana dan bukan seperti pelajar-pelajar di sekolah ini yang hanya merupakan untuk anak-anak daripada golongan keluarga yang berpangkat tinggi dan mahir dalam bidang akademik seperti Asyraf. Tapi walaupun Najwa hanyalah pelajar biasa,dia telah diterima ke sekolah elite ini kerana keputusan peperiksaannya yang sangat bagus menyebabkan dia telah diterima masuk ke sekolah elite itu dengan mudah. Malah,yuran sekolah Najwa juga amat berbeza berbanding pelajar yang lain iaitu di mana yurannya lebih murah dan ditanggung oleh Puan Aminah iaitu ibu kepada Hakimi.
"Insyaallah... Saya akan ikut. " kata Najwa sambil kepalanya tidak lepas dari terus mendongak keatas. Ketinggian mereka berdua yang sangat berbeza itu membuatkan ianya agak lucu kerana Najwa terpaksa mendongak manakala Asyraf terpaksa menundukkan kepalanya sedikit untuk memandang antara satu sama lain.
Ketika itu,mereka berdua bagaikan sepasang kekasih yang amat sepadan dan sungguh kelihatan comel pada pandangan orang lain iaitu dengan kata lain, pada pandangan pelajar-pelajar yang sedang melihat gelagat mereka berdua. Sehinggakan ada sepasang mata yang sedang melihat kearah Najwa dan Asyraf tanpa sedar dan orang itu tersenyum sinis sambil hatinya sedang menahan marah yang telah hampir menguasai dirinya. Dia dengan rasa tidak tahannya terus keluar dari dewan itu dan meninggalkan orang yang sedang sibuk bercakap dengannya. Kakinya kini laju berjalan keluar dewan dan kini destinasinya hanya satu iaitu pejabat bondanya.
"Hakimi!Where are you going?! Jangan tinggalkan I kat sini! "Panggilan daripada Adriana tidak dipedulikan lagi oleh Hakimi.
Setelah mengedarkan borang kebenaran itu kepada semua pelajar kecuali Najwa,Hakimi yang tadinya telah meninggalkan Najwa telah kembali kearah Adriana iaitu kekasih hatinya. Dia duduk bersama Adriana namun matanya tidak lepas daripada memandang isterinya yang sedang bersama dengan Asyraf ketika itu dan membuatkan hatinya sungguh sakit apabila melihat isterinya bersama lelaki lain yang sedang memujuknya.
Hal ini telah membuatkan Hakimi berfikir Najwa tidak sepatutnya ikut lawatan sambil belajar itu kerana adanya Asyraf dan Aiden yang akan sentiasa mengganggu isterinya dan mungkin akan merampas Najwa daripadanya. Ini tidak mungkin berlaku.Hakimi dengan segera bertindak dengan menuju ke pejabat bondanya iaitu Puan Aminah dan berjumpa dengan bondanya untuk menyenarai hitamkan nama Najwa daripada mengikuti lawatan sambil belajar itu. Hakimi merupakan suami kepada Najwa,jadi dia ada hak dalam hal ini. Dia takkan sesekali benarkan Najwa ikut.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...