"Tak ada makanan ke? Aku lapar gila ni. Bodoh punya Herith, dia makan semua ayam aku tadi." Suara Enrique memenuhi ruang tamu.
"Tak nak tahu." Freddy bersuara bersama mata yang melekat pada kaca televisyen.
"Air coffee latte aku pun dia minum sampai habis lepas tu buat muka tak bersalah," bebel Enrique lagi.
"Tak nak tahu jugak." Freddy masih lagi menggunakan nada yang sama.
"Kau nak tahu tak? Tadi Herith langgar belakang kereta kau. Lepas tu dia tak undur, dia biar macam tu je." Enrique masih ingin mengajak lelaki itu berbual.
"Kau langgar kereta aku ke?" Freddy memandang Herith yang diam sejak tadi.
"Masa aku nak parking, Enrique menjerit dalam kereta dan aku terkejut, itu yang terlanggar. Rabak jugak tu, pergilah tengok. Nanti aku suruh Ricky bayarkan ganti rugi." Herith menjawab panjang bersama riak polos.
"Bullshit!" carut Freddy sebelum dia melangkah keluar dari rumah.
"Makanan kat dapur," ujar Ad pendek sambil memandang Hezrick melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Aku dah makan seafood tadi." Enrique menjawab sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.
"Kau makan seafood jugak? Ha mampuslah kau kali ni." Hezrick yang merenung wajah adiknya.
"Kenapa muka kau naik merah-merah ni? Demam campak ke?" Enrique menyentuh pipi Herith.
"Gatal..." Herith menepis tangan Enrique yang melekat pada kulit wajahnya.
"Dah gatal garulah! Kau tunggu apa lagi?!" jerit Enrique.
"Bisinglah!" marah satu suara yang sedang melangkah turun dari tangga dan terus menuju ke dapur.
"Berani perempuan ni marah aku, jaga kau..." Enrique terus berdiri. Langkah Mikayla dibontoti.
"Assalammualaikum, hai..." sapa Enrique ramah sambil melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi di meja makan.
"Wa'alaikumsalam, nak apa?"
"Tolong buatkan air susu, nak makan dengan roti."
Mikayla tidak menjawab. Tangannya membuat air yang dipesan. Tiba-tiba Enrique berdiri di sebelahnya kemudian bersandar pada kabinet. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Matanya merenung sisi wajah gadis itu.
"Nak tahu tak sebab apa aku datang sini?" soal Enrique sebaik sahaja segelas air susu dihulurkan kepadanya.
"Tak tahu dan tak nak tahu," jawab Mikayla bersahaja. Kakinya diaturkan ke arah sebuah kerusi.
"Kau dah letak nyawa kawan baik aku dalam bahaya dan sekarang boleh kau tak nak ambil tahu?" soal Enrique sinis.
Dia tahu apa yang akan terjadi dan dia datang ke sini demi keselamatan Hezrick. Beberapa team di sini juga telah diarahkan mengawasi gerak-geri bos mereka.
"Ke... Kenapa dengan Ricky?"
"Ada orang sasar nak bunuh dia. Semuanya disebabkan kau. Kalau dia mati, mesti kau akan menyesal seumur hidup." Enrique tersenyum sinis melihat wajah pucat gadis itu.
Mikayla menunduk dan memandang kedua-dua belah tangannya. Tak mungkin lelaki ini sanggup menipu soal hidup dan mati? Matanya mula berkaca-kaca membayangkan Hezrick ditembak di hadapan mata. Dia tidak akan membiarkan hal seperti itu terjadi!
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...