Bergerak ke sana tidak selesa, bergerak ke sini juga rasa tidak selesa. Sudah tiga hari pinggang terasa sakit dan itu adalah tanda-tanda datang bulan! Kakinya diatur meluru ke arah almari yang menjadi tempat penyimpanan beg tangan miliknya.
Tangannya membelek-belek beg tangan mencari 'barang' perempuan yang tersimpan di situ, tetapi sudah tiada.
"Macam mana boleh terlupa ni?"
Kepala yang tiba-tiba terasa gatal digaru. Kemudian anak matanya dilarikan pula ke arah Kak Dila yang sedang menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.
"Psst! Akak..." Panggilnya separa berbisik. Kak Dila menoleh ke arahnya.
"Akak ada 'barang' perempuan tak?"
"Barang perempuan apa pulaknya?" Dahi Kak Dila berkerut. Mikayla menepuk dahi, boleh tahan loading otak Kak Dila ni.
"Untuk yang datang bulan tu la kak,"
"Oh yang tu, akak baru aje habiskan semalam. Pergilah kedai depan tu, tapi jangan merayap ke lain pulak." Kak Dila kembali melihat telefon bimbitnya. Mikayla mengangguk bersama senyuman manis.
Sedang dia memilih barang keperluan, dia terasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang. Bila ditoleh ke kiri dan ke kanan tiada sesiapa pula. Tidak ramai manusia yang ke kedai pada waktu bekerja seperti ini, sunyi saja.
"Tak ada apa-apa yang curiga pun." Kata Mikayla perlahan. Takut juga dia berjalan seorang diri seperti itu kerana selama ini, sahabat baiknya Amira sentiasa ada di sisi menemani dia ke mana-mana sahaja.
Dia melangkah ke kaunter setelah selesai memilih barang itu. Tiba gilirannya untuk membayar, kaki kirinya dipijak seseorang secara sengaja. Bagaimana dia tahu yang perbuatan itu disengajakan? Hal ini kerana lelaki itu telah memijak kakinya menggunakan tekanan yang sangat kuat.
Dengan selambanya lelaki itu meletakkan beberapa botol air gas di atas kaunter sebelum dia berkata.
"I pay for her," lelaki itu mengeluarkan satu not RM50 lalu dihulurnya duit itu pada penjaga kaunter. Mikayla hanya diam memerhati pergerakan lelaki itu.
Selesai membuat pembayaran, tangan kirinya mencapai dua buah plastik yang terisi barang mereka manakala tangan kanannya pula mencapai pergelangan tangan gadis itu.
Langkah diatur menuju ke arah pintu keluar. Mikayla hanya mengekor tanpa membantah kerana laluan yang digunakan lelaki itu adalah laluan menuju ke arah tempat kerjanya.
Lelaki itu berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk Kafe Mutiara, tangan Mikayla dilepaskan. Barang milik gadis itu dikembalikan sebelum dia menunduk lalu mendekatkan jarak wajahnya pada cuping telinga gadis itu.
"Aku buat semua ni bukan percuma tau." Bisiknya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Mikayla yang terpinga-terpinga berdiri di hadapan kafe.
"Hm kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu kena ganggu dengan lelaki yang pelik? Tapi lelaki tadi nampak baik sebab belanja ni. Alhamdulillah, hari-hari dimurahkan rezeki." Katanya sendiri.
Di dalam kafe, hanya jasadnya saja yang berada di situ sementara fikirannya pula melayang jauh memikirkan cara untuk dia bertemu dengan lelaki memakai hoodie tadi kerana dia tidak sempat pula ingin mengucapkan terima kasih.
Seorang gadis melangkah memasuki Kafe Mutiara dengan penuh gaya. Gadis itu meluru ke arah Mikayla yang sedang berangan.
"Hey awak, saya datang untuk makan kat sini." Tegur Amira bernada teruja.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...