Bab ni panjang,😊😊author rasa rajin sangat nak update sebab ada watak baru ni..😂😂btw,jangan lupa vote dan komen sangat di alu-alukan.😄😄
----------
Nabil sedang memandu kereta BMW itu dengan perlahan kerana hujan diluar yang turun sejak tadi membuatkan dia terpaksa untuk memperlahankan kelajuan keretanya. Takut juga dia akan terlibat kemalangan sekiranya dia memandu dengan laju pada waktu hujan begini. Yelah, jalan raya sekarang ni licin.
Nabil menilik jam tangannya. Pukul 7:10 pagi. Nabil baru sahaja bertolak dari rumah banglo kepunyaan ibu bapanya.Dia kemudian mengeluh.
Dia dalam perjalanan untuk ke sekolah sebenarnya kerana dia juga turut terlibat dalam mengikuti lawatan dan perkhemahan di Pulau Langkawi itu. Tetapi,ada sesuatu perkara yang sering dia fikirkan. Mengenai gadis yang telah lama dia perhatikan dari jauh tanpa pengetahuan gadis itu sendiri.Mungkin gadis itu tidak berapa kenal akan dirinya. Tetapi sejak kemunculan gadis itu di sekolahnya telah membuatkan dia mahu mengetahui lebih terperinci akan diri gadis itu. Gadis yang membuatkan dia berfikir adakah dia orang yang dicarinya selama ini? Seseorang yang telah sekian lamanya dia cari? Iaitu adik perempuannya yang telah terpisah dengannya selama 15 tahun?
Sejak gadis itu masuk di tingkatan 1 lagi membuatkan Nabil selalu cuba mendekatinya kerana dia pasti gadis yang bernama Najwa itulah satu-satunya ahli keluarganya yang sebenar. Ya, Nabil amat pasti yang Najwa tu adik kandungnya yang telah diambil oleh sebuah keluarga kecil pada suatu ketika dahulu.Di mana pada waktu itu,kehidupan keluarganya miskin ketika itu. Membuatkan adik perempuannya yang berumur setahun itu terpaksa diberi kepada sepasang suami-isteri yang tidak mempunyai zuriat itu agar menjaganya.Ini kerana untuk mengurangkan beban mereka pada waktu itu yang hidup terbiar bagaikan pengemis.
Selepas beberapa tahun kemudian... Hidup keluarga Dato' Umar Mustakim yang dahulunya hidup merempat di tepi jalan kini berubah senang setelah kedua ibu dan ayah Nabil telah bekerja keras selama beberapa tahun mengendalikan perniagaan mereka yang pada mulanya hanyalah bermodalkan RM 100 sehinggalah Dato' Umar dan juga isterinya, Datin Zahidah telah membina syarikat sendiri yang kininya telah membuka beberapa cawangan di Malaysia. Kini Umar Mustakim telahpun diberi pangkat Dato kerana pencapaiannya yang sangat membanggakan itu.
Setelah Dato' Umar dan isterinya, Datin Zahidah hidup senang, kini tujuan mereka adalah mencari semula anak perempuan mereka yang mereka telah berikan kepada sepasang suami-isteri suatu ketika dahulu di mana rakan karib Dato' Umar iaitu Abdul 'Alim Yamin dan isterinya telahpun menjaga satu-satunya anak perempuan yang mereka ada.
Beberapa tahun dahulu, anak perempuan Dato' Umar dan Datin Zahidah yang telah diberi nama Najwa Amira yang baru sahaja berusia setahun telahpun diserahkan kepada Abdul 'Alim Yamin dan isterinya kerana kesukaran hidup keluarga Umar pada ketika itu. Namun, sebelum itu Abdul 'Alim dan isterinya, Siti Mariam telahpun memberi syarat di mana nama anak perempuan Dato' Umar perlu berbintikan nama Abdul A'lim Yamin memandangkan nama Najwa Amira belum lagi didaftarkan. Oleh kerana hidup keluarga Dato' Umar pada masa itu sangatlah terdesak maka Dato' Umar terpaksa merelakannya sahaja. Walau bagaimanapun, Dato' Umar dan isterinya memang sengaja meletakkan nama anak perempuan dan lelakinya hampir sama iaitu Najwa Amira dan Nabil Aqil agar senang mereka mencari semula anak perempuan mereka nanti.
Walaupun hakikatnya agak sukar untuk melepaskan anak perempuan kesayangannya itu tetapi Dato' Umar dan Datin Zahidah tidak sanggup membiarkan anak perempuan mereka turut hidup sengsara ketika itu. Apa yang mereka fikir adalah biarlah Dato' Umar dan isterinya, Datin Zahidah menempuh dugaan hidup mereka itu bersama anak lelaki mereka, Muhammad Nabil Aqil. Setelah Abdul 'Alim dan isterinya membawa anak perempuan Dato' Umar dan Datin Zahidah,sejak itu sepadang suami isteri itu tidak pernah lagi berjumpa dengan anak perempuan mereka sehinggalah kini.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...