Aku terlanggar seseorang dan menyebabkan air milo yang telahku pegang tadi tertumpah diatas baju sekolah pemuda itu dan pemuda itu ialah....
'ZIRAFAH GILA?!!'jerit ku di dalam hati.
Semua pelajar yang berada di kantin itu kusyuk melihat adegan kami dan bukan sekadar tumpah je!
'AKU JATUH KAT ATAS BADAN DIA WEYHHH!!'
Aku melihat bajunya yang mempunyai nametag KETUA PENGAWAS dan necktie hitamnya itu telah terkena air miloku membuatkan aku lebih rasa takut.
Tanpa membuang masa aku terus berdiri dan mula berlari meninggalkan Amni yang masih lagi terkejut dengan perkara yang berlaku tadi.
-----
Aku dan Asyraf berjalan menuju ke kantin bertujuan untuk memantau pelajar.tiba-tiba seorang pelajar perempuan telah melanggarku dan yang paling mengejutkan lagi...adalah budak tu jatuh atas badan aku!
'Siapa pulak langgar aku ni?'rintihku.
Aku menundukkan kepalaku untuk melihat pelajar itu...
Pendek nya pelajar ni,dan....'BUDAK PENDEK?!!'
[End flashback]
"Habis kau nak aku buat apa kalau perempuan tu nak jumpa aku?"soalku.
"Aku rasalah,minah gedik tu nak jumpa kau mungkin pasal hal semalam kot..."ujarAmni dan ketika itu jugaklah Cikgu Nor masuk ke kelas untuk memulakan sesi pembelajaran bagi subjek Matematik.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...