Bab 43

21K 1K 201
                                    

Najwa masih lagi berdiri statik di depan Asyraf. Dia agak terkejut juga dengan kehadiran Asyraf yang secara tiba-tiba itu. Perasaan takut Najwa tadi mula beransur hilang apabila Asyraf muncul di depan matanya.

"Kenapa awak boleh ada dekat sini?" Soal Asyraf kepada Najwa. Mungkin dia pelik sebab Najwa sepatutnya berada di dalam bas yang pertama tadi kerana di dalam bas itu hanya menempatkan pelajar form 3.

"Errr..."

"Lagipun bukan ke awak sepatutnya naik bas yang dekat depan tu ke?" Sambil jari telunjuk Asyraf menunding kearah bas yang terletak di depan bas yang dinaiki mereka berdua.

"Sebenarnya, bas tu dah penuh penumpang jadi Cikgu Syaza suruh saya naik bas ni. Sebab dia kata bas ni mungkin ada tempat duduk yang kosong lagi." Terang Najwa.

Kemudian Asyraf mula menganggukkan kepalanya perlahan.
Senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

'Rancangan berjaya!'

"Okeylah, jom! Awak duduk dengan sayalah kalau macam tu. " Ajak Asyraf. Ini sebenarnya rancangan yang telah dibuat olenya. Sebab itu tadi dia lewat naik bas kerana ketika
semua pelajar form 3 mula masuk ke dalam bas, dia juga sebenarnya turut berada di dalam bas itu untuk memastikan mereka duduk di tempat masing-masing. Ya, ini sebahagian tugasnya sebagai pengawas yang bertanggungjawab. Tetapi pada masa itu, Asyraf tidak sengaja terlihat akan susuk tubuh Najwa yang berada di barisan belakang sekali ketika semua pelajar berbaris untuk menaiki bas.

Oleh itu, dia mula terfikir
untuk memberitahu Cikgu Syaza yang sedang berdiri di depan pintu bas itu bahawa tempat duduk di dalam bas ini telah penuh. Namun, sebenarnya masih ada 3 buah kerusi lagi yang belum diduduki oleh orang. Ya, Asyraf sengaja membuat begitu supaya Najwa akan dipindahkan ke bas yang lain iaitu satu bas dengannya. Kerana Asyraf pasti, inilah peluangnya untuk memikat hati Najwa, gadis yang dicintainya.

Asyraf mula berjalan menuju ke tempat duduk di bahagian paling belakang memandangkan tiada lagi tempat duduk di bahagian depan mahupun di tengah. Diikuti juga oleh Najwa yang mengikuti langkah Asyraf. Pada masa itu juga, mata Najwa asyik memandang kiri dan kanan. Ya, dia sedang mencari SESEORANG iaitu seorang lelaki yang telah menolongnya tadi, iaitu Nabil.
Namun,sehinggalah baris paling hujung, langsung tiada kelibat Nabil berada di dalam bas itu. Jadi Najwa mula terfikir mungkin Nabil berada di dalam bas yang lain.

Sampai di hujung tempat duduk, Najwa berhenti kerana Asyraf yang berada di hadapannya juga berhenti.

"Kita duduk kat sini jelah ya?" Tanya Asyraf lalu memusingkan badannya ke belakang untuk melihat Najwa.

"Saya tak kesah sangat, asalkan ada tempat duduk. Cukuplah." Balas Najwa. Kini Najwa sedang berdiri betul-betul di sebelah Hakimi iaitu suaminya yang duduk di sebelah laluan penumpang manakala Adriana duduk di sebelah Hakimi sambil tangannya memeluk kemas lengan kiri Hakimi dan tidak lupa juga kepalanya yang sengaja dilentokkan di bahu Hakimi.

"Kejap ya, saya nak simpan barang dulu." Asyraf kini masih sibuk cuba meletakkan begnya di atas tempat letak barang yang berada di atas tempat duduk penumpang.

"Hakimi, you rasa selesa tak kalau I buat macam ni?" Soal Adriana tiba-tiba sambil tangannya memperketatkan lagi pelukannya di lengan Hakimi. Sengaja dia membuat begitu di hadapan Najwa. Benci betul dia apabila melihat wajah Najwa yang asyik memandang Hakimi itu.

"Yes, I rasa selesa sangat. Rasa hangat." Wajah Hakimi langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak selesa akan kelakuan Adriana. Wajahnya nampak begitu selesa sekali apabila Adriana membuat begitu.

Mata Hakimi dan Najwa saling bertaut antara satu sama lain. Sangat tajam pandangan Hakimi yang diberikan kepada Najwa dan itu menandakan dia rasa sakit hati terhadap Najwa yang rapat dengan Asyraf. Najwa yang memandang mata suaminya yang bagaikan burung helang ingin memakan mangsanya itu segera mengalihkan anak matanya kearah lain. Takut dengan pandangan mata itu.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now