"Kau... "Baru sahaja aku ingin melayangkan satu tumbukan, badanku telah ditahan oleh seseorang dan semestinya orang tu ialah Najwa.
"Awak, sudahlah tu... Saya minta maaf sebab ingkar arahan awak. Aiden langsung tak bersalah dalam hal ini. Tadi, dia cuma nak ajak saya makan jadi saya ikutlah dia dan masa tu saya lupa tentang awak. "Jelas Najwa panjang lebar.
"Wait. Apa? Kau lupa tentang aku? Tak sangka kau ni cepat lupa yang KAU TU DAH BERSUAMI! Dasar perempuan tak guna! Pantang tengok lelaki lain! "Sungguh pedas ayat yang aku lontarkan kepada dia. Biar dia rasa apa yang aku rasa ketika ni lalu aku menepis tangan dia kasar dari terus memegang mengaku. Jijik dengan sentuhan dia.
Aku menolak badan kecilnya itu jauh dari aku dan menyebabkan dia jatuh terduduk. Huh! Aku tersenyum sinis. Rasa puas bila tengok dia dalam kesakitan lalu aku mencampakkan plastik yang mengandungi buku-bukunya itu di wajahnya. Menyesal pula aku beli buku tu untuk dia!
Ramai pengunjung yang datang ke mall itu melihat kearah kami dan untuk mengelakkan daripada terus menjadi saksian orang aku terus meninggalkan tempat itu, tanpa memikirkan Najwa yang masih lagi dalam keadaan terduduk di situ. Lantak dia lah nak balik macam mana! Tak payah balik lagi bagus! Tak menyusahkan aku!
-----
Apabila melihat keadaan Hakimi yang cuba untuk meluru kearah Aiden dengan kemarahan, aku terus menahan dia daripada berlaku sebarang pergaduhan. Aku tak nak oleh kerana aku mereka beraduh. Tapi aku ke penyebabnya? Atau Adriana? Sebab Aiden ada sebut tentang Adriana tadi. Bertapa untungnya Adriana ada dua orang lelaki yang mencintai dia. Cemburunya...
Aku nampak Hakimi nampak marah sangat bila Aiden sebut tentang Adriana. Banyak urat yang timbul di tangannya serta di dahinya. Muka dan matanya menjadi merah seperti sedang menahan marah yang amat dan apabila dia hendak menyerang Aiden aku menahannya dan aku menjelaskan semua apa yang telah berlaku.
"Awak, sudahlah tu... Saya minta maaf sebab ingkar arahan awak. Aiden langsung tak bersalah dalam hal ni. Tadi, dia cuma nak ajak saya makan jadi saya ikutlah dia dan masa tu saya lupa tentang awak. "Kataku dengan sekali nafas. Berharap agar dia faham akan aku. Tapi, wajah dia menjadi semakin tegang.
"Wait. Apa? Kau lupa tentang aku? Tak sangka kau ni cepat lupa yang KAU TU DAH BERSUAMI! Dasar perempuan tak guna! Pantang tengok lelaki lain. "Sungguh pedas ayatnya yang diberikan kepadaku. Menusuk di dalam hati. Bagai ditusuk 100 bilah pisau yang amat tajam. Aku memejamkan mataku cuba untuk menahan kesakitan ayat yang dilontarkan sebentar tadi dan tiba-tiba tanganku telah ditepis kasar olehnya.
Kemudian, badan ditolak kasar sehingga aku jatuh terduduk.
"Aduh!"aku mengaduh kesakitan.Ya Allah! Sakitnya... Dan kelihatan semua orang yang berada di dalam kedai itu memandang kearah kami terutamanya aku! Malunya! Dan tiba-tiba sahaja wajahku terasa bagaikan kena tampar. Sakitnya bukan main! Aku menundukkan mukaku untuk melihat 'benda' yang telah singgah di pipiku sebentar tadi. Sebuah plastik yang berjenama POPULAR yang berisi buku. Mesti buku yang Hakimi dah beli tadi. Tak sangka yang Hakimi sanggup buat aku macam ni. Bertapa aku malu ketika ini,hanya Allah yang tahu.
Aku melihat dia terus berjalan keluar dari kedai ini, meninggalkan aku yang masih lagi terduduk akibat tolakkannya tadi. Aku menundukkan wajahku. Malu untuk melihat orang-orang yang sedang mengelilingi aku.
Tiba-tiba ada tangan yang dihulurkan dihadapanku. Siapa? Hakimi ke? Aku terus mendongak. Berharap agar Hakimi datang semula. Namun, sangkaanku meleset. Tak mungkin dia akan datang semula. Aiden sendiri yang bagitau Hakimi tak suka aku. Ya, orang itu ialah Aiden, merupakan sepupu Hakimi. Aku baru sahaja tahu dia tu sepupu Hakimi tadi, waktu dia sedang bercakap tentang Adriana.
Aiden menghulurkan tangan kanannya untuk membantu aku bangun semula. Sama seperti tadi, Hakimi telah menghulurkan tangannya kepadaku untuk membantuku bangun daripada jatuh akibat tersadung 'benda' yang keras iaitu beberapa buku tebal yang berada di lantai. Mungkin pekerja kedai tu lupa nak susun dalam rak kot.
Aku hanya sekadar memandang tangan milik Aiden itu. Aku tak boleh sentuh dia. Aku dah bersuami. Sebagai isteri, aku perlu jaga maruah suami aku. Aku cuba dengan sedaya-upaya aku untuk kembali bangun semula. Tapi apakan daya kakiku berasa amat sakit apabila digerakkan. Kaki aku terseliuh. Macam mana ni?! Macam mana aku nak jalan?!
Seakan faham apa yang dirasakan oleh aku. Tiba-tiba sahaja badanku terasa di awang-awangan... Dan rupanya aku telah didukung oleh Aiden.
Aku terpaku. Lalu setelah beberapa saat, barulah aku sedar yang aku sedang didukung oleh seorang lelaki yang bukan suami aku. Aku cuba untuk meronta agar segera diturunkan.
"Apa awak ni?! Jangan sentuh saya! Turunkan saya sekarang juga! "Aku meronta-ronta dan telah menyebabkan pergelangan kakiku terasa lebih sakit akibat pergerakan yang melampau.
"Aku terpaksalah! Kalau boleh aku tak nakpun dukung kau! Yelah, bukannya dapat pahala...dapat free dosa adalah! Tapi oleh kerana kaki kau tu dah terseliuh angkara budak gila tu terpaksalah aku dukung. Kalau nak dipapah, lambatlah...dahla banyak orang tengok. Tak rasa malu ke? Habislah muka aku yang kacak ni jadi bualan orang yang aku ni sedang papah budak perempuan PENDEK berpakaian baju sekolah menengah."Bebel Aiden panjang lebar.
Pada ketika itu banyak pengunjung yang tengok kami berdua dengan pandangan yang pelik. Aku berasa malu lalu menutup wajahku dengan tudung sekolahku sehinggalah kami sampai di sebuah kereta yang mewah berwarna putih. Aku tak tahu jenama kereta tu apa. Maklumlah aku ni bukannya dari keluarga berada. Kalau jenama kereta Myvi, Axia, Wira tu aku tahulah...tapi kalau jenama yang mahal aku tak tahu. Tapi yang penting aku rasa kereta tu mahal,sama seperti kereta milik Hakimi. Hanya membezakan warnanya sahaja.
Aku diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu kereta itu. Wajahku kini semakin memerah akibat malu,tambahan lagi mungkin merah itu akibat tamparan daripada Hakimi menggunakan plastik yang berisi buku tadi.
Kini Aiden pula masuk ke dalam kereta. Dia duduk di kerusi pemandu, bersebelahan dengan aku. Dia menoleh kearahku dengan pandangan yang sungguh redup, seperti Hakimi yang mempunyai pandangan mata yang boleh membuatkan para wanita menjadi gila. Tapi pandangan mata Aiden membuatkan jantungku berdegup menjadi laju. Aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap kereta.
"A-awak n-nak bawa saya pergi mana ni? "Soalku dengan sedikit gagap. Aku masih lagi melemparkan pandangan ke luar.
Dia masih lagi mendiamkan diri.
"A-awak. "Panggilku. Kini, aku mengalihkan pandanganku kearahnya. Dia sedang memandu. Cap hitam yang dipakainya tadi sudah dibuka. Rambutnya yang panjang sedikit kelihatan sungguh rapi dan kemas, seperti baru disikat. Aku terpegun. Jantungku yang ketika tadi berdegup dengan kencang semakin bertambah kencang apabila melihat sisi wajahnya yang amat tampan persis Hakimi. Tetapi terus aku mengingatkan diriku yang aku sudahpun bersuami. Berdosa sekiranya mencintai lelaki lain. Aku mengingati diriku agar sedar akan semua ini salah lalu aku cuba untuk memandang kehadapan.
"Aku nak bawa kau balik rumah aku. "Katanya.
Aku terkedu.
"Lagipun aku tahu kau takda rumah sekarang ni. Hakimi dah buang kau. Jadi aku buat keputusan kau tinggallah dengan aku dan jangan risau mak dan ayah aku ada kat rumah. Aku tak tinggal berseorangan. "Sambungnya lagi.
Hakimi buang aku?
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...