Bab 66

14.3K 693 68
                                    

“Semua pelajar dah ada dalam kumpulan?” Soal Cikgu Shaza.

“Sudah, Cikgu!” Balas Irfan yang juga merupakan seorang pengawas yang bertanggungjawab dalam menjaga pelajar-pelajar.

“Bagus! Baiklah sekarang kita akan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan tadi iaitu 2 kumpulan akan bergerak bersama untuk menjelajah hutan yang bakal kita terokai ini. Pastikan anda semua membawa setiap barang keperluan seperti air terutamanya. Saya tak nak ada pelajar yang pengsan masa melakukan aktivit jungle trekking ini!” Kata Cikgu Shaza dengan tegas.

“Semua pelajar diingati kembali, gunung yang bakal kita daki ini merupakan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter dari aras laut. Awak semua akan menikmati panaroma alam semulajadi ketika mendaki jadi saya mahu anda semua gunalah masa ini sebaiknya dengan melihat keindahan flora dan fauna yang terdapat di sana. Kita akan menggunakan tangga yang telah dibina untuk mendaki iaitu bermula  tangga pertama, anda semua akan mendaki sebanyak 4,287 anak tangga untuk sampai ke puncak Gunung Raya dengan jangkaan masa selama 2 Jam 15 minit iaitu sejauh 1.3KM.” Kata Puan Aminah panjang lebar. Kini mereka semua bermula di Hutan Lipur Lubuk Semilang yang merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah Bersama dengan keluarga pada hujung minggu.

Setelah itu perlahan-lahan setiap 2 kumpulan bergerak memasuki hutan tersebut secara berasingan. Kumpulan Asyraf dan Hakimi pula yang terdiri daripada Najwa, Amni, Anis, Adriana, Haziq, Aiden, Irfan serta Fashila dan Eira yang merupakan teman rapat Adriana yang baru sahaja memasuki kumpulan tersebut, mereka adalah antara kumpulan yang mempunyai paling ramai ahli. Maka mereka akan memasuki hutan terlebih dahulu.

“Wehhh Najwa, kau pasti kau boleh tahan? Aku tengok gunung ni tinggi giler!” Amni menepuk bahu Najwa dari belakang. Dia sejujurnya agak terkejut akan ketinggian gunung tersebut .  Dia risau yang badan Najwa tak dapat tahan dan akan terlalu kepenatan yang boleh membuatkan Najwa pengsan sama seperti apabila acara sukan tahunan yang dilakukan tahun lalu di mana Najwa selalu sahaja pengsan kerana cuacanya yang agak panas dan Najwa sering disuruh mengangkat barang pada waktu itu. Antara peristiwa yang telah diingati Amni ialah apabila Najwa disuruh membawa beberapa biji bola lontar peluru yang membuatkan Najwa jatuh rebah selepas mengangkatnya.

“Aku okeylah, jangan risau. Nanti aku pengsan kau lah jadi tukang sambut. Hehehe.” Najwa cuba bergurau dengan Amni.

“Nak minta penampar agaknya budak ni!” Amni berasa geram akan diri Najwa yang kurang peduli akan kesihatan dirinya.

“Sudah lah tu korang, jangan gaduh. Nanti kalau budak pendek ni pengsan lagi, kita tinggalkan jelah dalam hutan tu, biar dia kena culik bunian.” Kata Anis.

“Celupar lah kau ni Anis! Nanti kalau betul-betul jadi yang Najwa kena culik bunian, tak ke naya kita nanti! Kang kau sendiri jugak yang nangis bila mak cik pendek ni takde kat sisi kau!” Kata Amni sambil dia mencubit lengan Anis beberapa kali.

“Hishhh, sakitlah giler! Pedih siot!” Anis beberapa kali cuba menghalang tangan Amni dari mencubit lengannya.

“Yelah! Aku tarik balik kata-kata aku tadi.”

Najwa yang hanya memerhati gelagat dua manusia yang berada dihadapannya itu hanya tergelak kecil manakala Hakimi pula berada di belakangnya memerhati diri isterinya itu.

“Awak semua pastikan tak terpisah. Pastikan sentiasa tengok orang yang berada di sebelah melangkah dengan berhati-hati. Saya tak nak ada ahli kumpulan saya ada yang tercedera.” Asyraf memberi peringatan.

“Kalau boleh saya nak pelajar perempuan berada di tengah-tengah.” Nabil juga turut memberi arahan.

Mendengar arahan yang diberikan oleh Nabil segera pelajar perempuan yang terdiri daripada Adriana, Fashila, Eira, Najwa, Anis dan Amni berjalan di antara pelajar lelaki yang terdapat dalam kumpulan mereka. Hakimi dan Asyraf yang merupakan ketua kumpulan berada di hadapan manakala Nabil, Haziq, Aiden dan Irfan berada di belakang memerhati dan cuba menjaga keselamatan pelajar perempuan.

Mereka semua mendaki Gunung Raya tersebut dengan langkah yang perlahan. Setiap seorang daripada mereka membawa beg sendiri.  Setelah hampir 40 minit mendaki sambil melihat keindahan alam iaitu melihat flora dan fauna yang terdapat di sana, mereka berhenti seketika untuk berehat. Ketika mereka sedang duduk di bawah pokok, kelihatan beberapa ekor helang yang berterbangan di langit biru yang begitu cerah disebabkan panahan cahaya matahari.

“Korang, tengok atas tu! Banyaklah helang!” Amni menjerit teruja apabila dapat melihat burung helang yang terbang di atas kepala mereka.

“Itu burung helang laut perut putih. Burung helang spesies tu selalu terbang mengelilingi puncak gunung.” Terang Haziq yang berpengetahuan tinggi.

Semua ahli kumpulan itu hanya mengangguk faham. Di sana mereka dapat melihat banyak tumbuh-tumbuhan dan serangga yang jarang dijumpai. Anis dan Amni lah orang yang paling teruja manakala Najwa hanya duduk mendiamkan diri.

“Weyhhh Najwa, tengoklah sini. Cantiklah bunga ni!” Panggil Anis sambil mengambil beberapa keeping gambar bunga berwarna ungu itu dengan menggunakan telefon pintarnya.

Anis hairan apabila tidak mendengar sebrang respon dari Najwa. Dia menoleh. Kelihatan Najwa sedang duduk di tangga dengan wajah yang sedikit bertukar pucat. Tidak sama seperti wajahnya yang kelihatan teruja ketika mula-mula mendaki tadi.

Anis berjalan mendekati Najwa. Begitu juga dengan Amni yang perasan akan perubahan wajah Najwa.

“Kau okey tak ni, Najwa?” Soal Anis sambil memegang tangan Najwa. Berpeluh. Tapi itu biasa bagi mereka semua kerana mereka semua juga berpeluh banyak lepas berates tangga dinaiki. Tapi yang peliknya wajah Najwa kelihatan pucat dan penat.

“Okey.”Balas Najwa ringkas. Dia mula berdiri tegak seperti biasa. Dia tidak mahu ahli kumpulannya yang lain risau akan keadaan dirinya ketika ini. Lagi-lagi kalau Nabil tahu yang dia dah mula letih, mesti abang kandungnya itu akan membawanya turun semula dan dia tak akan dapat melihat pemandangan yang indah di puncak Gunung Raya. Jadi terpaksalah dia menguatkan tubuhnya, memaksa diri untuk meneruskan pendakian yang memakan masa selama 1 jam 35 minit.  Ada kurang dari 3,000 anak tangga lagi dia perlu naiki.

“Tengoklah, kan aku dan Anis dah cakap jangan ikut aktiviti jungle trekking  ni sebab kau ni lemah. Tak sesuai langsung ikut benda ni.” Marah Amni kepada Najwa. Tangannya pula menghulurkan Najwa sebotol air mineral.

“Nah minumlah ni.”
Najwa menyambut. Segera dia minum beberapa teguk air mineral pemberian Amni itu untuk menghilangkan rasa haus. Malang buat dirinya kerana dia terlupa untuk membawa air, tetapi nasiblah yang Amni ada membawa air lebih untuk diminum.

Selepas itu, Anis pula mengambil tisu yang dibawanya dan mengelap peluh yang berada di dahi Najwa.

“Kau ni Najwa, suka sangat buat hal dan buat kita orang risau. Dah la perjalanan kita ni masih jauh. Kalau kau tak dapat tahan, biar aku bagitahu Asyraf dan Hakimi untuk bawa kau turun dari sini.” Anis memberi cadangan.

Mendengar cadangan Anis, segera Najwa menggelengkan kepalanya. Dia melihat sekelilingnya, kelihatan suaminya, Hakimi dan ahli kumpulannya yang lelaki berada beberapa tangga di atas mereka manakala Adriana dan kawan-kawannya berada beberapa tangga di bawah mereka.

Sesungguhnya dia tidak mahu menyusahkan mereka semua dengan keadaan kesihatan dirinya.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now