Bab 37

21K 1.3K 113
                                    

Author tengok jumlah vote dalam cerita ni makin merosot... Cedih author 😭😭korang janganlah jadi silent reader... 😭😭Kalau boleh votelah😢😢kasi author semangat untuk update.😋

------

Kring!!!

Bunyi loceng yang kedenganran itu telah menandakan tamatlah sudah sesi persekolahan pada hari ini.

"Baiklah semua pelajar! Kamu jangan lupa bawa semua peralatan perkhemahan yang telah diberitahu tadi pada hari lawatan ke Pulau Langkawi itu nanti!" lantang suara Cikgu Nor Baini apabila cuba mengingatkan semua pelajar kelas itu agar ingat membawa semua peralatan perkhemahan yang akan diadakan ketika lawatan itu.

Semua pelajar dalam kelas itu hanya mengangguk. Faham akan peringatan yang diberikan oleh Cikgu Nor Baini sebentar tadi.

Namun, hari ini adalah hari yang amat mengecewakan bagi diri Najwa.Setelah tamatnya perjumpaan untuk pelajar yang akan mengikuti lawatan ke Pulau Langkawi itu, dengan secara automatiknya semua mereka tidak berhenti bercakap tentang lawatan itu. Kebanyakkannya mereka bercakap tentang perkhemahan yang akan juga turut dijalankan selain melawat tempat-tempat yang terdapat di sana nanti. Najwa yang tahu dirinya tidak dibenarkan ikut lawatan itu hanya mengeluh. Ya, walaupun Asyraf telah memberikan dia borang itu, tidak bermakna juga kerana Hakimi yang berkeras menghalang dia pergi. Lagipun Najwa takut akan dimarah oleh Hakimi nanti kalau dia masih mahu mengikuti lawatan itu.

Lamunan Najwa dengan serta-merta terhenti apabila dia ditegur oleh salah seorang rakan karibnya, Anis Iryani.

"Woi,Najwa kau dah siap kemas? Cepat sikit wei, harini bapak aku yang ambil aku balik sekolah."kata Anis dengan tergesa-gesa.

"Driver kau mana? Bukan dia yang sepatutnya ambil kau balik sekolah ke? Dan kenapa dengan bapak kau, sampai kau nak cepat-cepat ni?" Soal Najwa bertubi-tubi apabila perasan akan sikap Anis yang ingin cepat ini dan Najwa juga tahu yang Anis ni anak orang berada dan semestinya dia mempunyai driver sendiri.

"Ishhh! Kau ni! Banyak soal pulak! Ok,dengar sini...driver aku ambil cuti seminggu sebab ada hal keluarga dan sebabtu bapak aku kena ambil aku dari sekolah dan aku terpaksa cepat ni sebab bapak aku ada meeting penting harini. Faham?!" Jawab Anis yang seperti mahu meletup sahaja ketika ini.

"Kalau macam tu, kau pergilah balik dulu. Macam kau tak pernah tinggalkan aku sorang kat dalam kelas ni." sindir Najwa. Sengaja mahu menyakitkan hati rakan karibnya itu.

"Eeeiii! Sempat lagi eyh kau sindir aku! Tak nak kawan!" Setelah itu, Anis pun terus berlari dengan lajunya keluar dari kelas sambil mengangkat kain baju kurung sekolahnya itu tinggi sedikit agar memudahkan dia untuk berlari. Najwa hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Terasa lucu akan gelagat Anis yang tergesa-gesa itu. Biasalah, Anis merupakam atlet acara larian dan itu adalah perkara biasa sekiranya dia dapat berlari dengan laju walaupun dengan menggunakan baju kurung.

Amni yang tadi dipanggil oleh Cikgu Nor Baini agar mengikutnya ke bilik guru sudahpun lama meninggalkannya. Jadi sekarang tinggal dia sorang dalam kelas ini.

Najwa mengemas semua peralatan menulisnya lalu dimasukkan ke dalam bekas pensel. Dia merenung semua peralatan sekolahnya itu dan dirinya yang menggunakan baju kurung sekolah yang baru,kasut hitam yang bersih tersarung di kedua kakinya sehinggalah kearah beg baru yang digunakan olehnya itu. Dia tersenyum sendiri. Najwa berasa amat bersyukur dan sejujurnya dia berasa amat berterima kasih terhadap suaminya, Hakimi kerana telah sanggup membelikannya barang sekolah yang baharu.

Maklumlah dirinya yang miskin itu tidak mampu untuk membeli barang sekolah yang baharu pada setiap tahun seperti pelajar sekolah ini. Malah beg lusuh yang telah dicampak oleh Hakimi ke dalam tong sampah itu sudahpun dia guna selama 3 tahun. Najwa faham akan ayahnya yang telah bersusah-payah menjaganya dan sanggup menanggung segala makan minumnya.

Lagipun Najwa lebih sanggup dihina oleh pelajar lain kerana dia tidak mahu membebankan ayahnya lagi dengan membeli peralatan sekolah yang baharu. Najwa langsung tidak kisah akan dirinya yang sering dihina oleh pelajar lain kerana memakai baju kurung yang sudah bertukar warna sehingga tampak kekuningan berbanding daripada baju kurung sekolah pelajar lain yang kelihatan putih.

'Huh...' Najwa mengeluh.

"Ayah, Najwa rindu ayah."gumamnya perlahan. Kini Najwa menangis seorang diri. Dia sedaya-upaya menahan tangisnya daripada pecah. Takut pelajar lain sedar akan dirinya yang sedang menangis keseorangan di dalam kelas itu. Ya, tinggal dia seorang sahaja berada di dalam kelas 3A itu. Semua pelajar sudahpun pulang tadi.

Sedang Najwa bersendirian di dalam kelas itu, ada sepasang mata yang amat fokus memerhatikannya. Orang itu telah memerhatikan Najwa sejak mula lagi. Dia hanya berdiri statik di luar pintu kelas 3A itu. Niatnya yang mahu memanggil Najwa untuk balik bersama dengannya serta-merta terbantut apabila tiba-tiba sahaja hatinya ingin memerhati isterinya itu. Ya, orang itu ialah Hakimi.

Hakimi masih lagi berdiri statik di tempat itu. Dia tidak lepas daripada melihat susuk tubuh kecil isterinya itu yang menghadap membelakanginya. Sekarang ini Hakimi berada di bahagian pintu kelas yang terletak di bahagian belakang. Dia sebenarnya juga agak terkejut akan Najwa yang tiba-tiba sahaja menangis itu. Sejujunya,mahu sahaja dia memeluk belakang isterinya itu untuk memberi kekuatan kepada Najwa yang sedang merindui seseorang itu dan sebenarnya dia sudahpun kenal semua latar belakang isterinya itu.

Bagaimana Hakimi tahu? Semestinya dia telah menyiasat sendiri tentang semua hal peribadi Najwa dan perkara itu telah dilakukan olehnya apabila bonda mengambil Najwa sebagai anak angkat dan membawanya tinggal bersama dengam kami iaitu sebelum kami dikahwinkan lagi, Hakimi telah menyiasat semua perkara peribadi Najwa. Sehinggakan dia sanggup menyelinap masuk ke dalam pejabat bondanya untuk mencari fail profil diri pelajar sekolah ini dan Hakimi juga ada menggunakan laptop bondanya untuk mencari data peribadi diri isterinya.

Najwa yang sudah berhenti daripada menangis itu dengan pantas dia cuba beredar dari kelas itu untuk pergi ke kawasan tempat letak kereta pelajar kerana tadi Hakimi ada memberitahunya agar menunggu dia di kawasan itu untuk balik bersama dan Hakimi juga tidak lupa menyatakan bahawa bondanya yang memberi arahan agar mereka berdua pulang kerumah dengan menggunakan kereta milik Hakimi dan bukan pulang bersama bonda seperti selalu.

Baru sahaja Najwa ingin melangkah keluar dari kelas itu dengan menggunakan pintu bahagian belakang, serta-merta langkah Najwa terhenti apabila melihat susuk tubuh suaminya yang berdiri di situ. Matanya bertentangan dengan mata suaminya yang redup itu. Namun, oleh kerana mata Najwa yang kelihatan merah akibat daripada menangis tadi membuatkan dia terpaksa menunduk daripada terus bertentangan dengan suaminya, Hakimi.

"H-Hakimi... M-Maaf sebab lambat. Saya ada barang tertinggal tadi, 
s-sebabtu saya terpaksa patah balik ke kelas tadi untuk ambil barang yang tinggal tu." Tergagap-gagap Najwa bercakap dihadapan suaminya, Hakimi.

'Kau tipu, Najwa!' Bisik hati Hakimi.Hakimi sememangnya tahu kerana sejak loceng berbunyi tadi dia sudah berada di belakang pintu kelas isterinya. Ya, tadi dia telah meminta kebenaran daripada Cikgu Sariffudin yang pada ketika itu sedang mengajar kelasnya untuk keluar kelas lebih awal. Hanya kerana dia mahu menjemput Najwa balik bersama dengannya dan pada masa yang sama juga, Hakimi bimbang sekiranya Asyraf atau sepupunya,Aiden akan bawa isterinya pergi lagi.

Najwa berasa takut ketika ini sehinggakan dia terpaksa menipu Hakimi dan Najwa semestinya tahu tujuan Hakimi yang datang kemari mencari dirinya iaitu untuk memarahi dirinya kerana lambat.

"Siapa ajar kau menipu ni?"

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now