Hai korang, maaf mungkin bab ni agak merapu sikit sebab author dah lama tak mengarang, jadi author rasa kekok sikit, tapi Insyaallah lepas bab ni author buat macam biasa... So, enjoyy😆
dan tak lupa juga
+ AUTHOR NAK KORANG BACA BAB NI SAMBIL DENGAR LAGU KAT ATAS NI😆😆 Seriously, bagi author best sangatt💕
-----
'A-Aku ni adik Nabil?' Bisik hati Najwa .
Terasa hangat pelukkan lelaki ini. Aku memejamkan mata seketika, cuba merasa kehangatan pelukkan yang dibuat oleh lelaki yang baru sahaja mengatakan dirinya merupakan abang kandungku. Dalam beberapa saat aku mula membuka kedua belah mataku semula. Tanpa menghiraukan pandangan dan bisikan orang lain, aku mendongakkan kepalaku ke atas untuk melihat wajah yang dikatakan merupakan abang kandungku.
Aku memandangkan disegenap wajahnya dan kini aku baru sedar bahawa muka kami hampir seiras.
Ya, seiras.'Ya Allah... betulkah selama ini aku mempunyai seorang abang kandung?' Aku menitiskan air mataku sekian kalinya. Sungguh susah aku untuk percaya.
Jadi Najwa Amira tu siapa?
Apabila terdengar bisikan pelajar lain, aku terus sedar akan apa yang dilakukan olehku ketika ini.
Aku cuba melepaskan pelukkannya namun tangan kanan Nabil tidak lepas dari memegang bahuku manakala hidungku yang berair itu dilap oleh jejari kiri Nabil.
Aku terkejut dan segera menghentikan perbuatannya.
"Kotorlah. Biar saya yang bersihkan sendiri." Aku menolak tangan kirinya ke tepi. Tiba-tiba terasa malu. Aku membersihkan hidungku dengan lengan bajuku.
"Bagi saya tak kotorlah. Buat apa nak geli sedangkan awak tu adik kandung saya. " Perbuatanku terhenti lagi. Aku memejamkan mataku. Sungguh susah untukku terima segala apa yang aku baru sahaja dengar.
"Kalau betul saya adik kandung perempuan yang awak cakapkan, boleh awak bagi atau tunjuk bukti dekat saya supaya saya boleh percaya segala apa yang awak katakan tu?" Aku berdiri tegak memandang wajahnya.
Nabil Aqil memandang diriku dengan mata yang redup seolah-olah hanya kami berdua sahaja yang berada di situ. Fikiranku yang sedang memikirkan Hakimi tadi sudah hilang dari dalam fikiranku manakala fikiran Nabil pada ketika ini hampir sahaja kosong setelah dia membongkarkan kebenaran yang sekian lama tersimpan. Rasa teruja dan gembira itu ada di dalam dirinya, namun rasa takut itu menguasai dirinya ketika ini kerana takut dan bimbang akan Najwa tidak mahu menerima dirinya sebagai seorang abang kandung.
"Kalau awak sedang bohong sekarang, saya harap awak jujurlah sekarang. Saya tak nak terluka. Cukuplah saya terluka sekarang." Najwa bersuara tegas. Dia pasrah, tudung yang tidak teratur dia abaikan.
"Saya tak bohong Najwa! Semua apa yang saya cakap tentang NAJWA AMIRA tu sebenarnya adalah awak!"Nabil juga bersuara tegas. Dia mencengkam sisi tubuh kecil Najwa, adiknya cuba mendapatkan kepercayaannya.
"Tapi untuk pengetahuan awak, nama saya NUR NAJWA dan bukannya NAJWA AMIRA!" Najwa membentak.
"Yes, Nabil Aqil merupakan abang kandung awak Najwa. Kamu berdua dah terpisah masa kamu kecil lagi. Sekarang ini mungkin agak susah untuk saya jelaskan perkara yang sebenar kepada awak, Najwa. Tapi, awak harus terima hakikat bahawa Nabil Aqil ialah abang kandung awak sebab segala bukti ada di tangan keluarga sebenar awak." Puan Aminah bersuara. Semua pelajar yang berada di situ mendengar segala apa yang dikatakan Puan Aminah dan terkejut akan penyataannya.
Puan Aminah yang memerhatikan pergaduhan antara anaknya dan Nabil sejak tadi terus masuk campur setelah Nabil membongkarkan kebenaran yang telah lama tersimpan.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...