Bab 51

24.3K 1.3K 333
                                    

Pada waktu petang itu, selesai sahaja segala permainan dijalankan, akhirnya tibalah masa untuk memulakan aktiviti menyediakan makan malam, di mana setiap kumpulan hendaklah bekerjasama dalam memasak makanan untuk setiap kumpulan itu sendiri.

"Baiklah semua, di depan saya ni terdapatnya bahan-bahan masakan untuk kamu semua, oleh itu, setiap kumpulan akan mengambilnya dan masak seperti mana yang kamu telah bincangkan di kumpulan kamu tadi." Kata Puan Aminah selaku ketua lawatan tersebut. Di hadapannya pula terletaknya bahan-bahan masakkan yang telah disediakan oleh pihak panganjur iaitu pihaknya sendiri.

"Jadi 2 orang setiap kumpulan pergi ambil barang-barang masakan kamu di sini manakala, 2 orang lelaki pergi ambil kayu api yang terletak di sana."
Sambil itu Puan Aminah menunjukkan tangannya kearah tempat kayu api yang dimaksudkannya.

Setiap kumpulan pada masa itu sedang duduk dalam bulatan di dalam kumpulan masing-masing. Najwa pula kini duduk bersebelahan dengan Nabil dan Asyraf yang selaku ketua kumpulan 7.

"Baiklah, awak Najwa akan pergi ambil barang masakan tu, Haziq dengan Qayyum pula korang akan ambil kayu api kat sana dan kumpulkan dengan tempat kawasan kita akan memasak dan kau pula Aiden akan sediakan semua peralatan
untuk memasak." Arah Aiden yang memang selaku ketua kumpulan itu.

Haziq, Qayyum, Aiden dan Najwa serentak mengangguk.

"Kalau macam tu, aku akan temankan Najwa ambil barang masakan tu." Kata Nabil yang berada di sebelah Najwa. Tersenyum-senyum Najwa dibuatnya apabila Nabil menyatakan hasratnya itu.

"No, Najwa akan pergi dengan aku. Kau pula akan tolong Aiden sediakan peralatan-peralatan memasak." Bantah Asyraf membuatkan senyuman Najwa segera pudar.

"Takpelah, Nabil. Biar saya dengan Asyraf je pergi ambil barang masakan tu, awak pergilah teman Aiden, lagipun takkan dia sorang je pergi sediakan semua peralatan tu kan." Kata Najwa namun terselit nada kekecewaan di sana.

Mendengar kata-kata Najwa itu, Nabil  hanya berdiam diri lalu mengangguk perlahan menyebabkan rasa kekok bertandang di dalam kumpulan itu.

Aiden, Haziq dan Qayyum yang sememangnya tidak bersuara sejak tadi hanya menjadi penonton bagi adegan pendek tadi.

"Okey, pembahagian tugas dah selesai, jom! kita mulakan tugas masing-masing sekarang!" Ujar Haziq ceria yang cuba untuk menghilangkan rasa kekok yang bertandang sebentar tadi.

"Mari Najwa." Ajak Asyraf sambil tangannya memegang lengan Najwa yang berlapik dengan bajunya. Najwa agak terkejut dengan tindakan drastik yang dibuat oleh Asyraf. Malah ahli kumpulan yang lain iaitu Haziq, Qayyum, Aiden dan terutama sekali Nabil juga terpana akan tindakan Asyraf itu terhadap Najwa.

Nabil menggenggam penumbuk. Sungguh dia sebagai seorang abang, tidak suka dan benci akan perlakuan Asyraf itu terhadap adik perempuannya. Tapi betulkah perasaannya itu hanya setakat seorang abang yang sayang akan adiknya... atau sebaliknya?

Dengan terpaksa Najwa mengikuti langkah Asyraf itu. Namun, sempat lagi Najwa menoleh sekilas kearah Nabil yang ditinggalkan olehnya. Dia mengukirkan senyuman terpaksa. Nabil membalasnya.

Lalu mereka yang lainpun segera bergerak ke tempat yang ingin ditujui. Asyraf dan Najwa bersama-sama pergi ke tempat letaknya barang-barang masakan itu. Genggaman di lengan Najwa masih lagi kekal tanpa dilepaskan.

-----

Setelah memilih bahan-bahan untuk memasak, semua ahli kumpulan 7 tersebut berkumpul di tempat mereka  memasak yang berdekatan dengan pokok di tepi pantai itu. Semua peralatan untuk digunakan untuk memasak nanti telah disediakan lengkap oleh Aiden dan Nabil.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now