Semua barang kepunyaan Najwa dan Hakimi telahpun terletak elok di dalam bonet kereta milik Hakimi. Mereka berdua hanya membawa 2 beg galas yang berisi barang-barang keperluan untuk lawatan dan aktiviti perkhemahan yang akan dilakukan di Pulau Langkawi nanti. Najwa yang mengenakan baju lengan panjang berwarna kelabu dan seluar tracksuit hitam bergaris putih serta tudung bawal hitam itu hanya berdiri di sisi kereta. Dia sedang melihat Hakimi yang sedang sibuk memasukan barang mereka berdua ke dalam bonet kereta itu.
Sejujurnya, Najwa berasa amat gembira sekali kerana akhirnya Hakimi membenarkan juga dia mengikuti lawatan itu. Tambahan lagi semua barang-barang keperluannya untuk digunakan pada perkhemahan itu juga telah dibeli oleh Hakimi masa hari tu.Namun, tiba-tiba sahaja Najwa teringatkan sesuatu. Ya, kejadian yang telah berlaku beberapa hari yang lepas menerjah ke dalam fikirannya.
Flashback
Kepala Najwa yang tiba-tiba terasa pening dan penglihatannya yang semakin kurang jelas itu telah membuatkan Najwa cuba memejamkan matanya sambil tangannya tidak lepas menekup hidungnya yang berdarah itu dengan menggunakan kain yang diberi oleh Hakimi tadi. Ini kemungkinan kerana dia telah kehilangan banyak darah menyebabkan Najwa terasa hendak pitam. Sakit yang teramat yang dirasakan olehnya ketika ini dengan hidungnya yang seakan terasa dicucuk membuatkan Najwa tidak tahan ketika ini.
Najwa hanya berdiri tegak tanpa menghiraukan Aiden yang cuba mendekatinya. Namun secara tiba-tiba sahaja Najwa telah rebah tetapi mujurlah dia sempat disambut oleh seseorang.
"Najwa!"
Hakimi yang baru sahaja sampai dari mengambil kunci kereta di pejabat bonda terus sahaja dia mendapatkan isterinya yang tiba-tiba sahaja ingin rebah itu. Hakimi melihat wajah Najwa yang kini bertukar semakin pucat dengan darah yang banyak mengalir dari hidungnya itu.Dia sangat cuak ketika ini. Tidak pernah dia melihat Najwa dalam keadaan sakit begini. Kali pertama Hakimi melihat Najwa pengsan ialah ketika dia meninggalkan isterinya itu di sekolah.Melihat sahaja keadaan Najwa yang terkulai layu di dalam dakapannya kini, segera dia mencempung tubuh kecil isterinya itu untuk dimasukkan ke dalam keretanya.
Namun,secara tiba-tiba bahunya terasa ditarik oleh seseorang dan semestinya orang itu ialah Aiden.
"Biar aku bawa dia pergi hospital." Garau sahaja suara Aiden menuturkan ayatnya bahawa dia ingin membawa Najwa pergi ke hospital itu.
"No! Kau siapa nak bawa dia pergi?! Aku suami dia! So,jangan nak masuk campur urusan aku!" Bengis wajah Hakimi ketika ini. Tanpa menunggu lama,terus dia menuju ke pintu sebelah pemandu.Tetapi oleh kerana kedua-dua belah tangannya sedang mencempung tubuh Najwa, ini telah menyukarkan dia untuk membuka pintu kereta. Dengan kehadiran sepupunya pada ketika itu segera dia meminta pertolongan daripada Aiden.
"Kau tercegat apa kat situ?! Cepat tolong buka pintu ni!" Hakimi terpaksa meminta pertolongan daripada Aiden
apabila memikirkan tangannya yang tidak dapat membuka pintu itu. Dia perlu cepat pergi ke hospital.Perasaan risaunya kini telah mengusai hampir seluruh dirinya.Aiden pun tanpa membuang masa, segera menghampiri Hakimi lalu membuka pintu kereta tersebut.Najwa yang separuh sedar itu dimasukkan perlahan-lahan oleh Hakimi di tempat duduk sebelah pemandu itu. Selepas itu, dengan segera Hakimi menutup pintu lalu berlari menuju ke tempat duduk pemandu. Tujuan dia adalah ke hospital.
Hakimi memandu keretanya dengan kelajuan yang tinggi diikuti dengan kereta Aiden yang mengikuti dari belakang.
End flashback
Terasa membahang pipi Najwa apabila teringatkan peristiwa tersebut.Dia juga sebenarnya agak terkejut apabila mengetahui dirinya dicempung oleh Hakimi dan Hakimi jugalah yang membawa dia ke hospital pada ketika itu. Memandangkan pada masa itu dirinya tidak terdaya untuk berdiri kerana kehilangan banyak darah menyebabkan dia berasa pening lalu rebah.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...