Beberapa orang jururawat dan Doktor Luthfi berjalan sambil menyorong katil Najwa ke wad VIP yang berada di hujung blok hospital besar itu. Ahli kumpulan Najwa yang lain pula hanya mengikuti langkah Doktor Luthfi yang berada di hadapan.
Keadaan senyap. Pembantu peribadi yang bernama Humairah juga mengikuti Najwa. Kini sudah tugasnya menjaga anak perempuan majikannnya itu. Dalam dia, Humairah mencuri melihat wajah anak majikannya itu. Inilah gadis yang sering dikatakan oleh Nabil setiap hari selepas habis sesi persekolahan. Nampaknya selepas ini semakin banyaklah tugasnya dengan kehadiran gadis kecil itu namun dia akan buat yang terbaik dan sedaya-upaya untuk tidak melakukan kecuaian memandangkan gadis kecil itu sangat penting buat keluarga majikannya.
Tiba di wad VIP, Najwa ditempatkan berdekatan dengan tingkap supaya senang menghirup udara yang segar. Najwa terpana dengan dengan melihat hiasan bilik tersebut malah banyak perabot yang terdapat di dalam bilik itu.
Berbeza sekali dengan wad yang didudukinya tadi. Wad tadi,dia hanya menggunakan kipas syiling yang sudah berkarat namun di bilik ini terdapat penghawa dingin. Nampaknya macam ni lah wad Adriana yang merupakan golongan orang kaya. Semuanya nampak lengkap tanpa ada sebarang yang kurang.
"Cik Najwa, ada apa-apa yang nak minta? Saya boleh sediakan." Humairah bersuara.
Najwa sedikit rasa terkejut. Dia cuba bangkit dari pembaringannya dengan bantuan Doktor Luthfi.
"Ermmm..." Najwa masih keliru.
Melihat reaksi anak majikannya itu, Humairah tersenyum. Dia membetulkan sut hitamnya sambil tangan kanan masih lagi memegang fail yang mempunyai semua data Najwa iaitu seperti sijil kelahiran, sijil anak angkat yang telah Encik Abdul 'Alim Yamin simpan dahulu juga sudah berada di tangannya. Selepas ini, dia hanya perlu menunjukkan semua bukti ini kepada Najwa seperti mana yang telah Nabil arahkan kepadanya. Walaupun Nabil jauh lebih muda daripada dirinya, dia tetap menghormati lelaki itu memandangkan lelaki itu juga merupakan majikannya.
"Nama saya Humairah. Saya pembantu peribadi keluarga kamu, Cik Najwa." Humairah memperkenalkan dirinya secara ringkas.
Najwa mengangguk faham.
"Ermmm, saya takda apa-apa nak diminta." Balas Najwa perlahan. Dia malu sebenarnya memandangkan ahli-ahli kumpulannya juga berada di situ dan dia juga malu kerana kakak yang cantik itu memanggilnya dengan gelaran 'Cik'.
Humairah senyum. Fail yang mempunyai semua data Cik Najwa dikeluarkan secara perlahan-lahan.
"Cik Najwa, saya nak tunjukkan sesuatu yang penting kepada Cik Najwa." Kata Humairah tenang sambil menghulurkan beberapa keping kertas.
"Apa dia?" Soal Najwa sambil menyambut kertas yang dihulur oleh pembantu peribadi yang bernama Humairah.
Najwa tergamam apabila membaca kertas yang dihulurkan itu.
Dia terdiam sejenak sambil membaca di dalam hati.
Sijil kelahirannya yangs sah berada ditangannya ketika ini. Sijil anak angkat juga ada.
SIJIL KELAHIRAN
Nama Penuh : NUR NAJWA AMIRA BINTI UMAR MUSTAKIM
Tarikh dan Waktu Kelahiran : 9 OGOS XXXX 8:30 AM
Tempat Kelahiran : Wad Kelahiran Hospital XXXX
[-Author's note; yang XXXX tu maksudnya author tak dedahkan ya. Harap Maklum.]
Najwa tergamam. Inilah kali pertama dia melihat sendiri sijil kelahirannya memandangkan abahnya Encik Abdul 'Alim Yamin tidak pernah sekali menunjukkan sijil ini kepadanya. Malah ketika guru kelasnya meminta salinan sijil lahir, Abahnya sendiri yang pergi berjumpa dengan guru kelasnya. Mungkin pada masa itu Abahnya ingin menjelaskan sesuatu tentang ini tanpa pengetahuannya.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...