Bab 69

15.2K 857 334
                                    

Tit Tit Tit

Bunyi mesin yang tidak berhenti daripada berbunyi kedengaran. Namun, mata masih lagi dipejamkan.

Langsung tidak kedengaran sebarang suara manusia di ruang itu. Najwa tahu mungkin hanya dia sorang sahaja yang berada di situ. Dia juga tahu yang dirinya sekarang ini di hospital.

Tapi, dia sungguh kecewa dengan apa yang telah terjadi kepadanya. Lagi sekali, air matanya menitis keluar dari celah matanya yang masih lagi terpejam rapat. Apa salahnya dia menangis. Biarlah dia menangis keseorangan di tempat yang sunyi itu. Mengenang nasibnya sungguh malang.

Kesakitan pada betis kanannya tidak setanding dengan kesakitan pada hatinya saat ini. Hampir semua orang membencinya. Malah kalau difikirkan balik, ibu bapa kandungnya turut membencinya kerana sanggup membuangnya sewaktu dia masih lagi kecil namun dia bernasib baik kerana orang yang telah menjaganya itu sangat baik dan sanggup membesarkannya.

Abah...

Najwa, rindu Abah.

Sekali lagi Najwa menangis. Dia menggenggam kedua belah tangannya erat. Cuba menahan dirinya dari menangis seperti budak kecil.

Tiba-tiba terasa sakit pada betis kanannya, dia tidak dapat menggerakkan kakinya kerana kesakitan yang sangat perit dia rasakan ketika ini. Wajah Najwa berkerut-kerut menahan kesakitan namun matanya masih kekal dipejam.

Setelah beberapa saat Najwa menahan kesakitan tiba-tiba sahaja ada satu tangan yang mengelap air matanya yang jatuh turun menuruni wajah putih mulusnya.

"Ya, saya tahu ianya sangat sakit. Tapi awak mesti tahan ya, Nur Najwa." Suara itu sungguh asing bagi Najwa. Bukan suara Hakimi, suaminya. Bukan suara Asyraf yang pernah melawatnya di hosital suatu ketika dahulu, bukan juga suara Nabil.

Dengan perlahan-lahan Najwa membuka matanya. Pada mulanya rasa silau yang dia rasakan disebabkan cahaya lampu putih yang terang menusuk ke dalam matanya namun perlahan-lahan matanya kembali seperti biasa.

Apa yang dilihatnya saat ini ialah seorang lelaki kacak dan tinggi sedang berdiri disebelahnya. Dia menggunakan sepasang kot putih dan kemeja berwarna biru dan tali leher hitam menandakan dia seorang doktor di hospital itu.

Najwa tergamam sebentar setelah melihat ciptaan Tuhan yang berada dekat dengannya ini.

Lelaki itu hanya tersenyum.

"Assalamualaikum." Sapa lelaki itu mesra. Kedua belah tangannya diletakkan di belakang badan.

Mendengar salam yang diberikan oleh lelaki berkulit sawo matang itu, Najwa segera hendak membangunkan diri dari pembaringan. Dia cuba membalas sapaan lelaki itu dengan cara yang hormat namun pergerakan Najwa terhenti kerana kesakitan yang dia hadapi.

"Aaaauuuu." Najwa mengaduh kesakitan. Dia memegang lutut kanannya.

"Eyhhh, awak jangan banyak bergerak. Awak baru je habis buat pembedahan tadi. Saya tak sangka pula yang awak boleh cepat sedar." Kata lelaki itu. Dia cuba menahan bahu Najwa dari bangkit.

Terdapat satu tag nama yang tertulis Dr.Luthfi pada kot putihnya.

"Waalaikumussalam. S-Saya kene buat pembedahan ke tadi?" Najwa tercengang. Tidak sangka luka yang dialaminya itu terpaksa dirawat dengan melakukan pembedahan.

"Ya, betis kanan awak teruk kecederaannya. Saya terpaksa buka luka awak tu untuk keluarkan serpihan ranting yang tercucuk dekat isi betis tu." Penjelasan Doktor Luthfi itu telah menyebabkan Najwa meremang bulu roma. Otaknya ligat memikirkan apabila dahan itu telah menebusi daging betisnya di Gunung Raya tadi.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now