Bab 75

19.3K 976 665
                                    

Malam sudah menjelma, Asyraf dan yang lain-lain telah kembali ke tapak perkhemahan mereka. Mereka mesti balik malam ini untuk mengemas barang-barang mereka kerana mereka terpaksa pulang esok bersama pelajar lain. Mereka semua menaiki kereta Puan Aminah manakala Hakimi tinggal di hospital untuk menemani Adriana. Eira dan Fashila pula disuruh pulang ke tapak perkhemahan.

Kes antara Najwa dan Adriana kini sudah selesai di mana, Adriana dan kawan-kawannya akan digantung sekolah selama 2 minggu. Hukuman itu dikurangkan kerana mereka akan menduduki SPM tahun ini dan Adriana hanya menerima hukuman itu dengan hati yang terbuka walaupun telah dibantah oleh Hakimi dengan sekeras-kerasnya. Namun, Puan Aminah telah menyetujuinya agar Adriana dihukum gantung sekolah.

Datin Zahidah dan suaminya berada di dalam pejabat Doktor Luthfi.

"Sampai bila kamu nak lari dari kami, Along." Soal Datin Zahidah kepada anak sulungnya.

"Tunggu tiba masanya, Umi." Balas Doktor Luthfi

"Kamu nak tunggu apa lagi Along?! Najwa kita dah jumpa dan sekarang kamu pula nak lari dari Umi?"

Doktor Luthfi menyatukan jari-jemarinya. Dia sedang duduk di atas kerusi sambil meletakkan tangannya di atas meja manakala Umi dan Abahnya sedang duduk bertentangan dengannya. Humairah pula berdiri di sisi meja dan Nabil setia berdiri di belakang Abahnya.

Mereka terpaksa meninggalkan Najwa keseorangan ketika ini untuk menyelesaikan masalah yang satu ini.

"Along, bukan apa... Along cuma belum bersedia. Along tak nak uruskan perniagaan Abahlah. Along tak minat." Jujur Doktor Luthfi.

Dato' Umar Mustakim mengurut dahinya. Sakit kepalanya apbila memikirkan hal ini. Nasiblah yang dia rajin bersenam, jadi jantungnya sentiasa dalam keadaan yang stabil. Kalau tidak, habislah dirinya sudah terkena serangan jantung kerana terlalu banyak memikirkan tentang anak sulungnya yang satu itu.

"Along, Abah dah buat keputusan." Dato' Umar bersuara.

"Perniagaan Abah buat masa ni biarlah Umi dan Abah sendiri yang uruskan ketika ini sebab kami berdua masih mampu lagi. Tapi lepas beberapa tahun ni, apabila Nabil dan Najwa dah habis belajar dalam bidang yang Abah dah tentukan, Abah akan bagi mereka berdua uruskan perniagaan ini. Kamu pula jadilah doktor seperti mana yang kamu telah impikan selama ini. Abah dah tak larang lagi. Muktamad." Kata Dato' Umar panjang lebar.

Doktor Luthfi mengerutkan keningnya lalu memandang kearah Nabil meminta kepastian.

Kemudian Nabil mengangguk.

"Ya, aku dengan Najwa akan uruskan perniagaan Abah dan Umi, tapi lepas kami dah habis sambung belajar." Nabil memberi keyakinan terhadap Alongnya.

Doktor Luthfi kemudian menghembus nafas lega.

Tali leher berwarna biru di lehernya dilonggarkan sedikit.

"Jadi, Abah dan Umi harap yang kamu pindahlah ke hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Kamu janganlah duduk jauh dengan kami. Lagipun Najwa pun dah dijumpai, Abah nak keluarga kita bersatu semula." Minta Dato' Umar.

Doktor Luthfi diam sejenak.

Dia memikirkan hal tersebut terlebih dahulu. Sememangnya dia juga suka bekerja di hospital ini kerana dia dapat pergi ke pantai sekiranya ada masa lapang. Hal itu telah membuatkan dia jatuh cinta untuk tinggal di sini walaupun dia baru sahaja pindah ke sini beberapa bulan yang lalu untuk mencari keberadaan Najwa. Tetapi dia sangka dia akan menjumpai adik perempuannya itu di sini.

"T-Tapi, Along tak nak yang Najwa tahu yang Along ni abang dia." Kata Doktor Luthfi

Umi hairan.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now