Bab 21

23.7K 1K 24
                                    

"Najwa..."

Aku terdengar namaku dipanggil,mungkin orang yang tengah pegang tangan aku ni kot yang panggil sebab aku dapat rasakan ada sorang je dalam bilik ni...

Tapi siapa?

'Hakimi ke?'soal hatiku.

"Najwa...siapa yang buat awak macam ni?awak buat saya risau tahu tak?"ujar suara itu lagi.

Lagi sekali aku tertanya-tanya.

Siapa dia?

Dia bukan Hakimi.

Tiba-tiba aku rasa sedih.sedih?kenapa aku rasa sedih?

"Bila saya datang tadi dan tengok awak dalam keadaan macam tu buat hati saya sakit,Najwa...saya tak tahu kenapa.mungkin saya dah mula-..."

dan tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu dihempas.

"Asy!"

Suara tu...

Macam kenal.

Suara tu...suara...

Hakimi.

dan yang membuatkan aku terkejut dia cakap...

Asy?!

Takkanlah...

'Asyraf?!'

Secara spontan mataku terus sahaja terbuka apabila mendapat tahu gerangan orang yang tengah pegang tangan aku ni ialah Asyraf.

Sebaik sahaja aku membuka mata,terpaparlah wajah dua orang jejaka itu...

Hakimi...

dan...

Asyraf yang berada di sebelah katilku dan dah agak dah dia yang pegang tangan aku.

Perlahan-lahan aku menarik tanganku daripada dipegang oleh dia...

tapi...

hampa.dia GENGGAM tangan aku,itu menyebabkan aku susah untuk menarik kembali tangan aku dari dalam genggaman dia.

Apa masalah dia sekarang ni?!

-----

Aku setia mendengar segala yang dituturkan oleh Asyraf dari sebalik pintu wad Najwa...

Sehinggalah...

Aku terdengar 'ayat' itu hampir sahaja ditutur oleh dia.

"Bila saya datang tadi dan tengok awak dalam keadaan macam tu buat hati saya sakit,Najwa...saya tak tahu kenapa.mungkin saya dah mula-..."

Aku tahu.

Aku tahu apa yang dia nak cakap.

Tanpa membuang masa,aku segera menceroboh masuk.

"Asy!"panggilku dan ketika itu juga mataku bertembung dengan...

Najwa.

Dia dah sedar?

Ya.dia dah sedar.

"N-Najwa..."gumamku.

Aku memerhati seluruh anggota badannya dari hujung kaki hingga kepala dan mataku serta-merta terhenti pada bahagian dahinya yang berbalut dengan kain itu.

'Aku ke yang buat semua tu?'soal hatiku. sayu.

Kenapa Hakimi?!

Kenapa?!

Kenapa baru sekarang kau nak menyesal?dan mataku tiba-tiba tertumpu di tangan kanan Najwa.

Tak guna.

Baru sahaja aku ingin cuba melepaskan tangan Asyraf dari dia...

Tiba-tiba sahaja namaku diseru oleh seseorang menyebabkan aku menoleh kearah suara itu.

"Hakimi."

Aku menoleh.

"Bonda..."

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now