Bab 49

23.2K 1.2K 352
                                    

Kepada sesiapa yang belum saya masukkan dalam group whatsapp. Tolong bagitau saya eyhh,, mungkin ada beberapa orang yang saya lupa nak masukkan😫😫

No.phone saya; 01120605647

-----

"Lain kali, jangan buat aku macam ni lagi."

Najwa tersentak seketika.

Tubuh Najwa dipeluk erat oleh Hakimi dari belakang.

"Kau buat aku risau, tahu tak? Kan aku dah cakap dari awal lagi yang kau tak sepatutnya ikut. Tengok apa dah jadi." Kata Hakimi sambil pelukkan semakin dieratkan. Mukanya disembamkan di atas kepala Najwa.

"H-Hakimi..." Sungguh Najwa terkejut akan kelakuan Hakimi ketika ini. Dia memegang lengan Hakimi. Sejuk. Kenapa tiba-tiba Hakimi berubah sebegini rupa?

Hakimi mengubah kedudukannya. Dia memegang bahu kecil Najwa lalu memusingkannya menghala kearahnya. Jantungnya kini tidak usah cakap, seakan baru berlari 100m. Dia sendiri juga tidak tahu kenapa dia membuat hal seperti ini.

'Kenapa dengan aku ni?

Hakimi menatap wajah ayu Najwa. Kedua belah tangan milik Hakimi masih terletak kemas di atas bahu kecil Najwa. Namun perlahan-lahan tangan kanannya naik menuju ke atas kepala Najwa. Diusapnya lembut.

Najwa hanya membiarkan segala perbuatan Hakimi ke atas dirinya. Terasa lembut tangan besar Hakimi itu dirasakan di atas kepalanya.

"Aku sayang kau."

Terdongak terus kepala Najwa memandang kearah wajah Hakimi. Seakan tidak percaya akan apa yang diluah oleh Hakimi sebentar tadi. Betul ke dia sayangkan aku? Atau aku salah dengar tadi?

"Awak sayang saya?" Soal Najwa semula. Anak matanya terarah tepat ke mata redup Hakimi.

Hakimi mengangguk. Mengiakan kata-katanya tadi. Tangan kanannya kini sudah mula menjalar
cuba membuka tudung yang tersarung di kepala isterinya. Tidak salahkan jika dia melihat aurat isterinya sendiri?

"Aku sayangkan kau sangat sebab kau isteri aku. HAK MILIK AKU. Jadi Najwa sayang, tolong jauhkan diri kau dari lelaki lain. Jangan sesekali dekat dengan mereka. AKU TAK SUKA. FAHAM TAK?" Tegas suara Hakimi berbicara namun terselit juga kelembutan di dalam nada itu. Hakimi terpana seketika apabila melihat rambut hitam panjang Najwa yang terlerai dari ikatannya itu. Cantik sungguh isterinya itu apabila tidak menggunakan sebarang penutup seperti tudung yang sering kali digunanya.

"S-saya tak layak untuk awak Hakimi. Awak pergilah dengan Adriana tu. Dia lebih layak sebab dia cintakan awak. Saya ni hanya tahu membebankan diri awak je. " Kata Najwa. Namun di dalam hatinya sungguh dia tak mampu untuk mengatakan apa yang dikatakan tadi. Bukan itu yang dia mahu sebenarnya, tapi apakan daya, dia tak nak jadi penghalang bagi kedua-dua pasangan itu dari meneruskan kisah cinta mereka.

"Siapa cakap kau tak layak? Kenapa? Kau memang tak nak hidup dengan aku ke? Tak nak hidup jadi isteri aku lagi dah? Nak sangat hidup dengan Aiden?! Asyraf? Nabil?!" Wajah Hakimi berubah menjadi masam. Kecewa akan jawapan yang diberikan oleh isterinya.

"T-tak. Bukan tu maksud saya. Saya sangat sayangkan awak sebab tu saya t-..." Belum sempat Najwa menghabiskan kata-katanya, dia dipotong.

"Kau sayang aku?" Soal Hakimi.

Terus mata Najwa membulat. Mulutnya ditekup oleh kedua-dua belah tapak tangannya. Punyalah malu! Sudahlah dia rambutnya terdedah di depan Hakimi, tersalah cakap lagi!

'Aduhhh, apahal aku cakap macam tu tadi? Kan dah kantoi!'

"Cakaplah, betul ke kau sayangkan aku?" Soal Hakimi lagi.

Najwa menjadi serba-salah. Cakap ke tidak? Nak aku jujur ke? Lagipun tak salahkan kalau aku cakap aku sayang dia? Lagipun kalau aku cakap aku cintakan dia pon apa salahnya, diakan suami aku. Tapi... Bukannya dia akan balas pon perasaan aku ni.

Najwa mengeluh.

Sejujurnya Najwa pelik akan dirinya. Sejak bila dia mula suka dan jatuh cinta dengan Hakimi?

Tiba-tiba terasa kepalanya ditarik kehadapan sehinggalah mencium dada bidang Hakimi yang masih lagi berlapik dengan baju T-shirt jenama Polonya. Kepala Najwa yang terdedah itu dipeluk kemas oleh Hakimi lalu perlahan-lahan dikucupnya rambut isterinya yang harum bak bunga itu.

Sungguh dia mula sayang dan cinta akan isterinya itu. Sejak bila? Dia pun tidak tahu. Yang penting di hatinya mula terukir nama Najwa iaitu satu-satunya isteri yang dinikahinya tanpa rela pada mulanya dahulu.

Lama bibir hangat itu singgah di atas kepala Najwa. Najwa berasa sungguh kekok ketika ini kerana keadaan mereka yang berada di dalam khemah tertutup sambil melutut ini.

"S-saya sayangkan awak sepenuh hati saya, Hakimi." Jawab Najwa perlahan dan wajahnya masih lagi melekap di dada bidang Hakimi. Hangat sungguh tubuh suaminya ini. Selesa itu yang dirasakan olehnya.

"Terima kasih sebab sayangkan aku. Tapi,,," Tubuh Najwa ditolak perlahan. Cuba meleraikan pelukkan mereka tadi. Tangan Hakimi diletak di kedua bahu kecil Najwa. Kecil sangat isterinya ini. Dia menunduk sedikit untuk melihat wajah isterinya itu memandangkan mereka sedang melutut ketika ini.

Najwa masih menunggu kata-kata Hakimi yang seterusnya. Perkataan 'Tapi' itu telah membuatkan jantungnya mula berdebar-debar. Seakan tahu bahawa perasaan sayangnya terhadap Hakimi akan ditolak olehnya.

"Tapi aku pun sayangkan Adriana." Laju ayat itu keluar dari mulut Hakimi. Dan ayat itu jugalah yang kini telah meretakkan seluruh jiwa dan hati Najwa.

Najwa terkedu sebentar lalu mula menunjukkan senyuman palsunya. Air matanya yang terasa ingin keluar sedaya-upaya ditahan agar tidak keluar.

'No Najwa! kau tak boleh nangis! Jangan jadi budak-budak Najwa!'

"Hahaha, mestilah awak sayangkan Adriana. Dah dia tu gadis yang awak cinta. Saya je yang perasan lebih kat awak dan fikir bukan-bukan." Najwa muka mencipta alasan untuk menutup kesedihan dan kekecewaannya terhadap kata-kata Hakimi tadi.

"Jadi lepasni bolehlah awak lepaskan saya." Tak semena-mena kata-kata itu meluncur keluar dari
Najwa dan membuatkan Hakimi berubah menjadi serius.

"What? Lepaskan kau? Kau tengah bergurau ke ni? Siapa yang suruh?! Aiden?! Asyraf?!" Suara hakimi berubah meninggi. Sakit hatinya apabila mendengar Najwa bercakap untuk melepaskan dirinya.

"Dah awak ada Adriana, buat apa awak nak simpan saya lagi?! Awak tak sayangkan saya! Awak tak cintakan saya! Awak t-..." Kata-kata Najwa dipotong.

Kedua-dua belah tangan Hakimi menekup kemas kepala isterinya.

"I LOVE YOU!"

"I LOVE YOU SO MUCH!"

Najwa terus diam. Terkejut akan luahan Hakimi itu.

"Puas?"

"A-awak tipu. Saya tak percaya."

"Buat apa aku nak tipu kau? Kau nak bukti? Sini."

Cup!

Terus dahi Najwa dikucup lembut oleh Hakimi. Lama mereka dalam keadaan begitu.
Kemudian, kucupan itu mula turun ke hidung Najwa, lalu kedua belah pipinya, bermula dari kanan lalu pipi kiri.

Muka Najwa terasa membahang.

"Apa yang awak cuba buat ni?!"

-----

Jangan lupa vote!😆😆

Comment anda sangat dialu-alukan😁

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now